Semalam
Cik Das busy kerja, 2 orang manager Cik Das Mr. G.Lok ( nama samaran ) and Mr.
S.Tan ( bukan maksud Setan ye.) minta Cik Das do some favor. Mr. GLok ni
request Cik Das buat property research for a few of our competitor. Ok no issue
pasal tu, memang Cik Das suka pun browsing tenet or Pakcik Google untuk wat research analysis nih. Tup-tup at the
meantime datang pulak manager sorang lagi Mr S.Tan ni request Cik Das wat power
point. Dah season pun Mr STan ni thus, dats why kemahiran computerize Mr STan
ni kurengg.. Jadi sebagai seorang staff yang dedikasi, berkomitmen penuh maka
buat juga la multitasking. Sambil Mr. STan duduk sebelah Cik Das sambil kunyah
pisang goreng. Ade gak lak dia pelawa Cik Das. Cik Das amik la seketul wat cukup
syarat. Masa tengah shiokkkk menaip kat Power Point, Cik Das rasa ada orang
tengah usap peha Cik Das yang masa tu pakai baju kurung. Ikut habit pendekar Cik
Das ni boleh terpelanting orang tu kena tendang. Sensitip woo sentuh-sentuh
peha ni. Bukan sebarangan orang bukan muhrim boleh sentuh.
Kussss
semangat, rupa-rupanya Mr. STan tengah duk kuis-kuis dengan pen dia sisa
pisang goreng yang terlanding kat kain baju kurung Cik Das. Hahadooii.. Nak
kata gigi takde pagar, tengok bersusun cantik plak gigi tu takde lubang. Habes
camno terpelanting? Nak Cik Das sound setepek kesian plak tengok muke orang tua
tu dah mula serba salah..
“Oppss, sorry. Terjatuh..”
Haisshh, sabor jer la..
Sambil-sambil Cik Das pandang kat kain Cik Das. (ಠ_ಠ#)
No comments:
Post a Comment