Tuesday, December 30, 2014

Goodbye 2014, Welcome 2015

Hari ni ialah 30hb Disember 2014. Bermakna ada lagi satu hari sebelum melangkah ke tahun baru. Apakah azam tahun baru CikDas. Wah, memang banyak tapi yang pastinya azam tahun lepas haruslah di bawa ke depan lagi sekali.. Wkwkwkw..

Banyak memory best berlaku pada tahun 2014. Antaranya ialah hubungan CikDas dengan Encik Labu semakin bertaut, semakin mesra dan utuh. Dan CikDas berharap segalanya berakhir dengan baik. Penat dah weh CIkDas nak wat perjalanan mencari cinta. Seriously letih + penat. Apa yang ada sekarang ni, CikDas bersyukur dan insyaAllah akan menjaga hubungan ni sebaik mungkin.

Angah CikDas dan isterinya insyaAllah akan bergelar ibu bapa pada bulan June 2015. Tak sabar CikDas nak menunggu kelahiran anak buah sulung. Sekarang CikDas terfikir-fikir panggilan apa yang sesuai.. Ada dua panggilan yang bermain difikiran àCikLong or Auntie Long” ^_^

Project Prudential CikDas sebagai part time agent masih lagi berjalan seperti biasa, ada juga la set appointment dengan client or prospects. Semoga pada tahun 2015 CikDas dapat menaikkan sale hingga ke paras yang mengkagumkan. Azam 2015. Amin


Dengar cerita Achik, adik Cikdas yang no 2 nak bertunang awal tahun nanti. Kita nantikan lah berita gembira itu. Sekarang kampong CikDas di Kelantan masih lagi berada di paras berjaga-jaga. Walaupun  kampong CikDas belum lagi terjejas teruk disebabkan banjir itu, namun mengenangkan sekolah lama CikDas masih lagi menjadi pulau kecil akibat banjir.

No comments: