Hari ni
hari Khamis 16 April 2015, CikDas rasa amat mengantuk. Semalam punya pasal, degil. Gatal
sangat layan drama Korea. Hambekk ko, marathon sampai 2.00am!!!. Itupun semalam
masih ada hati nak lajak sampai ke Subuh. Kerja gila tengok Korea time weekday.
Sesungguhnyaa kekesalanku ini sudah menjadi bubur lambuk. Penangan dia, padam
muka diri sendiri. Takyah nak merungut ke apa. Tanggungla dengan hati yang
lapang.
T_T
Untuk
menghilangkan rasa mengantuk ini, terpaksalah CikDas mengarang coretan-coretan yang
bermain difikiran. Saat ini CikDas tak mau sesiapa pun mengganggu konsentrasi
CiKDas di alam blog ni. Jangan la telefon berbunyi, jangan lah nak intercom suruh
CikDas nak buat itu ini. Just peace and let me be in my world. Kelopak mata
semakin lama semakin ingin bercantum. Alangkah indahnya di saat ini mempunyai bantal
peluk, tilam dan kipas or aircond. Pasti
CikDas dah berdengkur. Wake up.!! Apa yang kau dah merepek ni
CikDas.? Jangan mengajar anasir-anasir negative di medan ini. Sila be positive.
^_^
Semalam
buat personality test. Panjang betul soalan nya. Mr. Laboo lah yang send kat Telegram
CikDas. Untuk tidak mengecewakan hati beliau, lalu CikDas jawab la test tu. So
result, CikDas dapat ENFP type. Ape kebende tuh? Takpe, CikDas berikan summary.
Elaboration pun agak panjang. Type ENFP ini ialah dalam golongan “CAMPAIGNER”. Kelebihan ENFP antaranya ialah ada sifat
curious, observant, energetic & enthusiastic, excellent communicator, know
how to relax. Ada kebenaran juga la di sini mengikut pengamatan CikDas.
Kelemahan type ENFP ialah poor practical
skills, find it difficult to focus, over think things, get stressed easily,
highly emotional, and independent to a Fault. Also CikDas tak menafikan.
Hahaha..^_^
Kalau
rasa nak cuba diri sendiri ni jenis macam mana, boleh lah browse link di sini:
No comments:
Post a Comment