Monday, October 20, 2014

Peria Katak Chips


Semalam Encik Laboo Cik Das ada hantar lauk untuk dinner masa Cik Das kat ofis. Rendang daging plak tu, Nampak macam sedap so Cik Das bawak balik. Dah abes kerja semalam Cik Das singgah kat kedai runcit berdekatan rumah. Dah lama rasanya tak makan peria so Cik Das beli 2 biji peria katak. Sambil berfikir nak masak apa.

Later lampu idea menyala, Cik Das teringatkan chips peria katak yang restoren mamak Al-Shariff selalu buat tu. Al-Shariff dekat area tempat kerja Cik Das.  Ramai orang beli peria katak chips tu. Cik Das dah taste, memang rasa sedap jugak la walaupun ada rasa pahit. Tapi dorang takde nak reveal resepi. Jadi ala-ala masterchef, Cik Das taste rasa peria chips and olah sendiri ikut selera tekak Cik Das. Kalo nak resepi tu amik la kat bawah. No worry. Sharing is caring. Plus, Cik Das ni pelupa sikit. Dah buat resepi, dah siap makan, dah kenyang. Bila orang tanya macam mane Cik Das masak mende tu. Terus lupa, main campak je bahan-bahan. Tu yang Encik Laboo kadang-kadang tegur,
“ Masak apa-apa tu, tolong salin resepi. Senang. Awak tu pelupa.”
Keh keh keh. Macam-macam je Cik Das ni. Nah amik la.

Bahan-bahan:
·         2 biji Peria katak. Ini untuk individual serving.
·         Tepung jagung + tepung beras. Nisbah 2:1. Macam nak buat tepung adun pisang goreng
·         1 teaspoon Garam masala powder. Ini boleh beli dekat supermarket.
·         1 teaspoon 5 herbs hot spice powder. Cik Das beli cap Kijang.  Bau nye wangi.
·         1 teaspoon chili powder. If suka pedas boleh lebihkan
·         1 teaspoon curry powder.
·         1 teaspoon turmeric powder
·         Salt.

Cara-cara
·         Potong peria katak nipis-nipis. If ade cutter lagi senang. Potong macam nak buat kerepek tu.
·         Rendam peria katak dalam air garam. Bagi hilang sikit rasa pahit.
·         Campurkan tepung jagung, tepung beras and semua powder tadi. Gaulkan. Letak air untuk bagi pekat liquid. Letak garam untuk ada rasa masin.
·         Kemudian celupkan peria katak tu dalam adunan and goreng sampai garing dalam minyak panas.
·         Guna tempe pun sedap juga.

Selepas masak untuk makan malam, Cik Das makan sambil menikmati rendang ayam and peria goreng. Ohsem.. Makan dengan begitu seleranya. Lapar sebab the whole day tak jamah nasi. ^_^Y



No comments: