Thursday, January 16, 2014

One day journey

Semalam aku ambil cuti untuk menyelesaikan masalah berbaki aku ekoran kehilangan purse hari tu iaitu permohonan kad lessen. Alkisahnya semalam morning ( iklan jap) dalam keadaan tergesa-gesa aku minum air KOPIKO LA yang baru aku beli kat Mydin. Lepas je minum start enjin kete nak pegi JPJ Padang Jawa. Ohmaigad, masa tu plak perut aku memulas. Pulasan tu rasa macam mana aku memulas buah pulasan, begitulah jua lah perut aku terpulas nak cari jamban. Aduhh, terus aku mematikan enjin kereta and bergegas semula ke rumah… dan.. ( faham-faham sendiri la). Itu dia penangan KOPIKO LA.. tamat iklan..

            Dah setel urusan semulajadi tadi, aku sampai ke JPJ sana dalam 8.10am. Current nombor 1021, no aku 1199.. @_@. Bertenang dan bertabah saje lah. Kerusi lak dah penuh, kaunter buka cuma dalam 5 camtu la. Tapi luck aku datang bila mana masa tu aku sedang bergayut dengan mak aku, seorang lelaki datang menghampiri dan memberikan no giliran padaku. Katanya dia taknak tunggu. Dan aku mengucapkan terima kasih kepada beliau. Lantas dengan hati gembira dan bersyukur aku melihat no itu 1152. Terima kasih ya Allah. Terus nombor asalku serahkan kepada insan lain. ( ini lah permulaan kesilapanku, setelah membuat post mortem). Sebaik nombor aku dipanggil, aku menghampiri kaunter dan bersedia untuk membuat pembayaran. TETAPI umpama ledakan bom, pegawai itu berkata:

            ”Maaf, cik tak dapat membuat lesen”
            ”Kenapa ya?”
            ”Ada saman yang cik belum bayar dan sudah blacklist”
            ”Ye ke? Bila masa plak saya ada saman? Jadi saya tak boleh buat lesen selagi belum jelaskan saman.? Berapa harga saman tu?”
            ”Itu cik kena check kat bawah, kaunter pembayaran saman”

            Dengan langkah yang lemah longlai, aku pergi ke kaunter bawah. Dan orang kaunter bawah melantunkan aku ke bangunan sebelah hujung untuk menjelaskan saman. Dan bila dikaunter pembayaran saman plak, aku tidak membawa tunai yang mencukupi. Terus aku menelepon bondaku dalam keadaan sedih.

            ”Mom, Along kena bayar saman. Kalau tak bayar, tak boleh apply lesen. Macam mana ni, dah tengah bulan. Mana nak ada duit dah. T_T”
            ”Tak pela, pakai duit mama dulu. Pinjam dengan Angah. Nanti dia balik, mama ganti la”
            ”Nanti dia pun takde duit gak camne? Taknak la susahkan dia. T_T ”
            ”Takkan lah dia takde. Achik dulu pinjam dengan dia RM3k, Maksu dulu pun ada pinjam juga”

            Terus aku call Angah ( adik lelaki aku, aku mane ade adik pompuan).


            ”Angah, mu busy tak? Aku nak mitak tolong sikit. Aku kena bayar saman, tapi duit tak cukup. Boleh pakai duitmu dulu? ”
            ”Bila nak pakai? ”
            ”Sekarang”
            ”Ok. Aku bank in jap gi?”

            Alhamdulillah seketika. Sebab cabaran seterusnya ialah,

            ”Encik, saya nak bayar saman tapi takde cash kat tangan cuma ada kat bank aje. Boleh bayar melalui bank kad tak? ”
            ”Cik ada kredit atau debit kad tak? Kita cuma menerima dua jenis kad je”
            ”Tak ada. Cuma bank kad”

            Aku melangkah dengan langkah longlai lagi (sudah 2X longlai), menuju ke kereta dan berfikir. Tiba-tiba hp berbunyi. Rupa-rupanya daripada mama.

            ”Macam mana Along. Dapat setel tak?”
            “Belum. No giliran dah habis.”
            “Susah-susah sangat, buat kat Teluk Intan. Ambil cuti esok”
            “Tak boleh la, mom. Kerja banyak. Takpela, Along pegi JPJ Sabak Bernam je la. Kalau tak pun dekat JPJ Teluk Intan.”

            So, aku nekad jugalah nak setelkan masalah lesen itu hari tu jugak. Sambil berdoa di dalam hati moga-moga tak ada aral. On the way ke sana Polis buat roadblock. Hah, sudah. Bila tiba giliran aku, Alhamdulillah kereta aku lepas. Mungkin berkat zikir “Ya Hayyu, Ya Qayyum”. Selama 2 jam aku memandu ke JPJ Sabak Bernam. Sampai kat sana dalam 1.30pm. Akhirnya setel urusanku dalam 2.00pm camtu. Dah abes, Mom hantar mesej, “Jadi tak nak balik rumah”. So, aku teruskan perjalanan ke rumah MaAbah kat Kg. Gajah. Well, dah dapat lesen balik takde lah gundah gulana lagi. Happy pulak dapat petik duku and makan rambutan. Maybe itu hikmah untuk susah payah aku hari tu. Yang penting seperti kata Andre XI – ” Bertenang aja.. Bertabah aja..”. Well, kata-katamu menjadi peransang setiap kali I susah hati. ^_^




No comments: