Hola semua
^_^! Rasa macam dah lama tak menaipkan diri dengan blog aku ni. Weh seminit,
macam dah lupa kata ganti diri.. Kejap I, kejap aku, kejap saya.. Macam tak
tetap pendirian sahaja, ibarat lalang lalang meliuk ditiup angin nan
sepoi-sepoi bahasa.. Fuh, sekali Cik Das bersastera, gulung tikar semua novelis
kat Malaysia ni. Takleh cari makan.. Ok, enough masuk lift tekan ke penthouse..
Bawak-bawak la ke bomi jugak ye..
Now seperti yang dinantikan, apakah
hot story Cik Das yang dah lama menyepi ini.. Ok get ready, sila bunyikan
gendang canang.. ~~~! Tagline nya.. “Kawennnnn…!!” Gempak kan?! Harap Maaf,
bukan Cik Das yang kawen, tapi beliau adalah dinda Ngah Cik Das.. Gempak je
kan, tapi orang lain pulak yang kawen. Ingatkan Cik Das.. Takpe takpe, Cik Das
masih utuh lagi bergelar single.. Dan
masih gagah lagi berdabik dada à
“I am single but NA” .. Tahniah Angah di atas pertukaran status kamu menjadi
pemimpin rumahtangga.. Clap clap clap..
Kaklong mu ini dengan tulus ikhlas mendoakan kebahagiaanmu sehingga jannah..
Doa-doakan jua semoga kaklong mu ini pun berakhir dengan happy ending jua.. ^_^
Kejap lagi Cik Das akan upload wajah
menantu pertama Puan Z dengan Encik Sam. Glamor betol nama bonda dan ayahanda
Cik Das ni. Well, say something we dunno.. Kitorang memang kelas glam.. Kih Kih
kih.. Ok Ok, jangan kalian annoying pulak, ini adalah gurauan biawak komodo Cik
Das yang semenjak dari dulu memang sudah luput tarikh pembaharuan insurans. Setiap
kali Cik Das nak renew insurans ni ada sahaja halangan, rintangan, cubaan dan
akhirnya Cik Das pasrah. Terimalah diriku seadanya + pakej mulut puake ni.. ^_^
No comments:
Post a Comment