Tuesday, December 30, 2014

Goodbye 2014, Welcome 2015

Hari ni ialah 30hb Disember 2014. Bermakna ada lagi satu hari sebelum melangkah ke tahun baru. Apakah azam tahun baru CikDas. Wah, memang banyak tapi yang pastinya azam tahun lepas haruslah di bawa ke depan lagi sekali.. Wkwkwkw..

Banyak memory best berlaku pada tahun 2014. Antaranya ialah hubungan CikDas dengan Encik Labu semakin bertaut, semakin mesra dan utuh. Dan CikDas berharap segalanya berakhir dengan baik. Penat dah weh CIkDas nak wat perjalanan mencari cinta. Seriously letih + penat. Apa yang ada sekarang ni, CikDas bersyukur dan insyaAllah akan menjaga hubungan ni sebaik mungkin.

Angah CikDas dan isterinya insyaAllah akan bergelar ibu bapa pada bulan June 2015. Tak sabar CikDas nak menunggu kelahiran anak buah sulung. Sekarang CikDas terfikir-fikir panggilan apa yang sesuai.. Ada dua panggilan yang bermain difikiran àCikLong or Auntie Long” ^_^

Project Prudential CikDas sebagai part time agent masih lagi berjalan seperti biasa, ada juga la set appointment dengan client or prospects. Semoga pada tahun 2015 CikDas dapat menaikkan sale hingga ke paras yang mengkagumkan. Azam 2015. Amin


Dengar cerita Achik, adik Cikdas yang no 2 nak bertunang awal tahun nanti. Kita nantikan lah berita gembira itu. Sekarang kampong CikDas di Kelantan masih lagi berada di paras berjaga-jaga. Walaupun  kampong CikDas belum lagi terjejas teruk disebabkan banjir itu, namun mengenangkan sekolah lama CikDas masih lagi menjadi pulau kecil akibat banjir.

Monday, November 3, 2014

Awak dah ade Life Insurance @ Medical Card?

Soal Jawab Orang bila CikDas jumpa or bertegur kat mana-mana:
Ada yang jawab macam ni:
1.      Saya tidak perlukan insurans nyawa sebab company dah cover.
à  Memang kebanyakan daripada kita yang bekerja dengam company ada provide insurans kat tempat kerja. Tetapi, ada tak kita pernah tanya pada company berapa jumlah maximum yang kita boleh gunakan daripada insurans company? Kebiasaannya company akan allocate insurans antara RM5000 – RM10000. Katakan: Kos perubatan anda ialah RM20K. Dan katakan juga insurans company anda paling maksimum boleh guna RM10K. Baki RM10K, anda terpaksa menanggung sendiri. Sama ada melalui savings atau credit card. Anda kena fikir. Menggunakan savings bermakna simpanan semakin berkurangan. Menggunakan credit card bermakna hutang semakin melambung. Pro and Contra yang sangat menyakitkan. Fikir.


à  Pernah tak anda terfikir seandainya anda bertukar tempat kerja atau diberhentikan kerja, tiba-tiba diberi dugaan mendapat penyakit?. Insurans company lama takkan cover anda lagi. Masa tu pernah tak anda terfikir bahawa insurans company takkan menjamin diri anda sepenuhnya? CikDas nak bawa semua orang berfikir masa itu. Apa perasaan anda bila dah terkena sesuatu penyakit, kemudian barulah anda nak gunakan perkataan ni?“ KALAU la aku ambil insurans awal-awal lagi”. Perkataan KALAU ni memang best kan? Tapi takkan bermakna lagi KALAU dah berlaku:!! Fikir


Seterusnya, ada yang menjawab macam ni. 
Saya muda lagi la. Tunggu la dulu, nanti dah tua sikit saya ambil. Sekarang banyak komitmen. Nanti la ya..
è  Soalan pertama CikDas nak tanya. Anda boleh jamin tak yang anda takkan sakit ketika muda?. Katakanlah, semalam anda sedang gembira menikmati nasi lemak. Tiba-tiba anda tercekik. Nasib anda baik sebab ada orang berhampiran dan berjaya selamatkan anda. Lepas tercekik tu anda terasa jantung anda tidak selesa, anda pergi check up dengan doctor, doctor advise anda pergi ke IJN. Doktor kat IJN inform dengan anda, saluran jantung anda tersumbat sebab hari-hari makan nasi lemak. Long term effect sebab nasi lemak ialah makanan asasi anda waktu pagi. Hari-hari makan dapat penyakit jantung. Jangan terkejut jika zaman sekarang ramai orang muda dapat penyakit berbahaya. Soalan CikDas, anda boleh jamin ke bahawa anda akan kekal sihat sampai ke tua tanpa ada sakit? Jangan terkesima ya sekiranya ada orang yang menjalani kehidupan sihat, tidak merokok, selalu bersenam, menjaga pemakanan dengan teratur tetapi menghidapi penyakit kronik. Zaman sekarang semua tu bukan mustahil. Fikir



è  Point ke dua ialah anda perlu tahu bahawa polisi insurans diwaktu tua bayarannya sangat tinggi berbanding usia muda. Terus, anda tak mahu mengambilnya atas alasan mahal. Bila sakit anda hanya mampu masuk ke hospital kerajaan. Bila layanan tak memuaskan, anda komplen sedangkan anda dapat layanan setimpal dengan apa yang anda bayar. What is this?? Pernah tak anda terfikir bila anda sakit anda nak berada di situasi yang menenangkan?. Layanan yang memuaskan di mana anda boleh concentrate untuk speed recovery process tanpa perlu pening fikir mana nak cari duit nak bayar kos perubatan? Fikir.


My sincere advise, apply la insurance di kala anda masih muda dan sihat. Jangan lah tunggu sehingga terhantuk baru nak tergadah. Dah nak tercirit baru nak cari jamban. Its too late already, my fellow friends out there.
Ini baru sikit point CikDas nak bagi. Takpe la, kita bagi enjin panas pelan-pelan. Lepas ni akan ada lagi update pasal hal ni. Berminat untuk mendapatkan info lagi pasal ni, contact CikDas. Always Listening, Always Care. ^_^




Friday, October 31, 2014

Interview punya hal.

CikDas betul-betul tak paham dengan sesetengah orang yang nak datang minta kerja kat company CikDas ni. Dah tahu nak datang interview tu, bawak lah pen. Benda basic kot. Abes datang sini nak isi form harapkan receptionist  and customer service punya pen ka?. Yang datang sini berlenggang tu kenapa? Wat da phunk tol la. Stress aje CikDas rasa. Bukan sorang. Lima-lima ekor datang nak isi form kerja . Sorry la, CikDas dah geram hari ni terpaksa menggunakan perkataan ekor. Sebab kalau manusia maybe boleh fikir common sense. Datang mitak kerja, tapi tak bawak pen. Plus, takde wat copy untuk resume and sijil-sijil and mitak CikDas tolong photostat lak.. Gilo ko apo mung ni? Another wat da phunk!!

Tak kuasa CikDas nak entertain benda-benda macam ni. Sebab masa CikDas mitak kerja dulu kat company ni takde wat mende-mende mengarut camni. Tak bawak pen, acceptable lagi. Tapi tak bawak copy sijil and mitak orang sini tolong photostat memang CikDas rasa berbulu-bulu hati.. Lemak betol candidate-candidate ni. Kalau ni company CikDas, dah lama CikDas reject calon – calon staff macam ni. Tolong la ye, kepada sesiapa yang nak apply kerja, tak kisah la mana-mana company sekalipun, sila jangan carry attitude jenis macam ni. Anda datang untuk minta kerja, sila pastikan anda menyediakan diri anda sewajarnya. Bawa pen, wat photocopy siap-siap untuk segala sijil anda. Bukan dengan datang pada company yang anda nak minta kerja tu minta orang tolong photostatkan sijil-sijil anda.


Kan best masa interview nanti HR patut tanya, masa datang tadi ada pinjam pen daripada receptionist tak? Kalau dia jawab “Ya”. “I’m sorry, you are not qualify for this position”. Kenapa?? Attitude dah failed, how to perform? High probability akan jadi company’s liability not an asset. Hahahaha.. Suka-suka je CikDas wat decision. 

Aku, Dia dan Prudential…


Hari ni 31st October. Patutnya company dah release gaji. Tapi kena postpone Monday ni sebab ________. Malas CikDas nak komen. Nak marah? Buang karan. Kalau tak suka gaji masuk lambat, resign je daripada company ni. Tapi dalam gaji masuk lambat, ada gak mende yang best untuk CikDas. Compare dengan company lama CikDas, memang gaji masuk on time. 28th or 29th insyaAllah lah gaji dah masuk. Tapi kat sana CikDas akan kerja dengan sibuk sampai nak berak, nak kencing, nak makan, nak lunch pun tak senang hati. Kat sini, CikDas ada banyak masa lapang sampai siap boleh taip menaip blog. Tapi takdela selalu ada masa lapang, Cuma boleh lagi lah bertenang seketika daripada tempat kerja lama daripada 8.00am – 7.00pm or 6.30pm, busy, busy, busy.. Letih.. Cepat tua CikDas.. Senang citer kat sini CikDas relax sikit.

Tapi memandangkan kos sara hidup makin meningkat, CikDas tak rasa nak stay lama kat sini. Well, well. Dalam masa yang sama CikDas wat jugak part time Prudential. Sambil-sambil jual handphone. Habis semua kawan-kawan yang dah berzaman tondan CikDas tak pernah tegur , CikDas bertegur sambil try and error berminat tak dengan insurans Prudential. In positive way, ia mengajar CikDas untuk beramah tamah dengan orang. Of course, berlaku banyak rejection. Yess, memang banyak rejection. Wow, teramat banyak rejection.. Tapi, kalau orang reject kita terus nak patah semangat, dah takmau buat, baik jangan mula dari mula.  Oh oh oh, CikDas dah mula menghasilkan “Quotes of the day”. Tapi bila tengok kawan-kawan daripada group yang sama dengan CikDas asyik close sales je. Aisshh, ini cemburu  dan iri hati meluap-meluap. Mana boleh dorang je pergi trip. CikDas pun nak jugak. Bila CikDas nak, kena la buang muka malu ni jadi muka tak tahu malu. Hahahaha..

Tapi tiap kali CikDas down, Mr. Laboo always meniupkan semula sepirit CikDas. CikDas selalu tanya soalan bodoh dengan beliau. Which is takde lah bodoh mana pun soalannye.

C.D: Do you think that I can close sales?

M.R: Of course you can. Why not?

C.D: Sometimes I feel I’m not good enough. I tak pandai socializing sangat macam you. I suka stay di rumah. I tak suka sangat jumpa-jumpa orang yang tak berapa kenal ni. My world is about people that I already know.

M.R: That’s why you have to change. You got to mix around with other people. Build up your social network. But never mind. Regardless what you are, I’m still loving you.

Aisehh, Mr.Laboo sekali  lagi bagi ayat yang cairkan tahi telinga CikDas ( Sebenarnya  cair juga hati dengan kata-kata macam tu. Sape tak cair? Takyah nak bohong la… hahahaha ) 





Thursday, October 30, 2014

Formal Letter


Hari ini hari Khamis bersamaan 30th October 2014. Semalam CikDas dapat duty daripada superior CikDas yang nama Jo1 request CikDas untuk taip satu draft letter surat yang Mr. STan minta dia taipkan. Dengan tulisan beliau yang agak tulisan doctor, mengalami kesukaran pada medulla oblongata CikDas untuk mentafsir maksud tulisan tersebut. Rasa macam tengah translate tulisan hieroglyph + cuneiform yang kat dalam gua zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan berbagai-bagai itik lagi. Hadoiii..


Dah give up tak dapat nak memahami struktur ayat-ayat tersebut maka CikDas pun ikutlah word yang CikDas rasa agak-agak itu meaningnya. Hasilnya beginilah. Kih kih, agak-agak lepas tak General Manager nak sign ni???  (=,=!!)


Wednesday, October 29, 2014

CikDas dan temuduga SPA.


Hahaha, tepuk dahi dengan diri sendiri. Apalah CikDas ni, belum lagi tua. Tapi pelupa mengalahkan orang kena Alzheimer. Shhh, amit- amit jejauh daripada terkenan penyakit tuh. Storynya macam ni. Last week CikHan, hosmet CikDas dapat panggilan interview untuk jawatan PTD gred 41. So, CikDas dah men”Tahniah”kan beliau sambil CikDas berfikir, “apesal CikDas takde dapat apa-apa panggilan eh? Tempoh blacklist lom abes ke?” Ye la, before this CikDas pun pernah dapat 3 kali panggilan. Satu sengaja tak pergi sebab tempat nye jauh, area nak sampai Selayang sana tuh. Dah la takde transport masa tu. Baru jek dapat kerja kat tempat lama ( 8 tahun nan lalu). CikDas fikir-fikir. Banyak sangat halangan so CikDas withdraw and tak pergi. Beberapa tahun kemudian, CikDas re-apply lagi. CikDas dapat lagi offer pergi. Yang ni best, tarikhnya pulak yang dah terlepas. CikDas dapat buka email seminggu selepas offer interview tu. Awat dorang takde notify thru sms?? Dah mitak no hp bagai dalam details tu nape takde nak sms ade interview? Ingat hari-hari CikDas hadap yahoo mail? Ok takpe, dah terlepas kira takde rezki lah kan? à Pujuk hati sendiri lah kunun..   



Lepas tu, send lagi application. Kemudian, masa CikDas pindah tinggal dekat kondo, rumah sewa lama. Dorang send surat interview lagi. Tapi yang bestnya, surat tu Cikdas buka lepas seminggu date lepas. What is this????? Permainan apakah yang berlaku pada CikDas? Porque mi amorr???  

Then, agak lama jugak  CikDas merajuk dengan SPA  takde update detail ssehinggalah tahun ini 2014 beberapa bulan lepas. Barulah ada mood CikDas nak update, sebab CikDas pindah rumah lagi. Jadi, terpaksalah tukar alamat surat menyurat. Plus, update kan juga jawatan yang CikDas fikirkan sesuai. Dah update ni, sampailah time CikHan dapat interview jawatan tadi. CikDas diam tak kata apa-apa. Sambil hairan jugalah di benak. Up until today, kawan ofis CikDas yang name Meknor suddenly meng”highlight”kan issue, ada dapat panggilan SPA ke tak?. Dia advise la suruh check whether nama CikDas ada ke tak. So, buka balik portal SPA tu. Huh, dan huh dan huh.. Apalah ko ni CikDas. Memang lah ko tak dapat interview tu, dah CikDas tak click “Agree” untuk statement last before send latest update. Memeylah tak dapat panggilan..
 Moral of the story: Malas nak komen… (-ˇ⊿ˇ-)



Tuesday, October 28, 2014

Bulu mata gugur

Masa CikDas tengah borak-borak dengan Vsugi, tiba CikDas rasa mata CikDas macam pedih-pedih. CikDas biarkan je la. Pastu rasa mencucuk ke dalam mata. Terus CikDas bergegas ke washroom. Tengok ade segumpal bulu mata jatuh dalam mata. Dah terperosok ke dalam . Adooi, cotton bud takde. Nak cungkil keluar payah. Pakai eye drop pun tak jalan. CikDas pasrah. Menahan-nahan. Tak boleh tahan gak CikDas pergi lagi sekali ke washroom. Korek-korek, hambek ko. Segumpal bulu mata tu ade lebih daripada 10 helai bulu mata. Sape lak yang rindu kat CikDas beria-ria neh? J

Lagi satu story ala-ala sinetron or telenovela berlaku pada CikDas pada hari Ahad 26/10/2014 nan lalu. Masa tu CikDas keluar breakfast dengan CikZi hosmet baru CikDas tu. Masa sampai sana CikDas pilih satu port and tiba-tiba mata CikDas terpandang pada sesusuk wajah seorang lelaki yang CikDas rasa macam kenal. “Eh, Macam Woidic”. Hati CikDas berkata. Tapi bukan ke dia takde kat Malaysia? CikDas pandang lagi untuk double confirm sambil tunjuk gambar Woidic pada CikZi. CikDas tanya CikZi

C.D: Cuba CikZi tengok picture lelaki dalam handphone CikDas dengan lelaki yang kat belakang CikZi. Same tak rupe?

C.Z: Macam sama la CikDas.

C.D: Kan? Kalo muka tu boleh lah dibahaskan, nak kata pelanduk 7 serupa. Tapi sekali dengan cap yang dia pakai sekarang dengan cap dalam picture pun sama. Ini bukan kebetulan lagi kan?

C.Z: Yerp.

CikDas tak berapa berani nak tegur mamat tu sebab tengok ada gadis yang duduk berhadapan dengan dia. Karang berlaku drama sebabak lak. Cuma CikDas terkilan sebab dia macam tak kenal CikDas. Huh, Dasis pun tak kenal. Ampeh ko Woidic.. Ikut ati rasa nak bagi je kaki CikDas kat muka Woidic. Biar dia rasa penangan tapak kaki saiz 6 CikDas ni. Comel je tapak kaki CikDas. Secomel orangnye.. Huargh100X


But so kay la, everything happens with a reason. Atleast CikDas tau Woidic tu masih hidup. Takde la menjadi  misteri lagi. Dengan siapa dia nak bersama, itu bukan urusan CikDas. Sebab CikDas pun dah ade Encik Laboo yang CikDas kena jaga.. Kekekeke…  I love u very strong hokayyyy my cutie pumpkin… (^_^)Y

Monday, October 20, 2014

Peria Katak Chips


Semalam Encik Laboo Cik Das ada hantar lauk untuk dinner masa Cik Das kat ofis. Rendang daging plak tu, Nampak macam sedap so Cik Das bawak balik. Dah abes kerja semalam Cik Das singgah kat kedai runcit berdekatan rumah. Dah lama rasanya tak makan peria so Cik Das beli 2 biji peria katak. Sambil berfikir nak masak apa.

Later lampu idea menyala, Cik Das teringatkan chips peria katak yang restoren mamak Al-Shariff selalu buat tu. Al-Shariff dekat area tempat kerja Cik Das.  Ramai orang beli peria katak chips tu. Cik Das dah taste, memang rasa sedap jugak la walaupun ada rasa pahit. Tapi dorang takde nak reveal resepi. Jadi ala-ala masterchef, Cik Das taste rasa peria chips and olah sendiri ikut selera tekak Cik Das. Kalo nak resepi tu amik la kat bawah. No worry. Sharing is caring. Plus, Cik Das ni pelupa sikit. Dah buat resepi, dah siap makan, dah kenyang. Bila orang tanya macam mane Cik Das masak mende tu. Terus lupa, main campak je bahan-bahan. Tu yang Encik Laboo kadang-kadang tegur,
“ Masak apa-apa tu, tolong salin resepi. Senang. Awak tu pelupa.”
Keh keh keh. Macam-macam je Cik Das ni. Nah amik la.

Bahan-bahan:
·         2 biji Peria katak. Ini untuk individual serving.
·         Tepung jagung + tepung beras. Nisbah 2:1. Macam nak buat tepung adun pisang goreng
·         1 teaspoon Garam masala powder. Ini boleh beli dekat supermarket.
·         1 teaspoon 5 herbs hot spice powder. Cik Das beli cap Kijang.  Bau nye wangi.
·         1 teaspoon chili powder. If suka pedas boleh lebihkan
·         1 teaspoon curry powder.
·         1 teaspoon turmeric powder
·         Salt.

Cara-cara
·         Potong peria katak nipis-nipis. If ade cutter lagi senang. Potong macam nak buat kerepek tu.
·         Rendam peria katak dalam air garam. Bagi hilang sikit rasa pahit.
·         Campurkan tepung jagung, tepung beras and semua powder tadi. Gaulkan. Letak air untuk bagi pekat liquid. Letak garam untuk ada rasa masin.
·         Kemudian celupkan peria katak tu dalam adunan and goreng sampai garing dalam minyak panas.
·         Guna tempe pun sedap juga.

Selepas masak untuk makan malam, Cik Das makan sambil menikmati rendang ayam and peria goreng. Ohsem.. Makan dengan begitu seleranya. Lapar sebab the whole day tak jamah nasi. ^_^Y