Friday, June 12, 2015

My Life Journey of Achievement: Part 02



Selepas CikDas berhasil mendapat keputusan yang agak baik itu, CikDas tidak mendapat tawaran ke mana-mana asrama penuh. Akademik CikDas memang bagus cuma CikDas tak berapa aktif dalam ko-kurikulum yang juga merupakan salah satu syarat wajib untuk mendapat tawaran. Bukan CikDas tak suka aktiviti kokurikulum, Cuma masa tu CikDas pendek dan cikgu-cikgu tak “nampak” kebolehan CikDas. Sedih gak tau. Huhuhu. Siapa sangka time sekolah menengah CikDas meninggi dengan jayanya. Tapi tak kisah la, sekolah mana-mana pun okay. SM3K ialah sekolah menengah yang CikDas daftarkan. First day agak terkesima sebab kita jadi paling “junior” kat sekolah tu. Ye la kan, masa sekolah rendah betul – betul menyeniorkan diri.  Now, bila masuk sekolah menengah, tengok abang-abang or kakak-kakak tingkatan 2,  3 dan ke atas yang tinggi macam galah, terasa kerdil pulak. Uhuk uhuk. Form 1 memang betul- betul behave. Masa tu kawan yang CikDas kenal agak baru-baru belaka. Cakap pun guna “saya”, “awak”. Gila formal. Tak silap CikDas masa form 1 ke form 3, akademik CikDas agak so and so. Tak cemerlang sangat, tak teruk sangat. Bila dah masuk pre- alam remaja, muka CikDas dihadirkan  dengan  “KakPimpel”, woah tensen betul. Banyak gila masa tu, rasa macam malu, segan, nak menonjolkan diri pun tak confident. Seriously, masalah KakPim bagi pada CikDas masa tu sangat-sangat irritating.

Pulak tu pegi gatal pakai product yang konon-konon boleh hilangkan KakPim, huh makin teruk ada lah. Kesudahannya CikDas redha dan redah aja lah dengan muka KakPim ni. Banyak tau saat terindah hidup CikDas terganggu disebabkan KakPim nih. Time PMR CikDas score tak berapa cemerlang. Sekadar 5A 3B. Yang B tu pulak Geografi, Sejarah, aiseh, lupa plak satu subject lagi tu apa. Matematik agaknya. Tapi percapaian tu ok lah kan? Kemudian masuk Form 4, dah start zaman SPM sijil terbuka. Maknanya student boleh pilih nak ambil aliran Sains Tulin or Sains Kejuruteraan. Disebabkan CikDas tak berapa suka dengan Biografi, CikDas tukar subjek ambil Lukisan Kejuruteraan. CikDas bersama dengan seorang lagi budak kelas Sains yang ambil Lukisan Kejuruteraan. Acah-acah konon nak jadi Jurutera la. Hahaha, Cita-cita zaman remaja. Everytime period untuk Kelas Biografi, CikDas dengan classmate perempuan yang nama Naena ni akan pergi ke kelas LKJ. Agak canggung mula-mula nak join budak Pure LKJ. Tapi lantak la kan, dah gatal sangat nak buat lain dari yang lain. Bila masuk Form 5, dah nak dekat SPM. CikDas perasan performance result untuk subject Chemistry and Physic sangat-sangat down.  Result test asyik dapat D dengan E  aje. Opps, teruk kan?? Masa tu CikDas dah ada 3 orang bestfriends yang nama Wuque, Naena and Sue. Zaman Form 5 memang penuh dengan macam-macam peristiwa. CikDas tak berapa ingat sangat zaman Form 5, sebab macam tak berapa best aja. Pendek cerita result SPM CikDas tak berapa bagus sebab dapat  A1 untuk 1 subjek aja, dan ada failed Physic.Attention, CikDas failed physic dan  LKJ dapat D. So macam mana CikDas nak jadi Jurutera? Down betul time dapat exam slip. Bila tengok kat Slip perasan subjek Physic tak taip kat situ. So maknanya? Status kegagalan Physic CikDas tidak dinyatakan di situ. Ahaks, tak tau nak happy ke tak. Dan tanpa CikDas sedari dari situ lah bermulanya multi background portfolio CikDas yang menyebabkan kemahiran separa di sana sini, melayakkan CikDas menyelit dalam apa-apa course yang CikDas ambil.

First intake untuk  panggilan university CikDas gagal. Lebih menyentapkan hati bila kawan baik CikDas nama Wuque dapat Uitm cawangan Shah Alam untuk course Food Service. Tinggal CikDas, Naena dan Sue. Sue lepas SPM terus tak minat nak sambung belajar. Maka tinggallah CikDas dan Naena. Kami berdua meneruskan perjuangan untuk belajar ambil STPM. So, CikDas masuk kelas 6 Bawah Ekonomi. Korang nampak tak permainannya di situ? Dari aliran Sains Tulin lompat ke aliran Kejuruteraan dan masuk ke aliran Ekonomi. For your info , masa zaman sekolah dulu bagi budak-budak aliran Sains, aliran Ekonomi , Accounting  a.k. a Business Mgt or Sastera ni ibarat low class. Well excuse me, don’t be so judgemental. Korang tak tahu, kat mana-mana private company yang  wujud kat Malaysia ni, subject yang dikatakan low class inilah yang boleh cari makan. Hahaha...Just my 2 cents thought. Ok, kita sambung yang tadi. But CikDas walaupun dah masuk Form Lower 6 untuk ready for STPM, at the same time CikDas apply juga for the second university intake ( Uitm je ). Apply lah juga walaupun tak taruh harapan tinggi. First choice yang CikDas letak masa tu ialah course Diploma Sains Komputer. Mati-mati lah CikDas ingat course tu untuk kasi baiki peralatan computer ( hardware ) which is pemikiran bawah tempurung CikDas masa tu. Tak disangkanya dapat offer belajar di Uitm. Sedih Naena sebab CikDas dah janji dengan dia nak ambil STPM bersama-sama. Cuma takde rezeki. Perjuangan itu Naena kena tempuhi sendiri  bersama kawan-kawan baru dia yang lain. Well good news, currently Naena ialah seorang CikGu. Personality Naena ialah pemalu, tak banyak cakap. That’s really surprising me how she becoming  a teacher.  Nanti CikDas update percapaian CikDas di Uitm masa Diploma.

To be Continued..

No comments: