Semalam CikDas baru start first puasa. Hari ke 6 Ramadhan
baru CikDas boleh berpuasa. So CikDas rasa nak berbuka dengan Mr. Laboo. Akan
tetapi di atas issue-issue yang tidak dapat dinyatakan di sini, CikDas majuk
lagi dengan Mr. Laboo. Uhuk, uhuk semenjak dua menjak ni hati CikDas amatla
sensitive. Tersalah cakap aja boleh sentap. Woah, pening gak la Mr Laboo nak
melayan karenah CikDas ni.
Issue majuk ialah bila CikDas cakap dengan Mr. Laboo
yang CikDas nak wat part time kat sebuah kafe from 8.00pm – 12.00am.
Conversation lebih kurang macam ni la..
CD: ML, if CD cakap sesuatu ML mesti tak setuju ni?
ML: Apa dia? Cakap la dulu
CD: I cakap lepas pegi solat Asar dulu ya.
Lepas solat Asar, dalam kereta CikDas baru beritahu Mr.
Laboo.
CD: Sebenarnya camni, boleh tak I nak wat part time
sebagai kitchen assistant dekat satu kafe ni?
Terus Mr. Laboo jawab.
ML: No… N. O. No… ( dengan tegas )
CD: Kenapa? ( suara CikDas dah nak meninggi )
ML: Memang tak la.. I tau sangat diri
u kalau dah penat. Ingat dulu u pernah masuk kerja dari 6am – 6pm. Itu pun dah
badmood. Marah-marah I, pukul I pun ada. Sebabnya u penat. Memang tak la I nak
bagi u kerja extra lagi dari pukul 8.00pm – 12.00am. Experienced, sayang. N.O..
No
CD: Bagi la I try dulu tengok camne..
ML: No… N. O.. Noooo…
CikDas
dah mula buat muka grumpy face. Tak puas hati betul kena reject asking permission ni. Dan muka CikDas
semakin ketat plus sour. But still Mr. Laboo tak nak compromise. Well, tak 100%
pun salah dia kenapa dia bertegas macam tu. Dia memang ingat segala benda yang
CikDas dah buat. Yang tak baik, yang baik tengtang CikDas even CikDas sendiri pun dah lupa.
CD: Tapi I dah janji dengan orang tu nak datang
malam ni.
ML: Takpe, cakap aja tak jadi.
CD: Senang nya cakap. I tak suka orang ingat I ni
mungkir janji
ML: Memang senang pun. Cakap je la
you tak jadi part time. And you have to promise me that you will never go
tonight.
CikDas silent mode. Baru plan nak buat belakang dia. Dia ni kan……
ML: Hello, Assalam’ualaikum… Assalamu’alaikum…
CD: Wa’alaikumussalam ( kena jawab salam la )
ML: Dengar tak apa I cakap ni?
CD: Dengar
ML:
You promise me you tak pergi malam ni tau? Sayang.. I’m waiting your
answer.
CD: Ye la ye la… I tak pergi.. Kalau pergi gak I
mati eksiden.. ( CikDas geram and terlepas cakap macam tu)
ML: Kenapa nak cakap macam tu? U ni
kan..
Sebagai resultnya plan asal nak pergi
bazaar tak jadi sebab Mr
Laboo nak settle issue tak puas hati CikDas ni. Well, after almost half an hour
berpusing dengan kereta, memang semata-mata nak buat issue settlement. Selagi issue
tak settle Mr Laboo memang takkan hantar CikDas balik. Dia cukup tak berkenan
if CikDas pendam aja masalah tu. Walaupun kata-kata agak mengguris, dia lebih
suka CikDas meluahkan daripada menyimpan. Dan CikDas bila dah disuruh buat
macam tu, memang tak tapis apa-apa pun. Kalau orang cakap, point tu memang
menusuk kalbu la. Still Mr. Laboo telan jua point-point itu.
Lepas je keadaan dah ok, and persetujuan tercapai Mr. Laboo ambil
handphone and call his mama.
ML: Hello, mama. It’s me. Is it ok if
CikDas will be joining us for buka puasa? She buka puasa alone. Really mama?
Ok, thank you.
Mr. Laboo pandang
CikDas.
ML: Now issue buka puasa kat mana dah
settle. Berbuka kat rumah I.
CikDas diam and
plus rasa segan.
So, semalam CikDas
berbuka puasa dengan keluarga Mr. Laboo. Huhuhu…
No comments:
Post a Comment