Monday, April 6, 2015

Layan Korean Drama title “Empress Ki”

Selamat Hari Isnin minggu ke 2 April 2015. Boleh agak kan tarikhnya bila? Last week on Saturday and Sunday CikDas menghabiskan masa CikDas dengan melayan drama Korea 50 episode ( now episode 48 ) cerita “Empress Ki”. Cerita epic and lagenda sikit. Siap CikDas buat research kat Wikipedia tentang Empress Ki ni. Sedikit perkongsian tentang riwayat hidup Empress Ki.


Empress Ki adalah Permaisuri yang hidup zaman Dinasti Yuan. Selain nama tu, beliau juga dikenali sebagai “Öljei Khutugh” (dalam bahasa Mongolia), dalam bahasa Korea nama beliau yang sebenar ialah Gi Ja-O ( dalam drama nama beliau ialah Ki Nyang), di zaman Dinasti Goryeo ( sebelum zaman Joseon). Kononnya beliau mempunyai seorang abang yang bernama Gi Cheol ( Cuma CikDas hairan dalam drama bersiri tu watak abangnya takde plak muncul. Mungkin nak cut cost kot. Kang meleret-leret plak cerita kalau watak abang dia muncul juga). 


Kemudian beliau jadi gundik kepada Toghun Temur dan bonda kepada Ayurshiridara ( macam nama anak perempuan plak, tapi anak beliau tu lelaki). Selepas permaisuri utama yang bernama Tanashiri dilucutkan tahta kerana abang beliau memberontak bernama Tangqishi, Toghun Temur melantik Gi Ja-O ( Ki Nyang ) menjadi permaisuri a.k.a Empress Ki. Tetapi siri dalam drama dengan riwayat hidup sebenar agak lari la. Jadi, CikDas tak tau nak percaya kisah yang mana satu. Tapi lantak la, it’s just a cerita pun. Common la if the pengarah cuba pusingkan cerita bagi nampak dramatic, romantic, bombastic and akhirnya jadi plastic. T_T

No comments: