Friday, October 31, 2014

Interview punya hal.

CikDas betul-betul tak paham dengan sesetengah orang yang nak datang minta kerja kat company CikDas ni. Dah tahu nak datang interview tu, bawak lah pen. Benda basic kot. Abes datang sini nak isi form harapkan receptionist  and customer service punya pen ka?. Yang datang sini berlenggang tu kenapa? Wat da phunk tol la. Stress aje CikDas rasa. Bukan sorang. Lima-lima ekor datang nak isi form kerja . Sorry la, CikDas dah geram hari ni terpaksa menggunakan perkataan ekor. Sebab kalau manusia maybe boleh fikir common sense. Datang mitak kerja, tapi tak bawak pen. Plus, takde wat copy untuk resume and sijil-sijil and mitak CikDas tolong photostat lak.. Gilo ko apo mung ni? Another wat da phunk!!

Tak kuasa CikDas nak entertain benda-benda macam ni. Sebab masa CikDas mitak kerja dulu kat company ni takde wat mende-mende mengarut camni. Tak bawak pen, acceptable lagi. Tapi tak bawak copy sijil and mitak orang sini tolong photostat memang CikDas rasa berbulu-bulu hati.. Lemak betol candidate-candidate ni. Kalau ni company CikDas, dah lama CikDas reject calon – calon staff macam ni. Tolong la ye, kepada sesiapa yang nak apply kerja, tak kisah la mana-mana company sekalipun, sila jangan carry attitude jenis macam ni. Anda datang untuk minta kerja, sila pastikan anda menyediakan diri anda sewajarnya. Bawa pen, wat photocopy siap-siap untuk segala sijil anda. Bukan dengan datang pada company yang anda nak minta kerja tu minta orang tolong photostatkan sijil-sijil anda.


Kan best masa interview nanti HR patut tanya, masa datang tadi ada pinjam pen daripada receptionist tak? Kalau dia jawab “Ya”. “I’m sorry, you are not qualify for this position”. Kenapa?? Attitude dah failed, how to perform? High probability akan jadi company’s liability not an asset. Hahahaha.. Suka-suka je CikDas wat decision. 

No comments: