My Life Journey of Achievement: Part 01
Hari ini CikDas hendak mengetengahkan topic percapaian sepanjang hidup CikDas. Dah macam karangan
autobiografi pula ye. Tak mengapa CikDas cuba lakukan yang terbaik. Kita
mulakan dengan hari pertama CikDas dilahirkan di dunia. Maaf, ingatan luar
sedar ini sudah terkabur. Selepas lahir CikDas lansung tak ingat apa yang
CikDas dah lakukan sampai lah umur CikDas 4 tahun. Masa umur 4 tahun CikDas dengan
ingatan berbalam balam, tayar kereta abah CikDas masa dia pakai dulu sama
tinggi dengan ketinggian CikDas. Sebab CikDas rasa CikDas ingat tengah main
dekat tayar kereta masa abah CikDas sedang basuh kereta. Percapaian pertama
ialah CikDas sama tinggi dengan tayar kereta masa umur 4 tahun. Wahahaha bangga
ke?…. Kemudian masa umur CikDas 5 tahun, masa dekat kampong CikDas pernah
terjatuh ke dalam air “cha”
sejenis tempat air kumbahan kerana konon-konon ingin tahu apa yang ada kat
dalam tu. Semenjak kecil lagi sifat inkuiri CikDas memang melampau hingga
membingungkan Mom and abah CikDas. Lepas jatuh dalam air kumbahan ( nasib baik
tak dalam, paras lutut CikDas time tu) muka CikDas dah macam anak orang Negro
sebab air cha warna hitam kelabu. Yang sakit hati masa tu, pakcik dan
makcik-makcik CikDas bantai gelak sampai lebam. Melampau la dorang ni, bukan
kesian kat CikDas yang masih kecil dan perlukan perhatian tu. Tak patut, tak
patut.
Masa
kecil dulu CikDas memang supernakal. Tapi mom cakap, walaupun supernakal tetap
dengar kata. Camne tu? Camni, memang CikDas masa kecil kepala nakal sampaikan
adik-adik jadi follower setia. Ye la kan, KAK
LONG KAWASAN RUMAH. Tapi bila
mom dah pegang hanger, penyapu lidi, ibarat macam kena mendram, diam-diam duduk
kat rumah. Tapi tak lama, dah tengok mood mom dah ok. Oh yeah, let’s go baby.
Let’s rock and roll again. Hahaha.. Dan ianya rotating kembali. Menurut kata
makcik-makcik belah abah and mom, CikDas ni seorang yang petah. Sejak kecil
lagi petah, banyak tanya. Lepas tu cakap macam keretapi, tak ada pull stop.
Mom
CikDas masa muda-muda dulu garang macam mak tiri. Sampai CikDas
terfikir, ini mak betul ke mak tiri. Hahaha, mana tak nya. Cara mom mendidik
kami dulu agak brutal. Dulu biasa lah kan kalau gaduh dengan adik beradik
keluar perkataan mencarut. Fuh, pantang betul Mom CikDas anak-anak dia
mencarut. Apa lagi, di ambilnya tempurung kelapa yang lepas kukur kelapa tu,
pergi ganyang kat mulut kami. Outcome nya, semenjak itu kami tidak mencarut
lagi. Haha. Yes, memang CikDas tak mencarut sampai lah CikDas kerja dengan
company LF ( ex company CikDas ). Disebabkan oleh tekanan melampau dengan
stress, CikDas dah membiak kembali perangai tak baik tu. Ape taknya boss,
manager pun pakai “F” language. So percapaian yang ini tak berapa bagus
sebenarnya. Dan sekarang ni CikDas dah
berusaha untuk mengikis perkataan tak baik tu kepada positive word. Contoh,
perkataan “Shit” , CikDas convert positive
word kepada “Shitake Mushroom”, or “Sittati Ayyam” yang membawa maksud “ 6 hari”
dalam bahasa Arab. Sepatutnya tukar terus kepada istighfar, or etc but macam
CikDas cakap pelan-pelan CikDas adjust diri CikDas. Adakah ini dinamakan
percapaian? Macam tak lari topic. Hahaha
Kemudian
masuk ke umur 12 tahun, CikDas kena ambil UPSR. Masa zaman CikDas
UPSR dulu masih lagi 4As, kira last batch la. Kenakalan CikDas masa umur 12
tahun amat merisaukan Mom and Abah CikDas. Tapi dalam nakal-nakal CikDas exam
boleh tahan juga. Kalau penggal pertama result kurang memuaskan, penggal ke dua
result CikDas akan naik. Tempat 1,2 or 3 tak sampai 10 tu memang selalu in
position CikDas. Bila darjah 6, nak UPSR subject yang CikDas paling score ialah
Bahasa Inggeris. Cikgu-cikgu sekolah dulu semua kenal CikDas sebab CikDas
pandai Bahasa Inggeris dan boleh speaking. Kira sepsis RARE la. Sekolah luar
bandar terutama kawasan di negeri Kelantan penguasaan Bahasa Inggeris
agak lemah. Dek kerana itulah, CikDas dilantik menjadi kamus bergerak
dikalangan kawan-kawan bila subjek Bahasa Inggeris. Adakah ini dinamakan
percapaian? Boleh lah kan. Result exam UPSR keluar, Alhamdulillah CikDas dapat
score with flying color with 4As. Bangga betul Abah CikDas anak sulung nakal
dia dapat 4As, kemudian kena beri ucapan pula masa majlis PIBG sekolah. Permulaan
percapaian CikDas dalam akademik. Nanti CikDas update percapaian masa sekolah
menengah pula ye.
To be
Continued..
No comments:
Post a Comment