Hahaha,
tepuk dahi dengan diri sendiri. Apalah CikDas ni, belum lagi tua.
Tapi pelupa mengalahkan orang kena Alzheimer. Shhh, amit- amit jejauh daripada
terkenan penyakit tuh. Storynya macam ni. Last week CikHan, hosmet CikDas dapat
panggilan interview untuk jawatan PTD gred 41. So, CikDas dah men”Tahniah”kan
beliau sambil CikDas berfikir, “apesal CikDas takde dapat apa-apa
panggilan eh? Tempoh blacklist lom abes ke?” Ye la, before this
CikDas pun pernah dapat 3 kali panggilan. Satu sengaja tak pergi sebab tempat
nye jauh, area nak sampai Selayang sana tuh. Dah la takde transport masa tu.
Baru jek dapat kerja kat tempat lama ( 8 tahun nan lalu). CikDas fikir-fikir.
Banyak sangat halangan so CikDas withdraw and tak pergi. Beberapa tahun
kemudian, CikDas re-apply lagi. CikDas dapat lagi offer pergi. Yang ni best,
tarikhnya pulak yang dah terlepas. CikDas dapat buka email seminggu selepas
offer interview tu. Awat dorang takde notify thru sms?? Dah mitak no hp bagai
dalam details tu nape takde nak sms ade interview? Ingat hari-hari CikDas hadap
yahoo mail? Ok
takpe, dah terlepas kira takde rezki lah kan? à
Pujuk hati sendiri lah kunun.. ◕⍵◕
Lepas
tu, send lagi application. Kemudian, masa CikDas pindah tinggal
dekat kondo, rumah sewa lama. Dorang send surat interview lagi. Tapi yang
bestnya, surat tu Cikdas buka lepas seminggu date lepas. What is this?????
Permainan apakah yang berlaku pada CikDas? Porque mi amorr???
Then,
agak lama jugak CikDas merajuk dengan
SPA takde update detail ssehinggalah
tahun ini 2014 beberapa bulan lepas. Barulah ada mood CikDas nak update, sebab
CikDas pindah rumah lagi. Jadi, terpaksalah tukar alamat surat menyurat. Plus,
update kan juga jawatan yang CikDas fikirkan sesuai. Dah update ni, sampailah
time CikHan dapat interview jawatan tadi. CikDas diam tak kata apa-apa. Sambil
hairan jugalah di benak. Up until today, kawan ofis CikDas yang name Meknor
suddenly meng”highlight”kan
issue, ada dapat panggilan SPA ke tak?. Dia advise la suruh check whether nama
CikDas ada ke tak. So, buka balik portal SPA tu. Huh, dan huh dan huh.. Apalah ko ni CikDas. Memang
lah ko tak dapat interview tu, dah CikDas tak click “Agree” untuk statement
last before send latest update. Memeylah tak dapat panggilan..
No comments:
Post a Comment