Cik Das dua tiga minggu ni pening kepala
sikit memikirkan hal rumah. Hosmet student kat rumah yang sewa sekali dengan
Cik Das buat kejutan dengan inform last minute seminggu daripada tarikh due
bayar sewa rumah bulan ni, NAK KELUAR. Pulak dah. Kacau betul la. Maka bertukus
lumus la Cik Das dengan housemate sorang lagi nama Cik Han mengiklankan “Housemate
Wanted”. Lagi hampa belum ada lagi yang tertarik hati nak menyewa kat rumah tu. Pening pening.
Nak kasi hot story lagi, budak student ni
bila kami minta bayar bil letrik, suruh calculate bil letrik pakai minggu yang
dia ada kat rumah. Memang budak ni masa tu ada cuti semester. Start cuti
semester 1st July 2014 sampai la 07th Sept 2014 baru
budak tu check in balik. Tapi bil letrik bukan start 1st of the
month, running bill start midst of the month until another midst of the month. Kat bawah ni dialogue WhatsApp Cik Das dengan
budak tuh. Korang nilaikan lah sendiri cara berfikir tu mahasiswi ke or budak
tak abes skolah.
C.D: Salam, XYZ.
Akak nak double check. Ari tu semester break start berapa haribulan, and bila
XYZ datang balik ke rumah ni?
XYZ: Wa’alaikumussalam. Sem break start bulan 7. Sem baru
start bulan 9.
C.D: Bulan 7 tu
berapa haribulan ya? Datang masuk balik bila ya? Kat tangan akak ada 3 bil
letrik daripada bulan 7, 8,9. Bulan 7 start bacaan meter 13/06/2014 – 12/07/2014.
Makna kata if XYZ masih stay lagi antara 2 minggu terakhir bulan 6, entitle
kena bayar bil letrik macam biasa. Bil bulan 8
daripada 13/07/2014-13/08/2014, XYZ dah start cuti so boleh skip bayar.
Bil bulan 9 pulak from 13/08/2014 – 15/09/2014. Hari tu XYZ dah datang
7/09/2014 so bil bulan 9 pun entitle la kena bayar. Hope this thing clear ya.
Ni Best Baca Apa Yang Dia Reply.. Menyebabkan Urat Saraf Cik
Das Tersentap Jugak La
XYZ: 26/6/2014 dah balik kampong and 7/9/2014 XYZ datang. So
kiranya untuk bulan 7 tu XYZ dah stay 2 minggu dari 13/06/2014 – 26/06/2014.
Bil bulan Ogos takde. Bil bulan 9 XYZ stay seminggu je. Daripada 7/09/2014 –
15/09/2014. So jumlah yang XYZ kena bayar Cuma 3 weeks out of the whole 12
weeks ( 3 months)
Jadi Cik Das pun reply ler dengan ayat sarcastic sikit.
C.D: Tak pernah
dibuat orang kira bil letrik pakai minggu. Kamu nak sukat kilowatt tenaga
letrik tu pakai ape? Penapis teh? Pernah ke tak pernah duduk menyewa ni? Kalau
bil letrik tu kamu dah duduk seminggu ke, 2 minggu ke untuk bulan tu, bil tetap
dikira untuk sebulan. Tetap bahagikan sama rata. Pelik betul cara kamu
berfikir.
XYZ: Kalau seminggu takkan saya nak kena liable bayar untuk
semua for the whole sedangkan saya tak guna pun. Takpe la, saya bincang dengan
Cik Han. Senang sikit kot cerita dengan dia.
Sini ko, Cik Das bagi lagi sedas tembakan mulut puake kat XYZ nih.
Yang Cik Das pendam.Suka-suka kata kami tak liable.
C.D: Cakap pasal
liable tak liable. Tapi kamu pun tak liable dengan kami. Last minute cakap nak
keluar. Sekarang siapa yang pening cari orang? Patutnya kamu yang
bertanggungjawab cari orang. Masa dalam cuti semester hari tu kenapa tak notify
awal-awal? Hal rumah akak takde nak berkira. Banyak benda dalam rumah akak
pakai duit sendiri repair apa-apa, tak minta duit kamu sebab fikir kamu tu
student. Tapi ada fikir problem orang bila kamu buat macam ni? Gril rumah kat depan
yang dah kamu rosakkan tu, nak kira macam mane? Akak 100% sehari sebelum kamu
balik, gril dalam keadaan baik. Bila kamu balik sahaja dah jahanam gril. Tukang
repair gril cakap, busuk-busuk RM80 caj betulkan gril. Tu sapa nak bayar? Kata
keluar bulan 10, sampai sekarang kamu masih parking lagi barang-barang dalam
bilik tu, dah 10 hari pun. Itu pun nak caj macam mana? Nak kira pakai hari
juga? Akak nak snap foto nak iklan bilik pun susah dengan barang kamu yang
masih bersepah tu. Tu pulak nak caj macam mane?
Abes Cik Das hambur keluar. Nak berkira dengan Cik Das, Cik
Das pun ada banyak nak berkira dengan dia neh.
C.D: Part bil letrik kamu yang masih pending cuma RM24 pun dah menggelupur macam ni. Bukan suruh caj bil
sampai RM100.
Sebenarnya ada lagi tambahan versi daripada housemate Cik
Das yang nama Cik Han. Dia lagi ganas bagi statement sound tepek budak student
tu. Sesungguhnya Cik Das dah kering dek kerana bil-bil nih.. Sighh.. Sabor aje
laaa… T_T
No comments:
Post a Comment