Monday, November 14, 2011

Polemik seorang AKU YANG MOODY

Hari ini aku datang kerja dengan mood tak berapa bagus. Banyak perkara yang buat mood aku tak bagus. Pasal budak-budak rumah. Pasal esainmen dan prizentension aku pada petang ini. Pasal kerja yang sebenarnya aku happy, kejap-kejap tak happy. Pasal hubungan aku sesama insan yang kadang-kadang tak berjalan dengan bagus.

Kupasan pertama pasal budak-budak rumah. Mungkin issue ni seco’ek je bagi orang-orang lain. Tapi pada aku yang terbeban dengan macam-macam perkara, issue kecil pun boleh jadi besar. Kadang-kadang aku tak mahu ambil pot. Tapi tak ambil peduli ni pun tak berapa bagus. Problem still tak solve, tapi makin berterusan membenam di jiwa. Bila aku balik rumah, lepas penat kerja, aku expect rumah adalah port terakhir yang dapat aku jadikan sandaran melepaskan segala keletihan, kestressan sepanjang aku di luar bekerja dan pergi kelas. Dulu masa aku dengan seorang ex-hosmet aku yang bernma Cija Menarik ( separuh nama sebenar), kami berdua yang selalu berganding bahu menjadikan rumah sebagai ”Home Sweet Home”. Cija Menarik seorang yang sangat pembersih. Tak suka keadaan yang tak kemas. Dan kerana itu, aku sudah terikut-ikut dengan sifat positif beliau ini. Aku tak kata hosmet lain tak buat. Ada juga buat, tapi tak selalu la. Life dorang busy sangat kot sampai nak jadikan rumah ni Home Sweet Home pun tak ada masa. Itu satu point. Another point is, ruang tamu yang agak sedang-sedang luasnya dijadikan port bentang toto or port tidur. Untuk sekali sekala beralih angin nak tido kat luar tak menjadi masalah. Tapi if dah hari-hari buat port tido, bentang toto tak kira masa. Kaki-kaki ntah pijak apa, pergi masuk dapur, masuk jamban, etc then lepas tuh landing dekat toto. Aku kalau bising kan nanti dorang fikir aku ni bossy. Tapi aku RIMAS situasi macam tu. Sebab tu nowadays balik aje kerja aku suka lepak atas katil aku dalam bilik walaupun semua hosmet aku berkumpul dekat ruang tamu. tengok TV. Kan best if Cija Menarik ada. Rindu pulak kat beliau.

Aku pula jenis tak suka orang tido bersepah dekat ruang tamu. Sebab: pagi-pagi susah nak bergerak, nak iron baju pun kat situ. Aku pula suka iron baju waktu pagi bila nak pergi kerja. Jangan suggest aku iron waktu malam sebab waktu malam pun dorang berkumpul kat situ. Masing-masing dah ada bilik, siap ada katil masing-masing, then apa fungsi katil dalam bilik tu. Tempat setan tido ke? Punca tido kat luar sebab dalam bilik takde kipas. Tapi sudah berbulan-bulan stay dekat rumah ni, nak beli sekor kipas pun tak mampu ? Tapi beli baju, keluar tengok movie, shopping, semua bagai tu mampu pula. Aku rasa if total kan semua bukan setakat kipas, air-cond pun boleh pasang.

Kenapa aku rasa post aku kali ini sangat kejam ye. Kenapa aku menuduh mereka tanpa usul macam ni? Bahasa mudah kenapa aku selfish? Jawapannya mudah : AKU PUN TAK TAHU......

No comments: