Fuh, penat memikirkan nama tajuk untuk kisah
hari ni. Jadi aku akan menceritakan kisah pilu dan sayu aku semalam – Purse ilang
(T_T). Aku pun tak tahu macam mana nak menceritakan episod lara aku semalam.
Kehilangan yang sangat misteri dan mistik jua. Lokasi akhir beliau ( purse itu)
sebelum didapati hilang di mana beliau masih lagi berada di atas pangkuanku di
dalam Dasnita ( kete aku la) semalam. Aneh, aneh aneh... Puas aku meraba
Dasnita setiap penjuru, celah-celah kelangkang, mencari-cari beliau, namun
hampa. (Apesal aku rasa penjelasan ini ada berbaur-baur
unsur lucah ye? Sila abaikan kerana maksudku hanya straight to
the point. No dabel meaning.. hokayy). Plus Shidot (housemate aku) turut
mengambil peluang untuk turun padang
meraba Dasnita sebagaimana aku lakukan. Sehinggakan
montox mungel Dasnita pun kami bukakan, walaupun mustahil purse berada di situ.
Ahhh.. memang takde. Aku sedih, aku pilu, aku rasa macam nak nangis.. Ngeeeee...
( Adegan itu terpaksa ditapis oleh lembaga penapisan teh kerana sangat
menjatuhkan imej cool and macho aku neh)
(No giliran semalam)
So semalam aku
mengambil percutian kecemasan kerana harus membuat satu laporan ke balai polis
berdekatan, berkenaan dengan kehilangan beliau. Seawal pagi morning muka comel
aku ni dah terpacul depan kaunter aduan polis. Eh, baru aku tau kena ambil no
giliran gak ke? Yang itu setel. Pastu aku meneruskan misi aku seterusnya ke JPN
yang berdekatan. Sampai kat Seksyen 9 Plaza Massalam aras 6, didapati angka
giliran aku yang ke 138. Bermakna aku harus menunggu seramai 55 makhluk di
depan aku. Argghh, masa berjalan. Bagaimanapun sebelum aku ke JPN, aku plan nak ke bank
dulu. Akan tetapi sampai je kat bank dorang cakap untuk apply kad baru, aku kena ada
salinan IC or IC original. Selagi TAK ADA IC BETUL tak boleh apply atm kad. Kepada sesiapa yang akan hilang purse or
dompet pada masa akan datang. Bukan aku mintak doa, manalah tahu kot-kot korang akan mengalami situasi di atas, 3 benda je korang boleh buat masa hari
pertama purse / dompet korang hilang. 1st, pegi balai polis. 2nd, pegi JPN
apply mykad baru and 3rd, call bank careline untuk batalkan segala bentuk kad-kad
utang or debit or saving korang tu. Pastu relax, takyah gatal-gatal nak gi bank buat atm kad, or pegi JPJ nak
buat lesen ke. Tak payah la selagi korang tak dapat MYKAD ORIGINAL. Korang
hanya membuang masa ke hulu ke hilir with nothing. Dorang pun takleh wat pape
sebab polisi memang dah macam tu. So, tunggu je la MYKAD tu siap baru pegi
setelkan. Itu pengalaman aku ke hulu
ke hilir semalam. Last-last tak dapat setel sebab apa-apa request untuk
new atm card or driving license, dorang nak yang ORIGINAL. MYKAD tu boleh siap
dalam masa 24jam sejurus selepas korang apply, menurut info semalam lah. Jadi aku sepatutnya ambil hari ni. Tetapi
memandangkan mana lah tau kena drag jadi 48jam ke, so aku ambil langkah ke
depan untuk ambil besok. Plus, hari ni kerja aku banyak tertonggak, colleague
pun tak ramai nak support. Jadi nak tak nak, aku tolerate untuk datang kerja
hari ni.
Besok je la aku akan meneruskan perjuanganku
mendapatkan semula mendapatkan semula yang hilang. Waaa, letih-letih.. Tapi kan
aku rasalah kan. Sape-sape yang baca apa yang aku tulis ni, rasa macam purse
dorang pun akan hilang dalam masa terdekat. Hahahaha, jangan marah. Gurau je... Tapi kalau hilang jugak jangan
marahkan tulisan aku. Ini semua secara kebetulan... Hahahahahahaahhahaha.. Chow
No comments:
Post a Comment