Ini ada sambungan berkenaan kisah momok yang berlaku di rumah CikDas. Few weeks ago
disebabkan tak tahan dengan gangguan aneh di rumah CikDas, CikDas telah
menceritakan kepada Mr. Laboo. And Mr Laboo mengambil inisiatif dengan
menghubungi kenalan baiknya yang tahu bab-bab alam mistik ni. Contoh gangguan
itu ialah:
- 1 Derapan Tapak Kaki Spesis Tapak Kaki Godzilla Atas Ceiling.
- Geseran Perabot Saban Waktu Tak Kira Time. Malam Ka, Siang Ka, Asal Mau Bunyi Je.
- Ketukan Pintu Tapi Takde Sape-Sape.
- Yang Paling Mengejutkan Saraf Jantung Bila Tengah Khusyu’ Sujud Dalam Solat, Tiba- Tiba Bunyi Guli Bergolek Ke Sana Ke Mari.
- Pasang Yassin Or Ayat Ruqyah Pun Tak Jalan. Cuma Jalan Bila Sendiri Baca Ruqyah Or Yassin.
Bila jumpa kawan Mr. Laboo yang CikDas panggil Rock (bukan nama sebenar) dekat
restaurant mamak seksyen XYZ. First-first impression CikDas ingat Rock ni macam
Pak Ustaz ala-ala masjid punye type. Rupa-rupa sempoi je orangnya. Story punya
story ( at kedai mamak itself), Rock reveal rumah tempat CikDas tinggal tu
memang dah tempat “mereka”. Bila merefer pasal “mereka”, bukan rumah CikDas aje yang mempunyai, ibaratnya seperti
perkampungan “ mereka”, pelbagai kaum yang tinggal macam kita juga manusia ni. So,
ceiling-ceiling umah kami ibarat medan untuk “mereka” bermain-main. Menurut Rock
lagi, katanya kat area situ banyak ”Puchong
Prima, Puchong South”. Lorh, CikDas ingat Genie
in the bottle
je yang banyak. Rupenye IOI
Mall Puchong
pun ada. CikDas akan menaip menggunakan
perkataan berkias, sebab masa ini lah readers dapat melatih sel-sel otak untuk
berhubung sambil berfikir secara kritis. Outside of the box. Jadikan gunakan
imaginasi anda untuk memahami kisah CikDas ni. Cewahh, poyo ah…
So, Rock menggunakan abilitinya untuk “meninjau” rumah CikDas. Spontan Rock cakap, “semaknya, banyak sangat ah dorang
ni. Sumer bangsa ada”. Mr. Laboo diam aja. Sebab dia ni sebenarnya penakut sikit
bab-bab alam misteri ni. Komen dia bila CikDas ceritakan hal ni,
“Kalau I jadi U, I dah lama pindah rumah.”
“So, maknanya I ni berani la?”
“Yes, you are. You boleh stay sorang-sorang even rumah macam tu”
“I have no choice. Letih la nak pindah-pindah pasal rumah ni.
Barang bukan sikit. Nak angkut lagi. Ikutkan semua tempat ada.”
Tiba-tiba
Rock cakap,
“Kalau nak pagarkan rumah, kena buat rumah awak je.
Sebab agama lain punya anutan kita tak boleh kacau. Dalam al-Quran pun
ada cakap, “agamamu adalah agamamu, agamaku adalah agamaku”.
Actually ayat yang Rock guna lagi dalam maksudnya, kena berfikir secara kritis
baru boleh tangkap pemahaman. CikDas tak boleh nak taip kat sini guna ayat Rock
sebab… CikDas LUPA.. Hahahahah Tapi intipatinya cemtu la.
So, pendekkan cerita ( actually banyak lagi part-part yang CikDas terpaksa
rahsiakan di sini ). Gilo ko apo nak taip dialog satu-satu, bukan CikDas hapal
skrip one short dialog tu. ^_^
Selepas Rock tolong “memagarkan” rumah CikDas, ayat yang Rock bagi, “Kalau
Allah izinkan, InsyaALLAH takde lagi gangguan tu lepas ni. Sebab saya ni pun
manusia biasa saja. Kita sebagai hambaNya bertawakal sajalah. Jangan biarkan diri
kita takut sesuatu selain daripada Allah
SWT. Kalau kita takut sesuatu lebih daripada Allah SWT, dah masuk dalam
kategori syirik. Takut hanya untuk
ALLAH SWT sahaja, bukan pada makhluk ciptaan Dia.”
Actually, banyak juga nasihat-nasihat yang Rock telah share kepada
kami malam tu. By the way, ade sambungan lagi kisah tu. Nak tau?
Bagi
CikDas wat kerja lain dulu la. Talk to you all later. ^_^
No comments:
Post a Comment