Thursday, August 26, 2010

Tenebrous of My Compassion

Akhirnya slps sekian lama, kelopak mata bergenang juga. Aku bkn superman and aq juga bisa nangis. Sambil menaip air mata aku merembes keluar tak mau henti. Macm empangan pecah. Biarkan & aku tak peduli. Tanganku laju menaip apa2 yg terlintas di fikiranku. Betul, aku skrg dlm keadaan super duper stress and depression. Terasa seperti inginku baling segala dokumen yang ada di meja. Kenapa dengan aku hari ni? What da hell is happening inside me. Kenapa aku emo?. Perasaan bercampur aduk, bersilih ganti.


Tpi masih tak mampu nak hentikan tangisan nih. Diam-diam esak tangis kerana aku ego. Tak mahu sesiapa melihat kelemahanku di kala ini. Cuaca diluar pun nampak muram. Mentari pun seakan menyembunyikan diri. Tpi aku tak peduli dengan mentari ke cuaca ke. Lantak la nak salji sekalipun, ade aku kesah?


Kenapa nak judge aku on da first day jumpa? Sdgkan tak pernah kenali aku begitu dlm. Kenapa nak kecewa kalau aku tak pamerkan perasaan sebenar? Sdgkan dlm hati aku sibuk menimbang tara setiap perkara. Salah ke kalau aku ingin berhati-hati? Salah ke kalau aku tak mahu buat kesilapan lagi? Kenapa nak rasa kecewa dgn aku? Aku sepatutnya lagi kecewa kerana …. Arghh.. aku pun tak tahu nak cakap apa lagi. Semuanya bagai tak kena..! Aku asyik jumpa perkara yang salah je. Kenapa? Teruk sgt ke aku sampai kena repeat dapat hukuman macam ni. Pernah ke aku main-mainkan hati org? Salah ke kalau aku berterus terang tak suka. Sedangkan aku ada prinsip sendiri. Salah ke aku pertahankan prinsip yang aku rasa betul sebagai pedoman aku selama ni? Aku cuma nak keluar dari rasa sunyi hidup aku. Aku pun nak gembira mcm org lain. Tpi seringkali macam satu curse. One day aku happy and the next day aku sedih. Putaran roda aku cepat sangat circlenya.

.
Ataukah doa aku setiap kali lepas solat telah termakhbul? Doaku, “Temukan aq dgn dia (jodohku) dan kekalkan, jika bukan, hilangkan sekelip mata.” So, adakah ini resultnya? Hilang means bukan dia…!!

Jgn menilai aku terlalu cpt krn aku biasanya takkan pamerkan pada permulaan. Ia mengambil masa utk mengetahui apa yang aku fikirkan. Sbb aku akn mengkaji sampai hati aku puas..

No comments: