Monday, September 29, 2014

Lalok pagi Jumaat ♥(ˆ⌣ˆԅ)

write name on picture

Selamat Hari Jumaat kepada viewer Cik Das. Tenkiu sebab memollow or terbaca or terjebak ke blog ni. Takde pape spesel pun dekat sini.  Semuanya adalah teknik taipan merapu, merepek, membokbok ( kate orghe Kelate ), etc yang dikarang oleh Cik Das bila angin nak mengarang datang.  Semua topic kalo korang baca pun, takde la gah mane. Sekadar berkongsi feeling, perasaan, pendapat personal Cik Das untuk tatapan korang yang tengah takde kerja. Betulla kan? Kalo ade kerja, takkan korang rajin nak membaca karutan Cik Das ni kan? Hahaha, I’ve got u!!


Ok ok, sorry. Jangan la sentap dengan tulisan Cik Das. Berbalik dengan topic hari ni. Apa yang Cik Das nak mengarang kat sini. Cik Das kering idea plak. Bagi Cik Das pikir jap ah. Ok, ade sikit kisah Cik Das dengan Dato’ K. ( Teng teng teng ). Dato’ K mane plak ni? Suami Dato’ Siti ke? Oh no.. No… No.. Nehi hai.. Bukan dia sorang je Dato’ yang berhuruf K kat Malaysia ni. Tuh Dato’ Khalid pun Dato’ K jugak,  Dato’ Khoo pun Dato’ K, Dato’ Kanniapan pun Dato’ K jugak.. So, banyak Dato’ K kat Malaysia. Cuma Cik Das punye Dato’ K ni adalah Dato’ Kelabu. Bukan manusia pun. Kete bapak Cik Das, Cik Das namakan Dato’ K sebab kaler Kelabu. Model plak jenis Perdana. Kan dulu-dulu Perdana ni kenderaan rasmi orang kenamaan and  Dato’ – Dato’. Jadi sebab tu Cik Das panggil Dato’ K. So, jangan salah paham kat sini.. Keh keh keh..

Sambung balik cerita Cik Das dengan Dato’ K. Abah Cik Das pass Dato’ K dia pada Cik Das sempena Whitey kena renew roadtax. Whitey ni Persona Puteh Cik Das. Jadi wat sementara, Cik Das kena look after Dato’ K. Abah dah pesan macam-macam amanat kat Cik Das. Haissshh.. So kenala Cik Das berhemah ketika membawa Dato’ K ni. Pagi tadi Cik Das dah lambat pergi kerja. Pukul 8.15am Cik Das masih lagi berlengah-lengah kat rumah. Padahal masuk ofis pukul 8.30am. Nasib baik tempat kerja lebih kurang 3km camtu daripada rumah. Cuma nak kena menunggu traffic light, tu yang kena jadi lambat. Having said that, Cik Das ni dah la lambat, plak tu cara memandu macam lagi sejam nak masuk ofis. Awat, otak Cik Das blurr ari ni?? Lepas tu boleh bagi jalan kat orang.  Kesimpulan, Cik Das lalok pada hari tersebut.. Penat je cerita,  ini point sebenarnya..

P/s: Disebabkan busy sangat hari Jumaat nan lepas, Cik Das tak sempat nak publish post. Only Monday baru sempat.. Hehehehe


No comments: