Monday, September 29, 2014

Ke mana hilangnya kaki ayam itu? (☉_☉)

Flushed Face Emoji 1f633Hari ni Cik Das nak share cerita semalam di mana, Cik Das rasa lapar yang amat. Oh yea, semalam jugak adalah birthday Laboo Cik Das yang ke teeettt.. Takpe, tolak tepi cerita pasal Laboo sebab topic  paling penting, misteri kehilangan kaki ayam goreng. Cik Das goreng 4 ketul ayam termasuk satu ketul yang dipotong dua kaki ayam hujung dan jari kaki ayam. Al kisah, semasa ayam-ayam tu masih lagi di dalam kuali, Cik Das keruangan depan untuk menonton tv. Biasala, sambil tunggu ayam goreng menjadi garing Cik Das akan layan TV barang seminit dua. Tiba-tiba masa tengah syok tu terdengar bunyi letupan minyak di dapur. Cik Das cam biase la, wat biasa je. Minyak meletup sebab goreng ayam, biasa lah kan? Bila dah rasa macam cukup garing masa menunggu tu, Cik Das terus ke dapur.Face Screaming In Fear Emoji 1f631
 
Yang magic nya 4 ketul ayam tu, dah tinggal 3 ketul . Bahagian kaki dah hilang satu. Puas Cik Das cari serata ceruk dapur kut-kut terpelanting, tetapi NOTHING. (-_-)ゞ゛

Wah, ini sudah magik. Cik Das terfikir, ada “sesuatu” kah yang mengambilnya?? °)

Teori mistik  itu Cik Das tolak ke tepi dahulu sebab dah lapar sangat. Nasi pun dah masak, lalu Cik Das ngap. Hari ini Cik Das berkesempatan berkongsi cerita dengan seorang driver Dato’ ( boss director company Cik Das). Katanya, kalau kaki ayam hilang, benda yang suka mengambil adalah ‘toyol’. Menurut kata orang tua-tuan. Eh, betul kah?? Masih menjadi misteri hingga ke hari ini. Balik kerja karang Cik Das sambung balik investigation tu.  Face With Open Mouth And Cold Sweat Emoji 1f630


Tuesday, September 23, 2014

(°◡°♡) Wah, my my my ….



Cik Das terpanggil untuk menaip sesuatu yang tak tahu hujung pangkal. Ini kerana dalam masa yang sama, komputer Cik Das yang kat office ni selalu saje sangkut, lembap, memory hang etc bla bla.  Sedikit stress maka alternatifnya Cik Das mengalih tumpuan Cik Das untuk menaip sesuatu di sini. Opps, boss Cik Das baru sahaja sampai . Kena la buat muka pura-pura busy. Hairan betul lah kan. Cik Das cuba menaip tanpa melihat pada skrin, tpi sama aje  kalau Cik Das pejam mata. Bukan Cik Das hapal pun tempat menaip tu tapi macam pelik je Cik Das dapat cari tempat tekan.
Hahaha  lampu idea Cik Das dah mula menyala   (◡≦) 

Cik Das akan menaip dengan menutup mata.  (••)
Dan korang boleh baca berapa banyak kesalahan Cik Das ketika menaip semasa menutup mata.. Bersedia??  Kita mulakan.. (づ ̄ ³)

Pada suatu hari yang penuh dengan kehidupan yang selsa. Cik Das terpanggil untuk menaoi[ tentang kehidupan Cim Das yang sangar2 la boring. Cik Das rasa semua orang sangat baik.”

See see see, banyak tak kesalahan ejaan Cik Das semasa menutup mata tu?? (˘⌣˘)


Thursday, September 18, 2014

ツ Awkward moment.. (=_=!!)


Semalam Cik Das busy kerja, 2 orang manager Cik Das Mr. G.Lok ( nama samaran ) and Mr. S.Tan ( bukan maksud Setan ye.) minta Cik Das do some favor. Mr. GLok ni request Cik Das buat property research for a few of our competitor. Ok no issue pasal tu, memang Cik Das suka pun browsing tenet or Pakcik  Google untuk wat research analysis nih. Tup-tup at the meantime datang pulak manager sorang lagi Mr S.Tan ni request Cik Das wat power point. Dah season pun Mr STan ni thus, dats why kemahiran computerize Mr STan ni kurengg.. Jadi sebagai seorang staff yang dedikasi, berkomitmen penuh maka buat juga la multitasking. Sambil Mr. STan duduk sebelah Cik Das sambil kunyah pisang goreng. Ade gak lak dia pelawa Cik Das. Cik Das amik la seketul wat cukup syarat. Masa tengah shiokkkk menaip kat Power Point, Cik Das rasa ada orang tengah usap peha Cik Das yang masa tu pakai baju kurung. Ikut habit pendekar Cik Das ni boleh terpelanting orang tu kena tendang. Sensitip woo sentuh-sentuh peha ni. Bukan sebarangan orang bukan muhrim boleh sentuh.


Kussss semangat, rupa-rupanya Mr. STan tengah duk kuis-kuis dengan pen dia sisa pisang goreng yang terlanding kat kain baju kurung Cik Das. Hahadooii.. Nak kata gigi takde pagar, tengok bersusun cantik plak gigi tu takde lubang. Habes camno terpelanting? Nak Cik Das sound setepek kesian plak tengok muke orang tua tu dah mula serba salah..


Oppss, sorry. Terjatuh..”

Haisshh, sabor jer la.. Sambil-sambil Cik Das pandang kat kain Cik Das.  (_#)

Wednesday, September 17, 2014

XPDC Pecah Lemak


Pada suatu hari Abang Kawasan ( bukan nama sebenar ) telah meroger Cik Das. Lebih kurang gini ler dialog kitorang. Maaf la, Cik Das tak hapal skrip masa tu.
A.K : CikDas, coti Malaysia ko watpe?
C.D: Takde watpe pong. Nape Abg Kawasan?
A.K: Jom pegi Bkt Celaka nak? (nama asal Bkt Cerakah)
C.D: Ape menarik pegi ke sana?
A.K: Kite pecahkan lemak je la
C.D:  Sape lagi yang pegi?
A.K:  Kite berdua je la. CikDas takde nak kuar dating ke ape ke?
C.D: Petang je la kot. Roger ke?
A.K: Roger

Tiba hari yang dijanjikan, maka terpacul la wajah ayu CikDas bertemu Abang Kawasan. Lupa nak bagitau Abang Kawasan tu sebenarnya adalah seorang gadis sunti berfizikal comel. History kenapa dipanggil Abang Kawasan rasanya dah bagitau pada entry sebelum tapi tak pe, Cik Das paham korang memang tak rajin nak scroll entry sebelum ni kan?! Hahaha Cik Das sangat memahami korang. Dulu Abang Kawasan ni brutal, pompuan tapi macam perangai sedikit kejantanan. Akan tetapi bukan tomboy atau pengkid atau sewaktu dengannya. Dia ni normal. Dulu rambut beliau panjang rebonding lurus + Cap, having said that korang intrepretasi la sendiri Abang Kawasan ni jenis apa. Namun, setelah tahun bertukar dan umur pun kian meningkat, maka dikatakan Abang Kawasan ini telah menerima hidayah untuk berhijrah menjadi gadis ayu berhijab. Alhamdulillah.. So gitu la kesahnye.. Oh ya, promote sikit. Abang Kawasan ni masih lagi single serta available. (^_<!)Y

Bila dah sampai sana, punya la ramai orang. Baru teringat, rupa-rupa cuti sekolah + public holiday. No wonder lah tempat itu sesak. Skip part tercengang dek kerana ramai orang, now enter chapter lepas beli tiket. AK ( shortform je la ye) tanya Cik Das, nak menapak ke naik bas?. Dia asik rekomen suruh pergi ke Taman Kaktus. Cantik katanya, lawa snap poto. Terpengaruh dengan dakyah itu, maka dengan inesennya CIk Das pollow. So kitorang naik bas sampai ke SkyTrack . Kata Encik Drebar Bas, sampai situ je perhentiannya, selebihnye kena naik bas no. 2 ( maksudnya menapak la ). Ada gak 1km. Dipertengahan jalan hujan mulai turun dari rintik ke separa lebat. Sungguhpun Cik Das dan AK berdiri di tepi jalan still kena hujan jugak. (T_T!)Y .Apakah yang kamu sedang karutkan ini Cik Das?? Seperti biasa Cik Das bersikap menyalahkan orang dalam segala hal. Hahaha teruk betul sikap Cik Das nih.. Antara lontaran peluru puake dari bibir mungil Cik Das pada AK. Sib bek AK ni memang dah masak rentung dengan pe’el molek Cik Das nih.

“Idea bernas sapa ajak berjalan kat Cerakah pastu hujan..”
“Sebelum datang sini ada AK check weather forecast??..”
“Ni kalo esok Cik Das demam + MC, AK bertanggungjawab ye..”

Itu lah antara potpet potpet Cik Das. Dan AK hanya menjawab.. “A.A K “ ( Ada aku kesah?!) 

Ini adalah sedikit snapshot Cik Das dengan AK. Chillex..





12 Sept 2014 Walimatul urus Angah


Hola semua ^_^! Rasa macam dah lama tak menaipkan diri dengan blog aku ni. Weh seminit, macam dah lupa kata ganti diri.. Kejap I, kejap aku, kejap saya.. Macam tak tetap pendirian sahaja, ibarat lalang lalang meliuk ditiup angin nan sepoi-sepoi bahasa.. Fuh, sekali Cik Das bersastera, gulung tikar semua novelis kat Malaysia ni. Takleh cari makan.. Ok, enough masuk lift tekan ke penthouse.. Bawak-bawak la ke bomi jugak ye.. 

Now seperti yang dinantikan, apakah hot story Cik Das yang dah lama menyepi ini.. Ok get ready, sila bunyikan gendang canang.. ~~~! Tagline nya.. “Kawennnnn…!!” Gempak kan?! Harap Maaf, bukan Cik Das yang kawen, tapi beliau adalah dinda Ngah Cik Das.. Gempak je kan, tapi orang lain pulak yang kawen. Ingatkan Cik Das.. Takpe takpe, Cik Das masih utuh lagi bergelar single..  Dan masih gagah lagi berdabik dada à “I am single but NA” .. Tahniah Angah di atas pertukaran status kamu menjadi pemimpin rumahtangga.. Clap clap clap.. Kaklong mu ini dengan tulus ikhlas mendoakan kebahagiaanmu sehingga jannah.. Doa-doakan jua semoga kaklong mu ini pun berakhir dengan happy ending jua.. ^_^ 

Kejap lagi Cik Das akan upload wajah menantu pertama Puan Z dengan Encik Sam. Glamor betol nama bonda dan ayahanda Cik Das ni. Well, say something we dunno.. Kitorang memang kelas glam.. Kih Kih kih.. Ok Ok, jangan kalian annoying pulak, ini adalah gurauan biawak komodo Cik Das yang semenjak dari dulu memang sudah luput tarikh pembaharuan insurans. Setiap kali Cik Das nak renew insurans ni ada sahaja halangan, rintangan, cubaan dan akhirnya Cik Das pasrah. Terimalah diriku seadanya + pakej mulut puake  ni..  ^_^








Monday, June 23, 2014

Counting the momen

It’s a been while aku tidak meng”update” blog ini. Kesibukan bekerja, plus aku sekarang dah transfer pergi ke account lain. Jauh dari rumah and kena masuk awal pagi. Pukul 6am!! Diulangi, aku masuk kerja kul 6am T_T

Tapi takpe, minggu ni dah last aku kerja. Nora, superior aku pun dah last day ari ni. Dan aku akan menyusul minggu depan. Hehehe, tak sabar. Aku dah dapat keje kat tempat lain. Dekat sikit dengan rumah. Lebih kurang 3 kangkang kera jek, compare sekarang lebih kurang berkangkang-kangkang kera beratur. Next week dah start bulan puasa. Masih ada 2 hari belum ganti. Jadi, aku by hook or crook kena juga marathon puasa 2 hari berturut.

Plan next week selama seminggu nak abiskan cuti berpuasa di rumah mak aku kat kg. Gajah. Dah terbayang nak request macam-macam. Teruk kan? Patutnya aku yang masak, but takpela, dah mak aku masak sedap ape? Masa ni nak merasa air tangan dia.


Taon ni raya nak pakai warna ape? Tapi aku macam dah jatuh cinta warna kuning. Rasanya lom ada lagi koleksi baju raya kaler kuning. Asik-asik pilih kaler purple, purple, oren, But sokay, this time aku choose kaler tu plak… ngeeee…

Thursday, March 13, 2014

MH370 ~ Pray for~


Masuk ni hari ke-5 kehilangan pesawat MH370 tapi aku baru aje gatal nak update. Macam-macam spekulasi yang timbul rentetan peristiwa yang jarang-jarang berlaku kat Malaysia ni. Sebagai salah seorang rakyat Malaysia, berharap semoga ianya berakhir dengan kesudahan yang baik. Kalau tak berapa baik, sekurang-kurangnya pencarian tu mendatangkan hasil. Bukan sekadar hilang tanpa dapat dikesan. Tapi apa-apa yang berlaku tu semuanya kuasa Allah SWT. Ok, change topic sebab aku tak rasa nak mengomen sesuatu yang diluar kemahiran aku. Maklumlah, aku bukannya pakar lautan, pakar Geografi pun bukan, apatah lagi pakar penerbangan. Tak reti aku nak mengulas dan menambahkan lagi spekulasi-spekulasi karut-marut yang semakin bertambah dari sehari ke sehari. Jadi sebagai orang awam, aku menerima sajalah sajian berita yang terhidang. Mana otak aku rasa logik, aku terima. Agak-agak yang dah ke laut tuh, aku ignore.



Indeks pencemaran udara hari ni agak tak berapa sihat untuk sistem respirasi aku. Risau gak kot-kot selalu menyedut udara tak bersih nih menyebabkan sistem imunisasi tubuh aku menjadi lemah dan akhirnya jatuh sakit. Dengan tambahan dugaan catuan air di seksyen 7 Shah Alam, sekaligus menyebabkan company tempat aku bekerja termasuk dalam senarai terputus bekalan air selama 2 hari. ( apesal ayatku ni skema sangat?) Jadi segala urusan besar atau kecil agak menyulitkan. Berdoa semoga hujan cepat turun.

Tapi nampaknya macam takkan turun lagi buat beberapa hari ni. (T_T)



Sambil menaip draft untuk content blog aku, dalam masa yang sama mengupdet entry untuk trade return + mendengar lagu Korea from Lee Hyori, Chae Yeon, Eugeyne, Brian Joo, Ba Da, Bae SeulGi etc. Sebelum Kpop famous, aku dengan sorang bekas kawan ofis aku yang berhantu minat lagu-lagu Korea ni, semenjak zaman sebelum  demam Full House kat Malaysia lagi. Agaknya, daripada batch dorang kot demam Kpop ni merebak.. ^_^

Aku nak update lagi tapi masa tak mengizinkan. So, sampai sini aje lah ok

Thursday, March 6, 2014

Dobi Service and Delivery



Hola semua..
Apa khabar? Dah lama rasanya tak update. So tajuk hari ini ialah, I nak promote dobi kawan kesayangan I punye.. Ape yang best pasal dobi kawan I neh..? Tu dia.. I nak habaq mai ( ceh, jadi loghat Utara plak eh) …Mari sini sume adik kakak, abang, makcik pakcik, atuk nenek, huiii.. Sini dobi sangat baik, cucian bersih, wangi harum ( eh, sume dobi cuci bersih dan harum kan? Takpe, takpe,  kasi palu lagi baeeeekk promote punye. ). Serba serbi bersih , wangi, kulat, dedak, fungus, cendawan, sumer tanggal dik nonnnnn. Tammat dulu iklan intro pasal dobi. Amacam, anda tertarik menarik belum lagi kan? Takpe, bace perenggan kedua lak.. Hak hak hak..


Anda malas nak basuh baju? Bila dah basuh, malas nak lipat? Anda malas nak pergi dobi and hantar? Or tunggu kat dobi and bawak pulang? So dobi ni memang disediakan khas untuk golongan pemalas and takde masa macam anda ( Opps, apesal bunyi macam hampeh lak ayat nih? Jangan sentap ye.. Dah memang true wat? Kalo korang tak malas or ade masa sure korang basuh sendiri kan? Hahahah , joke joke je.. J ). Sebab dorang provide delivery untuk dobi ni. So korang takyah pening-pening nak pergi hantar pakaian busuk berdaki korang tu ke dobi. Dorang boleh amek dari rumah korang, cuci and antar balik. So just cakap je bila korang nak pakaian tu balik. Kan? Setel satu problem. Belum tertarik lagi nak try dobi nih? Takpe bace perenggan ke tiga lak.. Hak hak hak..


Coverage servis delivery ni meliputi area Shah Alam and kawasan-kawasan sempadan daerah sekitarnya. Itu mengikut budi bicara runner dorang lah. Boleh lalu tak kawasan terpencil korang tuh, tu korang kena halo halo and roger roger dengan dorang. Yang paling best yang korang rasa nak dengar ialah service delivery ni FREE. Diulangi... FREEEEEEEEE... So makna kata, dorang datang amik baju, cuci, antar balik kat korang. Cuma bayar harga cuci je.. Berapa harganya, PM or calling-calling lah sendiri. Tapi kat bawah ni ade flyer dorang, so korang usya-usya lah sendiri. Masih tak tertarik lagi? Ok ok takpe, korang cuci sendiri lah.. Hahahaha.. I dah abes modal air liur.. Chow for today J



Thursday, February 27, 2014

Sepit Ketam..

         Semalam aku kena sepit ketam kat paha. Puncanya.. Hahahaha, padam muka aku. Gatal sangat sape suruh. Alkisahnya begini. Semalam Mr. Laboo lepas tolong aku angkut barang ke rumah sewa baru aku, singgah kejap kat kedai dobi kawan dia untuk antar langsuir aku untuk dicuci. Dari dulu aku memang suka pronounce ”langsir” sebagai ”langsuir”. Nape tah, dah habit. Kendian, tak semena-mena habit aku yang suka memuji makhluk Adam ciptaan Allah telah berlaku secara spontan. Di mana mengikut law of relationship, seorang awek tidak boleh memuji kehenseman lelaki lain di hadapan balaknya. Sesungguhnya aku telah terlanggar law itu.. ahakss.. ^_^Y


”Fuyoo, hensemnya balak tu... Pewiiiittttt” ( sambil bersiul)

Tiba-tiba aku mengaduh kesakitan. Kena cubit.
”Aduuhhh, nape u cubit I?”

Sakit wo.. Tak tipu.

”Gatal sangat”

”Tu pun nak jeles. Kata tak jeles.. Hmm”

”Memang la.. Tapi nakal sangat”

”Ini sudah terbalik. Selalunya pompuan yang suka cubit lelaki. ”


Sayang, walopun I bersiul-siul cakap lelaki tu hensem, tapi u still hensem in my heart. And that’s true. Cewah, ayat pujuk. Memang ade tokoh, “ Awek aku playgirl”

Wednesday, February 26, 2014

Mr. Laboo…

Title yang tiba-tiba menjengah dalam mindaku di petang hari tatkala masih lagi di ofis. Woaaaa.. eden kena stayback la.. Macam bese la, company aku ni jenis logistics. Selagi delivery tak setel, selagi tu la bontot aku ni melekat kat seat working table aku neh. Plus, aku pun masih lagi mengekalkan ciri-ciri staff yang berdedikasi, bertanggungjawab, bijak, pro aktif, great potential ( cewah, takyah nak menekan lift terlampau sangat ok.. Reader sumer tak tahan nak muntah..) Hahaha..

Mr. Laboo ni sebenarnya ehem ehem aku ( oh, malu lak nak declare, sambil  tersipu-sipu aku menaip. Eh, betullah. Tak bohong  Aku sedang tertunduk-tunduk malu dan tersipu-sipu. Puiii ). Aku sayang kat Mr. Laboo nih. Disebabkan beliau jugak la aku dah ambil keputusan untuk bersara dalam arena kaki pancing, kaki pasang spare parts, stok geli-geli. Dengar sini sumerr, aku sudah insaf dan berjanji takkan berpoya-poya lagi..  So tolong jangan datang menggoda.. Sesungguhnya aku takkan terjebak dalam godaan kalian..  Ahaksss... Ini macam dah buat pengumuman hari Raya aje..  Mr Laboo ni biase je orangnya. Well, takpe la, tak kacak di mata orang tapi paling comel dihatiku.. Hahahahaa.. Addoii, susah betul bila angau aku dah datang..

            Labu, labu.. nampak je buah labu terus tangkap imej Mr. Laboo aku.. Wahh, sedapnye Pai Labu.. Kek Labu.. Eskrim Labu.. Bingka Labu... Talam Labu..  Oh Labuci.. eh, salah itu bukan makanan.. Siri ting tong aku berakhir di sini.. oh yeahh

◉◞◟◉)    +     ♪ (´ε )

Pindah lagi..


Hola guys.. How are you been doing? I as usual la masih lagi segar menyedut oksigen ciptaaan Allah yang Maha Kuasa ni. Ayat betol.. Ok, back to the main topic. Hujung minggu ni I kena menomad la.. ( Perkataan baru, kata asal “Nomad” = pindah randah, disalahgunakan oleh aku maka jadi lah menomad”). Bulan lepas sibuk aku mengugel bilik-bilik kosong yang harga rendah dan berpatutan di sekitar Shah Alam. Bila call aje, ini jawapannya:


“Cik, dah ade orang masuk la.”
’Maaf, dah penuh”
”Sorry, baru je orang masuk”


And bla bla bla.. Hampa lak rasa.. Tapi aku cool lagi eh. Siap pujuk, mayb Allah nak bagi rumah ”berkat” kot untuk aku, sebab tu susah sikit. Dah psiko otak camtu, takde la aku menggelupur lagi. Later on, last kopek gugel ade satu kediaman yang agak menarik dekat area S16 ( sebab tu orang tua-tua pesan, “jangan cepat putus asa”). Kol dengan orang tuh, set appointment. Tadaaaa terkesima juga bila dapat tau nombor rumah tu sama plak dengan tarikh bestday aku.. 02-01-04.. ( terus jatuh cinta dengan nombor rumah, bengong). Pergi tengok rumah tuh, ruang tamu kecik tapi bilik yang aku nak duduk tu , perhhhhh suke suke suke sukenyeeee.. Jatuh cinta lagi kali ke-dua. So tanpa fikir panjang aku angguk-angguk macam buruk belatuk terus setuju untuk ambil bilik tu. Case settled. Alhamdulillah..
Jadi sekarang aku terpaksa memecah otak untuk menyusun barang-barang untuk di pack. Ahh, sungguh aku tak suka. =,=.
Penat tau, malas betul la.. Kan best kalau barang tu boleh gerak sendiri ke sana, tak payah aku punggah. Mimpi je laa..


Tuesday, February 18, 2014

Yeah, Angah nak tunang...




Cak... Cak... Cak...
Hahahaha, dah masuk bulan februari tapi belum updet apa-apa pun. Ape citer I sekarang??
Hak Hak Hak... Takde.. Masih macho, lawa, bergaya macam biase ( Ohwmaigad, perasan aku dari dulu memang tak habis-habis). Takpe issue aku masih lagi normal. Ih ya, Angah – a.k.a adik jantan aku dah nak bertunang hujung minggu nih. Happy nya aku rasa. Macam aku lak nak bertunang. So, last week kitorang 3 beradik ( Aku, Angah, Achik ) keluar bersama, beli bekas hantaran. Tak banyak pun, 3 dulang aje termasuk bekas cincin.






Oh ya, sedang aku syok menaip blog ni, aku ade terbace entry adik aku (Kuwan) punye awek punye blog . Baru aku tau dorang dah broke off. Hmm, I’ve got nothing to comment la. Terus aku call mom tadi untuk bertanyakan kesahihan itu. Mom tau lama dah. So Mom advise kat dia suh mantapkan kerjaya dulu. Aku harap adik aku nan sorang tuh faham je lah konsep cinta zaman sekarang, “ When poverty knock the door, LOVE flew thru window”. Betul wat, bila takde duit, cinta takkan bertahan. Well, my bro. Now you’ve learned the lesson.  Apa-apapun life must go on.