Wahh.. hari yang sangat heaven. Kerana boss aku sudah pun terbang and takkan datang office selama 2 minggu. Lalalalal.. macam budak-budak la. Please behave. Hari ini cuaca agak mendung tanpa matahari. Sangat-sangat selesa untuk baring dan berselimut. Tapi tak boleh la, kan sekarang tengah waktu office.
Sebenarnya pagi ini idea aku agak tepu untuk menguplod new entry. Apa aku nak membebel hari ni yea? Macam tak ada idea, walhal pagi tadi banyak benda aku fikirkan. Aku fikirkan tentang diri aku yang slim ini tapi still tak jumpa pangeran hati yang boleh fit dengan tulang rusuk. Of course lah kena fikir kan ( walaupun kadang-kadang aku tak nak fikir). Mom selalu bagi hint and kias dengan aku.. ” Ma dulu masa baya ko, anak dah 2, 3. Bila lah agaknya nak rasa bercucu...” Begitulah secebis dua ayat-ayat peberet my mom. Aku muda lagi la, baru 27 tahun. Eh eh eh... Biar betik.. Dah 27 dah ek? Kenapa aku baru rasa macam umur 20??? Rasanya seperti semalam aku tamat sekolah.
Semalam aku nakal sebab ponteng kelas Financial Management. Aku tak plan pun nak ponteng. Dah siap pun niat hati ni nak pergi. Tup tup last minute aku rasa tak nak pergi sebab ”TAK RAJIN”.. OMG, nakalnya aku. Then lepas masak makan malam semalam, sharp pukul 8pm, dengan badan masih berbalut towel, aku terlelap sampai pukul 10.30pm. Bila sedar balik, rasa mereng sebab tidur and bangun terkejut. Itulah aktiviti aku bila ponteng kelas, Claim TIDUR.
Aku dah mulakan rindukan diri aku yang tahan lasak. Dulu TAK RAJIN macam mana sekalipun pergi kelas, aku tetap akan kuatkan hati and semangat untuk pergi. Tengah-tenang hujan lebat pun aku redah, sanggup pergi kelas. Semalam tak tahu kenapa aku ni banyak alasan untuk diri sendiri. Apa lah dah jadi dengan aku ni..? Frust sangat ke aku ni sampai jadi down syndrome macam ni.. Come on lah..
No comments:
Post a Comment