Wednesday, September 17, 2014

XPDC Pecah Lemak


Pada suatu hari Abang Kawasan ( bukan nama sebenar ) telah meroger Cik Das. Lebih kurang gini ler dialog kitorang. Maaf la, Cik Das tak hapal skrip masa tu.
A.K : CikDas, coti Malaysia ko watpe?
C.D: Takde watpe pong. Nape Abg Kawasan?
A.K: Jom pegi Bkt Celaka nak? (nama asal Bkt Cerakah)
C.D: Ape menarik pegi ke sana?
A.K: Kite pecahkan lemak je la
C.D:  Sape lagi yang pegi?
A.K:  Kite berdua je la. CikDas takde nak kuar dating ke ape ke?
C.D: Petang je la kot. Roger ke?
A.K: Roger

Tiba hari yang dijanjikan, maka terpacul la wajah ayu CikDas bertemu Abang Kawasan. Lupa nak bagitau Abang Kawasan tu sebenarnya adalah seorang gadis sunti berfizikal comel. History kenapa dipanggil Abang Kawasan rasanya dah bagitau pada entry sebelum tapi tak pe, Cik Das paham korang memang tak rajin nak scroll entry sebelum ni kan?! Hahaha Cik Das sangat memahami korang. Dulu Abang Kawasan ni brutal, pompuan tapi macam perangai sedikit kejantanan. Akan tetapi bukan tomboy atau pengkid atau sewaktu dengannya. Dia ni normal. Dulu rambut beliau panjang rebonding lurus + Cap, having said that korang intrepretasi la sendiri Abang Kawasan ni jenis apa. Namun, setelah tahun bertukar dan umur pun kian meningkat, maka dikatakan Abang Kawasan ini telah menerima hidayah untuk berhijrah menjadi gadis ayu berhijab. Alhamdulillah.. So gitu la kesahnye.. Oh ya, promote sikit. Abang Kawasan ni masih lagi single serta available. (^_<!)Y

Bila dah sampai sana, punya la ramai orang. Baru teringat, rupa-rupa cuti sekolah + public holiday. No wonder lah tempat itu sesak. Skip part tercengang dek kerana ramai orang, now enter chapter lepas beli tiket. AK ( shortform je la ye) tanya Cik Das, nak menapak ke naik bas?. Dia asik rekomen suruh pergi ke Taman Kaktus. Cantik katanya, lawa snap poto. Terpengaruh dengan dakyah itu, maka dengan inesennya CIk Das pollow. So kitorang naik bas sampai ke SkyTrack . Kata Encik Drebar Bas, sampai situ je perhentiannya, selebihnye kena naik bas no. 2 ( maksudnya menapak la ). Ada gak 1km. Dipertengahan jalan hujan mulai turun dari rintik ke separa lebat. Sungguhpun Cik Das dan AK berdiri di tepi jalan still kena hujan jugak. (T_T!)Y .Apakah yang kamu sedang karutkan ini Cik Das?? Seperti biasa Cik Das bersikap menyalahkan orang dalam segala hal. Hahaha teruk betul sikap Cik Das nih.. Antara lontaran peluru puake dari bibir mungil Cik Das pada AK. Sib bek AK ni memang dah masak rentung dengan pe’el molek Cik Das nih.

“Idea bernas sapa ajak berjalan kat Cerakah pastu hujan..”
“Sebelum datang sini ada AK check weather forecast??..”
“Ni kalo esok Cik Das demam + MC, AK bertanggungjawab ye..”

Itu lah antara potpet potpet Cik Das. Dan AK hanya menjawab.. “A.A K “ ( Ada aku kesah?!) 

Ini adalah sedikit snapshot Cik Das dengan AK. Chillex..





No comments: