Tuesday, March 9, 2010

Friendship which is a noble?

Setelah sekian lama barulah aku berkesempatan untutk menatap blogku. Sudah byk hari aku ketinggalan ye. Hari ni kebetulan hari Selasa lagi.. Hohoho.. mmg berbadi lah aku dgn hari Selasa.. (Let say aku post ari lain pun, tpi hasil tulisan ini adalah hari Selasa adanya).
Sebenarnya tadi baru shj aku sempat menyiapkan test assignment utk subject ptg ni. Smlm nak buat tpi bdn & otak aku asyik bgi signal, “Bos, boleh tak kami nak rehat awal mlm ni.? Penat la. Apa kata test tu Bos buat esok je. Lagipun dipaksa2 sure takde ideanya.” Begitulah kononya otak & bdn aku berdialog mintak izin nk rest awal. Aku sbg bos yang prihatin pd keupayaan diri pun berkata (dlm diri je lah, lau ckp samp boleh org lain dgr karang kate aku gila lak), “Ok2, korang rehat mlm ni, tpi ingt besok no excuse”. So, happy la otak & bdan aku pd mlm itu lalu tanpa berlengah terus.. Zzzzz
Hari ni aku terpanggil untuk bercerita a.k.a meluahkan ketidakpuasan hatiku terhadap seorang kwn yg dulu agak akrab ttpi tak tahu la kenapa hubungan kami sekarang ibarat padang jarak padang terkukur. Aku pun nak recall punca sebenarnya persengketaan (ceh bunyi cam ala2 citer pendekar lak) kami adalah berkaitan apa? Tapi dah tak ingat la. Sbb aku ni mls nk ingt apa punca. Semakin hari aku semakin tidak boleh tahan dgn sikap egoisme, allselfbetullisme (ini penyakit bajet bagus yg rsa sendiri saje di pihak yg betul & org lain lak salah), notolerism (ini sikap tak boleh tolerate bunyi sewaktu beliau tgh tido), hartamu hartaku hartaku hartaku jua (part ni yang paling aku berbulu sekaliannya). Biarlah aku kupaskan satu demi satu sikapnya itu. Dan terpluang lah pada kalia untuk menilai. Di sini aku tak adalah nak provoke keburukan beliau tetapi sekadar renungan buat diriku dan korang2 diluar sana.
Logik aku berkata, apabila kita menyewa bersama-sama dgn org lain. Adalah normal kalau ada bunyi bising sikit tapi takdelah sampai macam keadaan kat dalam pasar sementalah yang tinggal di rumah cma 3 org sdgkan h.mate yg lain mcm beskut chipsmore. Aku lah yang bernasib malang sebilik dgn beliau. Disebabkan telinga beliau tu macam radar, therefore sebarang bunyi or frekuensi dapat di detect oleh lubang telinganya. Yang menjadi ketensenan aku yg sebilik dgn beliau, beliau ni sensitive bunyi semenjak dr zmn skolah2 lagi. Let say aku terbuat bunyi melebihi border radar telinga yg tlh ditetapkan tanpa segan silu beliau akn menyound aku sbb mengganggu lena dia. Persoalan aku ialah, jikalau anda tidak dpt bertolerate bunyi yg dikeluarkan oleh roommate anda tak kira lah bunyi brg jatuh ke, tapak kaki hentakan kuat ke, kentut yang amat deras ke, maka solution di peringkat awal ialah jangan berkongsi teman sebilik. Menyewa je lah sebilik sorang2 jer dan jgn share. Betul tak? Tapi herannya takmo lah plak. Pada awalnye sblm ini beliau menyewa ditempat lain ttpi tlh mengadu padaku pd ketika itu yg housemate biliknye suka buat bsing tak hormat dia msa tgh tido, masa tu aku pun tanpa tahu kisah yg sebenarnya terpikirlah yang housemate dia tu teruk dan menjemput dia menyewa sekali. Ttpi bila dah begini jadinya, terbit plak sesalanku (mcm lagu Ezlyn tu).
Mmg lah aku akui, beliau dikatakan agak pendiam dan tak brp gemar keadaan yang bising. Tapi sendiri pikirlah la, lau dah tinggal 3 orang kat rumah tu (termasuk aku) takkan lah nak jadi bisu masing2. Of course lah kena meriahkan suasana. Berbalik pulak kepada penggunaan harta benda. Aku teringat banyak kali statement yang dia keluarkan, “XX tak suka org usik atau sentuh brg XX”. Fine, we all noted. Then after dat aku dah tak usik & sentuh pun brg2 dia. Tapi yg aku pelik kt umh tuh, TV aku, peti sejuk aku, kettle letrik aku, semuanya sdh disentuh sampaikan antenna TV aku dh ilang sebelah sesungut dia, pintu cover freezer atas dah tercabut (cover putih yg belah dlm tu), plus bru2 ini kettle letrik aku pun dh hilang fungsi walhal sblm aku pulang tu msih lgi elok diguna. Dek ledakan kemarahan yang teramat sgt kettle yg tidak berdosa itu tlk kubaling sehingga tertanggal penutupnya. Alang2 rosak tak boleh panas, lebih baik rosak terus rupa bentuk. Puas hati aku sket. Dan yang best part is hasil "kraftangan" beliau, beliau boleh diam tak kata apa2 a.k.a buat bodoh. Dan aku masih mampu bersabar dan berdiam diri. Sbb lau gaduh aku takkan teragak2 utk mengunakan kekerasan sehingga membabitkan kecederaan (Fuh, bunyi cam gangster lak.. ahaks). Therefore, aku diamkan diri aku, cool babeh cool. Memikirkan tak lama lagi dia dah nak pindah a.k.a berambus (maaf lah ye terpaksa menggunakan perkataan kurg ajar krn mmg layak pun) maka aku bertahan buat bodoh tanpa memikirkan kewujudan beliau. Aku cuma bercakap dengan seorang lgi housemate sahaja.
Sekarang ni aku menghitung hari gamaknya bila la beliau ni nak beransur (polite plak bunyi) dari rumh sewa kami. Aku dah tanya hmate yg satu lagi merangkap sebagai leader rumh jg bila la gamaknya dia nak keluar. Jwapn yang diberikan amat lah mementingkan diri sendiri yang kurasakan ketika itu. “Sehingga diberitahu therefore sewa rumah bayar seperti biasa”. Kata nak keluar tapi tak bagitahu bila, nak bagitahu lak rasanya unpredictable sehinggakan aku dan leader pening kepala. Mangkuk ni ape kes? Nak keluar ke tak nak. Lau nak keluar sgt bgtau la senang nak cari ganti. Dibuatnya ko nak kuar bln dpn, bln dpnnya lak lagi seminggu tak ke namanya menyusahkan orang.?

Kat sini sbg org yang berpengalaman juga menyewa aku nak bg tips spy korang senang dgn org & org pun sng ngn korang. Pertama skali korang post-mortem diri dulu weather org bermsalah dgn ko ke atau ko tu yang bermslh dgn org. Ini adalh bgus utk mengetahui weather korg ni disenangi atau tidak oleh org lain. Sbg cthnya, mcm kes aku. Lets say lau aku nk ckp prangai aku ni teruk. Lau aku xde create problem means kata lain hubungan aku dgn hmate lain baik sdgkan hub aku ngn dia je yg teruk, soalannya ialah aku yang teruk atau dia yg teruk? Plus tgk hubungan "target" ko tu dgn hmate lain cmner. Adakah hmate lain pun complaint mende yang sma? Lau xde, possibilities ko tu teruk juga. Tapi lau ada, hehehe phm2 sdh..
Bila dah jumpa kes cmni mcm2 advice yg aku dpt. Ada yang kata wat bodoh, ada yang kata halau je lah dia kuar ( ni SETAN GONJENG yang suggest. SETAN ni ko bleh view profile dia dlm FB. hahah). Tapi aku ni jenis hati tak sampai. Hehe cam mulia je bunyi.. Kawan aku pun slalu nasihat.. Dia ni pun ko bleh view dlm FB gak. Nama CT. “Biar orang buat kita, jgn kita buat org. Lau kita buat juga apa beza kita dgn dia. Apa2 pun Allah tu Ada & Adil”. Sejuk je hati aku mendengar kata2 bak ustazah tu. Tu yang kdg2 dlm dilemma sama ada nak bertindak ke tak.
Apa yang kena tolerate bila duk dgn org ni? Nasihat ini aku tujukan buat diri sendiri juga. Adapt kelemahan org sbgmana kelemahan diri sendiri. Jgn rasa diri ni bagus sgt coz bila dh terlebih rasa bagus mula kuar satu perasaan lain iaitu riak. Bila riak kuar dlm diri, akn terbit rasa tak puas hati. Rasa cam org lain buat sumer slh, kita je betul. Bila dah jadi camni, jwpnnya jgn duduk dgn org. Duduk sorang2. Sekian dulu bebelan aku untuk hari ni. Perasaan aku dah lega sebab dah berjaya dimuntahkan dan aku rsa cukup lah. Cukup lah utk mempertikaikan diri beliau buat hari ni

Saturday, February 20, 2010

Wieder zu Hause Mutter

(P/S: Kali ini bhs pilihan aku ialah bhs German. Bunyi cam best kan? Terpulang la camner korang nak pronounce sebutannya, asalkan korang bahgiaaaa sudah.. Tapi meaning dia takde lah happening sgt. Meaning title di atas ialah... " Balik rumah mak".. Kan aku dh ckp, meaning dia biase2 jer.. Hahaha..Semoga terhibur)

Hola, sumer.

Maafin daku krn udah agak lama tidak menulis di blog. Aku amat busy lowh. Almaklumi, rutin ku semakin pack dgn perkara-perkara seperti berikut:

1) Penggeladahan artikel yg lepas2 di media elektronik , penyelongkaran surat2 khabar lama utk mencari isu (bkn isu sensitip ye) yg berkaitan dgn human resource. Sumer subjek yg aku amik utk sem ini memerlukan artikel, journal, suratkhabar lama atau baru utk di selatankan dlm bentuk point of view aku. Masalahnye ape yg aku nak point of view kan? Ape yang aku tau ttg isu huh? Satu kelemahan bg diriku krn dh lma tak tgk berita. Hahaha (gelakkan sinis buat diri sendiri). Skrg pdm muka aku dah menggelupur tak tau cmner nak goreng & submit bg pd ke semua my beloved lecturer.

2) Perkara lain plak of course tmpt keje aku yg membutuhkan satu komitmen yg tinggi di mana harus menonjolkan kredibiliti aku sbg staff yang dinamik. Excuse me, korang paham tak ape yang aku cba sampaikan di sini? Lau korang phm tolong explain blik pd aku sbb aku sebenarnye pun tak brp phm ape yang aku cba highlightkan. Tahap kemerengan menjadi-jadi krn brain alignment aku dah tak brp nak centre. Ini semua krn high brain utilization occurred backend of my medula oblongata. Lagi tak phm kan? Same la, aku pun tak phm jgk… Hahaha

Cukup la aku bg dua je reason nape tak blogging. Bg lebih2 sgt pun buat ape, betapa berat mata korang membaca, lebih berat lagi mata aku membaca + menaip + memerah otak sambil berfikir untuk menaip. Tripple work tu weih.. Ok guys.. stop this wicky twicky licky subjek therefore kita terus ke agenda seterusnya. Wats the topic I gonna to tell ya today? (Feweii, speaking loks)

Aku berniat nak menceritakan pada korang pengalaman superb aku bila blik umh parents aku kt T.intan msa CNY bru2 ni. Ape yg superb sgt? Huhuhu.. saspens saspens.. Lets cekidaok.

Tu dia.. superb yg pertama.. Menu mkn tgh hari.. superb tuh.. tom yam, salad Kelantan a.k.a salad budu, ikan goreng & aym goreng cun. Menu ini istimewa disediakan oleh.. jeng jeng .. hoho bkn aku yg masak la.. Of couse la my mom. Aku bila blik rumh akn mempunyai satu “habitat” yg tidak gemar turun ke dapur utk memasak. Alasannye? Skrg ni mak aku pun dh tak kisah dah.. Dah lali gamaknye.

Ini dia alasan aku yg bernas.. Aku blik rumah nak mkn masakan ibu pure therefore lau aku tolong mak aku masak, itu bkn nama masakan ibu lgi. Itu namanye masakan ibu dan anak. Ala.. mcm nama ubat batuk cap ibu dan anak tu. Sepattern je bunyi. Aku takmo le camtuh.. Dh duk umah bujang, aku dah jemu mkn masakan sendiri so takde salahnye skali skala aku nak masakan ibu plak.. Tak gitu? Tak salah kan? Hahaha.. nak menang juga.. Mendgr je alasan itu dikemukakan oleh aku, my mom dah tak kisah dah. Tpi lets say lau aku nak masak menda pelik2 bru lah aku mencemar duli prinsip aku turun ke dapur. Apakah benda pelik yg dimaksudkan itu? Cthnye.. Pernah korang mkn Pau Danmilo? Mcm mana rupanye Pau Danmilo tu? Adakah inti pau itu aku letak Milo di dlm nye? Teng teng teng…Jwpnnye.. Pau Danmilo ialah kuih pau yang aku masak dan diminum bersama air Milo sambil layan Astro la.. So, jadi lah Pau Dan Milo.. Hahaha.. Bikin panas hati je kan..

Korang pernah nampak tak bunga kaler ni? Lau pernah, tahniah aku ucapkan krn berjaya memecahkan tempurung yg men”covering” hidup anda. Tpi lau tak pernah.. isk isk isk.. siannye.. Takpe takpe, meh Kak Das nak habaq mai kat hangpa semua no. Ini lah dia lau hang nak kenai “Bunga Nasi Kerabu” (apsal plak tukar loghat nih, change back to ur origin please). Ini lah kaler natural untuk buat nasi kaler a.k.a Nasi Kerabu. Tu lah asal usul nape kaler nasi kerabu tu kaler biru. Itu adalah krn jasa baik bunga ini lah yg memecahkan molekul nasi yg kaler putih lalu menyerap molekul kaler biru bunga ni. Aik, masuk subjek Kimia + Bio lak dah.. Bunga ini secara fizikalnya adalah tumbuhan merayap yang menjadikan pokok lain sbg alat untuk mencapai cita-citanya. Aku rasa mcm pelik je bunyi penjelasan saintifik aku ni. Tapi takpe, abaikan lah ye. Disebabkan sifat ini yang suka merayap therefore jgn lah dispekulasikan bahawa bunga ini adalah sejenis kaum bunga gatal krn tidak ada kena mengena sama skali. Bunga ni tak gatal, bau pun takde so bila patinya dijadikan warna untuk nasi kerabu , xde lah masalah bau. Yg paling penting tidak beracun coz lau beracun takkan lah korang dpt bace plak ape yg aku tulis hari ini. Ape daaa..

Ini lah juga sepintas lalu sepetang di mini kebun my mom. My mom ni suka sgt ber”body”.. Oppss silap lak.. Berbudi pada tanah. Habis, tanah2 semak kat blakang rumh aku diratakan dijadikan kebun mini. Nape dikatakan mini? Coz setiap jenis tumbuhan tu dia tanam satu jer. Sepohon pokok cili, sepohon pokok tomato, sepohon pokok bendi, pendek kata semuanya sepohon kayu daunnye rimbun la, lebat bunganya serta buahnya, walopun hidup seribu tahun, lau tak solat apa gunanya. Haha sempat lagi buat nasyid lak. Ni pokok renek ni sebenarnya pokok ubi. Yang ni pun join the group "sepohon" juga. Aku tak brp tahu la ubi ape nama org sini panggil. Tpi kat Kltn org panggilnye “Ubi Keling”.. Opss sensitip.. Jgn mrh aku ye, bkn aku yg saje2 bg name cm tuh.. Dah mmg kt sane diorg paging ubi tu dgn name cm tu. Ubi ni bentuknye kecik2 jer. Mcm potato tpi versi kecil & gelap mcm “TuuuT” (phm ye maksud aku). Lau dah phm bagus, xperlu la aku expelan lebih2 ye.

Aku rasa enough untuk kali ini hingga kita bertemu lgi di lain masa ok? Chow..

Sunday, February 14, 2010

I say Wo..!

Well, gud morning evrybody.
Skrg aku brda di suatu tempat di dlm warehouse & sdg mencuri waktu menaip blog kesayangn aku. Tempat utk aku melepaskan tension, happy, sedih, marah & seangkatan dgnnya. Aku brada di dlm sebuah bilik kaca a.k.a aquarium di mana sgala gerak geri dpt di transparen dari luar atau dlm. Tapi takpe, since that today aku sorang jer gadis yg bekerja di sini ( yg len2 sronok bercuti) therefore no problem lau aku "mengular" seketika. Well, aku tgh tunggu diorg abis unstuffing barang from the contena. Dah abes unstuffing, barulah part keje aku dtg.
Ape topik yang harus aku selatankan di sini? Hmm, let me think. Yes, I got it. Tdi aku bru je google satu web berkaitan tentang personality by writing. Aku suka mengkaji tentang personaliti. Ini link yang aku temui. Agak menarik dan seronok. Cuba la lau ade masa. Tpi soklan yg dia bg agak byk dlm 72 questions. Cma jwb yes or no jer.

http://www19.homepage.villanova.edu/karyn.hollis/prof_academic/Courses/common_files/personality_types/personality_and_writing.htm
Result yang aku perolehi ialah ESFJ iaitu "Extrovert, Sense, Feeling, Judge". Lau korang nak study character korang camner, try le link yang aku bg tu. perhaps itu jwpn yang korang cari2 slama ini ttg personaliti korang.
Skrg dah masuk waktu lunch, tpi aku belum makan lagi. Tgh tunggu diorg tapau utk aku. Hopefully aku bleh siapkan keje aku b4 5pm coz after dat aku nak blik umh parents aku. abah aku dah pun sampai nak jemput aku. tpi bila dia tau keje aku belum abes lagi, sempat gak dia rewang skejap ngn adik bongsu aku sampai kul 5 karang.
Dats all for today. Aku ade mission jap ni. Nak tido siang. Chow

Saturday, February 13, 2010

A day B4 CNY

Hola guys,
Wat's up? Sorry for keeping myself longer from this blog. Well, as usual Im quire busy lately. Busy with so many activities. Trust me, all the activities are really suck. I even got a headache. Now, in front of my eyesight view, few people here. I mean my boss, my colleagues (Chinese of course) went back for their holiday. Hahahahah. Dah ler, aku ckp melayu je lah senang. Berbelit lidah aku nak exeplen.
Besok ialah CNY. Unfortunately aku kena keja juga, replace sorg chinese staff yg blik kg raye dia. Huhu.. Aku pun nak balik gak. Walopun tak celeb8 tpi of course kan smgt satu Malaysia (kunun) kita kena lah berspiritual juga kan? But sokay, after keje sok my beloved father will come & pick me. Manja tol. Tak lah.. Aku nak blik drive sendiri.. alo.. bukan jauh pun.. Shah Alam Vs Teluk Intan jer. Tapi nak wat cmner, abah aku ni syg sgt gamaknye kat anak pompuan sorg dia ni sehinggakan aku nak blik sendiri pun dia takmo bagi & sanggup nk hantar. Lebih2 lgi di musim2 perayaan ni, jln raya sgt sibuk coz rmai warga kota mengambil kesempatan utk pulang ke desa halaman masing2. (Aiseh, bunyi cam aya tdlm berita plak).. Lagi la abah tak confident. Sbb dia tau anak dia ni bwa kete cmner. Hahahaha..
Ape ye aku nak merepek lagi kat sini? Macm kekeringan idea pun ye. Dlm dua tiga hari ni, aku ade sedikit berang dgn kamera npon aku. Tiba2 buat hal lak. Aku ade amik pic satu gambar mskan, tup tup tak bley buka la. Mcm kena virus. Aku masak "Pulut Purple" ala mcm pulut kuning la tapi aku letak kaler purple. Mitak recipe ngan my beloved Mom. Mak aku gelak jer bila aku ckp nak wat pulut Purple. Tak pernah dibuat org katenye. Aku plak, yg tak pernah buat le aku nak buat. Aku guna kukus nak masak pulut tu. Oit, Das of course le pulut kna kukus msk (lau nak sedap) takkan pakai oven plak. Alhamdulillah, Pulut Purple aku menjadi dgn jayanye. Sorry guys, xbo bg proof. Evidence dah spoilt. Tpi percayela.. aku ni suci hati punye org, tak main tipu2. Hahaha, prasan lagi aku. Tu satu kes pertama npon aku wat hal. Yg keduanye lak, time opis. Aku dh siap amik pose cun2 dgn teman seperjuangan (bdk2 opis le). Siap record lagi. Towards the end bila nk transfer ke PC kat rumh, boleh lak tak boleh open. Adusss.. ini boleh mendatangkan amok. Hilang slh satu nilai estetika & masterpiece satu posing yg cun. Mcm mane aku nak proof kat korang yang posing aku ni layak masuk, "American Next Top Model"?. Cakap, cakap, katakan bagaimana?.. Ok lah.. aku dah takde idea nak tulis pape coz ade sorg duk sblh aku tgh bace aku taip.. Hahahaha.. Chow

Sunday, February 7, 2010

Spagetti Ku



Tadaaaa..... Korang tau tak pic ape aku upload tuh.. Inilah gambar original hasil masakan aku.. Namenye Spagetti.. Aku buat sendiri tau.. Jgn korang pikir aku tak tau masak.. Aku tau le.. cma kadang kemalasan itu mengatasi kerajinan. Ini adalah salah stu version rajin aku. Lau aku rajin, bkn stakat spagetti, mcm2 aku akn buat.. Hal ini telah dibuktikan oleh officemate aku sendiri. Lau tak percaya, korang tanye diorang ler. Mereka lah menjadi tester undangan aku. Hahaha..Tpi skrg ni rumah aku xde oven hak milik aku . Lau ade oven sendiri memang mcm2 aku akn try buat. Actually ade satu oven kat umh aku tpi oven itu aku tlh restricted diri aku dr menggunakannya krn itu adalah kepunyaan sorg "kwn" yg dh tak brp nk berkwn skrg ni. Reasonnye? Biarle rahsia yeeee..
Aku takmo citer psl yang tak best.. So lupakan psl story "kwn" yg tdi. The main point is as soon as i buy my own new oven, then i definitely share with ur guys about my cooking. Aku ade byk resipi dlm kapla otak ni yg nak dikeluarkan atau dlm kate lain di cuba.. Coz aku suke test
Spagetti di atas aku dah alter mengikut bhn yg ade pd ketika itu. Therefore, aku ni once dh try wat recipe aku luper ape aku dh campur. Makna kate, takkan same lah sbb aku main hentam jer. Aku tak suke ikut buku recipe. Sbb bila particular sgt ngn buku ini otak tak berkembang. Eh, jgn le trase lak pd org yg suke follow buku. Aku ckp ni based on aku nye sdiri.
Ari ni aku xboleh nak blog pjg2 coz this time aku tgh siapkan assigment aku. Due nye kul 6pm, skrg dh kul3.52pm... Ok lah.. take a leave..chow

Tuesday, February 2, 2010

TAHUKAH KORANG, SEJARAH YG HILANG..

ATTENTION: INI ADALAH PETIKAN DRI SUMBER YANG BUKAN AKU SENDIRI TAIP. INI BUKAN REKAAN AKU TPI AKU TERTARIK UNTUK BERKONGSI DGN KORANG SUMER. KORANG BACE & NILAIKAN LAH SENDIRI.

Siapakah Hang Tuah yang kita agung agung kan selama ini.adalah Hang Tuah itu sekadar Hikayat atau benar benar realiti.terdapat pelbagai versi mengenai siapa Hang Tuah.saya cuba kupaskan sedikit sebanyak maklumat yang saya dapat untuk dikongsi bersama sama.semua maklumat ini dikupas berdasarkan kefahaman saya terhadap blog http://sejarahnagarakedah.blogspot.com (Manuskrip Undang Undang Kedah) dan Bukan nya berdasarkan Hikayat Hang Tuah.kerana pendapat saya bahawa Hang Tuah itu Sejarah dan bukannya sekadar dongengan hikayat beradu.diharap admin sejarahnegarakedah dapat memantau hasil kupasan saya.andai ada tersalah silap minta emelkan kepada polimas. pssgm@gmail.com. wallahualam.

Nama baginda yang sebenar adalah Tun Saaban Ibni Almarhum Nai Hisbu Muadzam Shah(Raja Beruas Gangga Negara 1610-1628) . DE Magnificient, H.E Supreme Royal of Siam, Raja Kota Beruas. Adinda-adinda baginda menggelar baginda sebagai phe-raq(membawa asal usul negeri PERAK) yang bermaksud, abang yang dikasihi

Jadi kenapa baginda Tun Saaban dikatakan Hang Tuah???.ya..seperti kita juga mempunyai banyak panggilan dan berlaku kenaikan pangkat dalam pekerjaan kita..begitu juga Baginda.sentiasa meningkat umur dan naik pangkat. Ia juga bergantung kepada siapa yang menulis sejarah dan dimana ia ditulis. Narai di Ayuthia, semasa muda sebagai Hang Tuah di Melaka, terakhir bergelar Iskandar Mahkota Alam di Acheh dan nama sebenar baginda ialah Tun Saaban.Ketika Muda baginda adalah hulubalang Melaka

yakni dilantik oleh Kekanda Sulung Baginda iaitu Sultan Mahmud Shah Sultan Melaka yang bergelar SRI SU TAMMARAJA.maka terpakai lah gelaran Laksamana HANG TUAH.Harus diingat bahawa Empayar SIAM AYUTHIA adalah pimpinan Khalifah/Islam sebelum diserang SUK-KHO-THAI(Puak Kafir)-THAILAND.besarnya empayar siam itu pernah digambarkan bermula dari HULU MELAKA di langkawi sehinggalah ke BANDAR HILIR MELAKA.(sebenarnya lebih besar empayarnya)

Apabila usia baginda makin meningkat maka baginda dititahkan Ayahanda baginda Nai Hisbu Muadzam Shah Gangga Negara dan diangkat Tun Saaban Menjadi Sultan yang memerintah Kerajaan Ayudhia/Ayuthia di Utara tanahair membawa gelaran NARAI TUN SAABAN.Narai dalam Bahasa Siam bermaksud RAJA/BETA/SULTAN. (Ayuthia diserang Sukhothai tahun 1767). Pada Kemuncak pemerintahan Baginda telah sekali lagi dinaikkan pangkat dan ditabal menjadi Raja Di Acheh membawa gelaran Raja Iskandar Mahkota Alam.Baginda Mangkat ketika Memerintah Acheh.(mengikut Hikayat Acheh bahawa baginda mempunyai 4 puteri,salah seorang menantunya menaiki takhta dengan gelaran Iskandar Muda Thani)

Jadi tidak menjadi persoalan mengapa Hang Tuah mampu menutur 300 bahasa dan dapat mengadakan Hubungan Diplomatik dengan China(Rujuk Kisah Puteri Hang Li po) serta amat bijaksana dalam ilmu perang.ini kerana Nenda baginda sendiri adalah RAJA PEREMPUAN AYUTHIA yang bergelar MAHIN INTATIRAL AISYAH BEGUM atau BAVAINAUNG(SIAM & generasi maharaja Merong mahawangsa, Rujuk Hikayat Merong Mahawangsa) serta datuknya adalah SULTAN ZAHIRUDDIN RAJA AKHBAR MONGGOL INDIA tahun 1530.

Hakikat yang terpadam adalah Hang Tuah bukan lah hilang begitu sahaja.sebalik nya dinaikkan pangkat dan berpindah ke empayar benua Ayuthia yang makin berkembang merangkumi tanah Jawi hingga lah ke Australia.

terdapat 21 buah masjid didalam Kota Ayuthia dan orang-orang Parsi memanggil Ayuthia sebagai Shahri Nao atau Shahrul Nuri (tempat Hamzah Fansuri Mendalami Ilmu Agama).


Duit syiling lama
Duit-duit syiling lama ini ditemui oleh pembaca setia blog ini di Kuala Kedah ! ! ! Setelah kami meneliti manuskrip UUK, persoalannya, adakah Kuala Kedah itu Melaka pada sekitar tahun 1400 dahulu? Sultan Rijaluddin ibni Muhammad Johan Syah adalah Parameswara Melaka bersemayam di Kota Naga di Jenan, Kedah dan ayahandanya Muhammad Syah ialah Muhammad Syah Yang Adil yang mana duit syiling emas dijumpai dalam tembikar di Pulau Langkawi. Ada pihak yang mengambil nama Sultan Rijaluddin Muhammad Johan Syah sebagai satu nama PADAHAL Muhammad Johan Syah adalah nama ayahanda baginda, bukannya nama baginda. Patutlah di Melaka hari ini tidak ada tinggalan ISTANA KESULTANAN MELAKA sepertimana di kawasan lain (yg ada itu replika berdasrkan Hikayat tahayul Hang Tuah sahaja). Empayar ape namanya tanpa istana?.... memerentah kerajaan dari atas pokok ke?

Oleh Isma Ismail
isma@hmetro.com.my
jumaat 3 april 2009

dipetik dari, *My Metro.

KEMPEN bagi pilihan raya kecil
Parlimen Bukit Gantang di Perak ini semakin hangat apabila sudah menjangkau empat hari dengan pelbagai taktik dilakukan oleh parti politik bertanding dan calon Bebas tunggal ‘beraksi’.
Namun di sebalik kehangatan itu sewajarnya direnungi sejarah terlakar di sekitar kawasan Parlimen berkenaan yang memiliki tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang.Di Parlimen inilah tercatatnya sejarah landasan kereta api terbina di Malaysia apabila beroperasi 1 Jun 1885 di Kuala Sepetang yang dulunya dikenali sebagai Port Weld dan berdekatan dengan bandar Taiping yang terkenal dengan lombong bijih timah satu masa dahulu.
Mengikut sejarah juga Bukit Gantang satu ketika dahulu pernah dijadikan pusat pentadbiran Jajahan Larut oleh Long Jaafar selepas dilantik sebagai Raja Larut melalui pelantikan oleh ayahandanya Syed Alang Alauddin ibni Sultan Mudzaffar Syah III yang dikenali sebagai Panglima Bukit Gantang dan juga Maharaja Benua Islam Siam Kedah pada 1856.
Ketika diera pem
erintahan Long Jaafar, Bukit Gantang dibangunkan dengan pelbagai kemudahan awam.
Pada masa itu, pendapatan utama bagi Jajahan Larut adalah perlombongan bijih timah yang diusahakan di Taiping. Apabila Syed Alang Alauddin mangkat pada 1862, Long Jaafar dilantik menjadi Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah bergelar Sultan Jaafar Muadzam Syah dan baginda melantik Ngah Ibrahim untuk menggantikan tempatnya sebagai Raja Larut yang memindahkan Pusat Pentadbiran Jajahan Larut dari Bukit Gantang ke Matang kerana berpendapat Bukit Gantang terletak agak jauh dari Taiping.Ketika Pusat Pentadbiran Jajahan Larut di Matang, Ngah Ibrahim menjadikan Pelabuhan Kuala Sepetang sebagai pelabuhan laut baru bagi menggantikan Pelabuhan Sungai Limau. Bagaimanapun, pergolakan dan campur tangan penjajah Inggeris bermula pada era pemerintahan Ngah Ibrahim yang menyaksikannya dihukum buang negeri kerana terbabit dengan komplot pembunuhan Residen British pertama di Perak iaitu Sir James Birch.Begitulah bibit sejarah yang pernah tercatat di kawasan ‘pertempuran’ tiga penjuru dalam pilihan raya kali ini.
Kini Parlimen Bukit Gantang mempunyai satu lagi tarikan baru iaitu mi udang yang cukup dikenali di Kuala Sepetang kerana terdapat puluhan kedai mi udang di kawasan itu dengan pelbagai menu berasaskan udang segar nyata membuatkan pekerja parti tidak mahu melepaskan peluang menikmatinya.Dengan keadaan itu, peniaga dilimpahi durian runtuh apabila tidak menang tangan melayan pelanggan yang memenuhi kedai mereka hingga menyebabkan seorang rakan penulis begitu teruja mengira keuntungan diraih mereka itu.Mengikut rakan yang berselera masakan mi udang goreng istimewa yang berharga RM13 sepinggan, peniaga mampu meraih pendapatan mencecah ribuan ringgit pada satu hari.
PS ; Memang ada Sultan J
aafar lain dalam Sejarah Kesultanan Perak, akan tetapi Sultan Jaafar yang kami maksudkan ialah "yang melantik Ngah Ibrahim menggantikan tempatnya dalam tahun 1862". Inilah Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia, Yang Di Pertuan Negara Kedah, Sultan Jaafar Muadzam Syah.

Sebagai menteri inilah baginda dikenali sebagai Long Jaafar dalam sejarah Perak. Setelah ayahanda baginda Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang mangkat dalam tahun 1862, baginda telah menggantikan tempat ayahanda baginda sebagai Yang Di Pertuan Kedah. Kekosongan jawatan beliau di Larut kemudiannya baginda serahkan kepada Enche@Nai Ngah Ibrahim bin Nai Ngah Lamad. Jangan tersilap, Raja Ngah Ibrahim adalah anakanda baginda Sultan Jaafar dan bukannya Enche@Nai Ngah Ibrahim bin Nai Ngah Lamad.

Anakanda baginda sebenarnya ialah Raja Ngah Ibrahim yang meninggal di Singapura dan dibawa balik ke Perak dengan kapal TLDM baru-baru ini. Raja Ngah Ibrahim berniaga barang-barang kemas dan berpindah ke Singapura apabila berlaku kekecohan di Perak. Beliau meninggal dunia di sana. Abang sulungnya ialah Raja Sulaiman dan adik perempuannya ialah Raja Alang Sapiah. Bonda mereka bertiga ialah Ngah Sepora.

Ngah Sepora pula ialah adik perempuan kepada ayahnya Ngah Ibrahim yang bernama Nai Ngah Lamad bin Megat Terawis (Ngah Ibrahim bin Ngah Lamad bin Megat Terawis).

Dalam lain perkataan Ngah Ibrahim ialah cucu kepada Megat Terawis dan Ngah Sepora (bonda kepada Raja Sulaiman, Raja Ibrahim dan Raja Alang Sepiah adalah anak Megat Terwis) adalah mak saudara Ngah Ibrahim. Raja Ngah Ibrahim dan Ngah Ibrahim adalah saudara sepupu. Maklumat ini diperolehi dari waris yang masih ada di Kedah.
Yang pastinya, mereka semua adalah waris Khalifah Syarif Abu Bakar Syah ( @ Raja Nambang-air telok @ Raja Bakar @ Syarif Abu bakar) bergelar Boromoraja Ekataat V, Mahadammahayaza, dan permaisurinya Tunku Suriya Marin ibni Tok Pasai (Tok Pasai adalah cucu Narai Iskandar Mahkota Alam @ Hang Tuah). Baginda berdua adalah Maharaja Benua Islam Siam Dinasti Ayuthia yang ke 33 (terakhir) , diusir bersama pengikutnya dari Ayuthia dalam serangan Sukhothai tahun 1767 dan akhirnya dibunuh oleh tentera thai di Istana Kota Meang Kuang dalam tahun 1821 (lihat salasilah dan artikel kami dibawah).
Hari ini, barulah jelas kepada kita sejarah bangsa kita. Yang kita ada di Perak hari ini adalah dari keturunan raja boneka lantikkan penjajah Inggeris bermula dari tahun 1874 dan mula berkuasa sepenuhnya melalui penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang mereka tandatangani pada 31 Januari 1948 sahaja. Pada tarikh inilah mula wujudnya raja-raja melayu di semenanjung tanah yang telah di "melayu" kan.

Salinan dari buku "Cempakasari, Sejarah Kesultanan Negeri Perak", M.A. Fawzi Basri ms140


Nama-nama mereka tetap ada disebut dalam sejarah Perak walaupun disebut dengan tidak mengikut susunan yang betul. Kami sudah membetulkannya melalui penulisan semula sejarah realiti di blog ini melalui maklumat yang diperolehi dari waris mutlak, Tuanku Nai Long Kasim. Nama Sharif Abu Bakar disebut secara lengkap. Kewujudan baginda dalam sejarah Melayu hari ini tidak boleh dinafikan lagi.Raja Alang Putera dari Kedah ialah Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang, cucu kepada Syarif Abu Bakar, Yang Di pertuan Kedah.

Sah, Ayutthaya diserang oleh Burma (Myanmar) dari puak Bud

dha Alaungphaya dalam tahun 1767. Tunku Sulaiman yang dimaksudkan disini ialah "..Yangkam dengan Belat Yukbat.." sepertimana disebut dalam UUK, ms 24 atau kita semua ketahui sebagai Raja Bersiong. Sah, bahawa Siam itu Melayu hari ini hingga ke Singgora (Songkhala) dan beragama Islam. Peralatan ini di pamerkan di Muzium Sejarah Di London,UK dan merupakan keratan dari akhbar tempatan. Sah, bahawa orang melayu pun pandai membuat senjata api. Sah, bahawa rakyat Thailand ditipu oleh penulis sejarah fantasi mereka, dan malangnya, begitu juga kita.

>>PETA JAJAHAN EMPAYAR ISLAM BENUA SIAM NAGARA KEDAH

PADA TAHUN 1730.

Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan kawasan Benua

Islam Siam Nagara Kedah sebelum ia ditawan oleh puak Alaungphaya Buddha dari

Burma dalam tahun 1767. Peta ini banyak tersebar tetapi kita menyangkakan ia menunjukkan

negara Thailand dizaman dahulu. Ini tidak benar kerana ORANG SIAM BUKANYA ORANG THAI. Orang Siam

beragama Islam sementara orang Thai dari bangsa Sukhothai, beragama Thevarada

Buddha. Peta ini meluas hingga ke Pulau Jawa. Sekiranya kita renungkan kembali, bila masa pula dalam sejarah orang-orang

thai sampai ke situ, melainkan orang-orang siam Islam dari rumpun Melayu.


TO BE CONTINUED...........

Monday, February 1, 2010

Eat battello a vapore

Salam sumer..
Mest korang pening kan menatang ape yg aku tulis sbg title kat atas tuh. Maksudnye, "Makan Steamboat". Hahaha.. Tu bahasa Itali. Kali ni aku try cakap Itali dengan bantuan Google translate lagi.
Aiseh, baru je nak cakap ade panggilan untuk meeting pasal safety lak. Takpe, tunggu ye.. 9.36am,
Ok, dah abes training. Sekarang sudah 11.53am. Back to main topic. Pada hari Sabtu public holiday Thaipusam (aku xcelebr8 Thaipusam ok), aku ada janji temu dengan 3 orang jejaka. Ceng ceng ceng. Aku date secara lump-sump terus dengan diorang tu. Nak tahu siapakah beliau-beliau itu. Mereka bertiga adalah adinda-adindaku. Hahah. Sedih wo, nak date ngan boypren. Boypren xde lak nak date ngan aku. Terpaksa la guna adik2 aku sbg suppliment (betul ke spelling ni).
Kami berempat sepakat untuk kuar pada hari Sabtu. Chick (adik aku yg no 3) sanggup turun dari UPM Serdang untuk menjayakan acara kami di petang itu. Angah (yang no 2) , dia skrg tgh wat practical training kat satu IT company kt Subang Hitech. Previously dia study kt UTEM Melaka. Kuwe( adik aku yg ke-4) tgh tunggu result SPM. Tapi skrg dia wat part time kat Mydin.
Mereka bertiga ni xpernah mkn steamboat. So, aku pun suggest la cba makan. Pergi makan kt Johnny's, Jusco Bkt Raja. Ni aku upload muka-muka adik aku. Jap ar, bwa bertendang. Aku nak upload jap.
Inilah muka adinda2 aku. Amacam boleh tahan ke tak? Aku ada sorang lagi adik yang bongsu tpi masih sekolah. Sorry ye , DikPa (nickname adik bongsu aku). Kitorang mkn dulu.. Hehehe. Kat bawah ni aku upload lagi muka-muka teruja adik2 aku yang tak pernah


Di atas aku ade attach video untuk tatapan korang. Semoga terhibur.. Ok la.. aku kena pergi ni.. Chow..

I Feel Good When Talk About It

Lately ni aku byk dipengaruhi oleh sorg 'koliq' aku yg hantu korea. Tok sah citer la, nama kan ape aje koleksi artis, drama, filem, performance, music video celebriti korea. Pendek kata sumer ade. Dan aku adalah slh sorg yg bertuah krn dpt semua tu dgn nilai FREE. Diulangi "FREE". Koliq aku ni mmg korea maniac. Ape taknye ari tuh dlm paper ade satu boy band dr Korea namanya "SuperJunior" nak dtg kat Malaysia wat performance. Beria-ria dia ajak aku pegi tgk. Bknnye aku tak minat. Aku suka juga tgk band ni sbb handsome2 juga(kih kih kih), tpi memandangkan 'rege' tiket tuh mengalahkan harga kasut @ handbag branded telah membantutkan hasrat murni aku utk histeria bersama 'koliq' aku ni. Sorry, my dear pren. Xdapek eden nak ngikuti mu. Plus, aku jga turut memikirkan faktor umur yg menghalang diriku utk terkinja-kinja mcm beruk Mat Yeh di sana nanti.
Video di atas adalah salah satu favorite MV aku(deepest apologised xdpt nk upload). Aku ade byk la juga hasil cetak Free dr 'koliq' aku ni. So, next time lau aku ade mood aku upload ler coz nk upload satu video ni took a long time. Secara peribadi lau nak compare antara band dr Jepun atau Korea. Aku prefer band dri Korea coz performance dia so mind blowing, catchy. Rentak tarian diorg sgt bertenaga & unik. Jepun nye lak aku tgk lau boy band diorg major kurus2 cam lembik sikit (ni pandangan peribadi aku). Plus lau korang tgk tarian diorang mcm biase2 je (macam tarian Para para Sakura pun ye). Pendek kata aku tak brp teruja nak ikut tarian diorang la. In terms of dance skills aku pefer band from Korea and the song as well. Of course lagu Jepun senang nak ikut, loghat Korea lak ssh nak follow. Berbelit gak lidah korang lau nk nyanyi. Tpi 'koliq' aku ni si "Jam" namenye mmg siap boleh hapal lirik lagu Korea. Tabik 'toing toing' aku kat dia. Tapi aku terpikir juga la kan, lau lirik lagu Korea yang ssh tu boleh hapal dgn senang, tentu tak susah juga lau hapal se"page" ayat Al-Quran. (Kuikuikui, jangan marah ye Jam. Gurau aje dong)
Celebriti dari Korea yang menjadi minat aku antaranya ialah Chae Yeon (Two of Us, Shake), Lee HyoRi (Hey Mr. Big, Yu Go Girl), DBSK@Tohoshinki@TVXQ (Mirotic, Purple Line), SuperJunior (Sorry sorry), Wonder Girls (Nobody, So Hot, Irony), 2NE1 (Fire, I Dont Care), Brown Eyed Girl (Abracadabra), Girl Generations (Chocolate Love, Gee, Tell Me Your Wish-genie), Kara (Wanna), T-Ara (Times To Love, Apple Song, Bo Peep Bo Peep) Big Bang (La la la) dan ramai lagi. Penat la aku nak taip nama2 diorang ni. So, for those yang nak tau sape diorang ni. Best sangat ke diorang ni? Korang rajin2 la buka You Tube. Kat sane korang boleh tgk MV atau performance diorang. Taip je name celebrity & their song title.
Kan betul aku ckp, nak upload satu MV amik masa lama. Dari tadi tak setel2 lagi. Silap2 sampai balik karang pun tak setel lagi kan. Huhuhu. My deepest apologize.. aku tak dapat nak up-load my fav MV ni coz ambil masa lama sgt. Aku try lgi next time ok. Jgn sedey sgt ye.. Xpun aku try ler lepak kat CC, upload kat sane. Rumh aku walopun ade P1WiMax. Nak jadikan citer dh dekat sebulan dah P1 aku tak dpat digunakan. Tensen tol. Xpe, untuk forum yang seterusnya aku akan adakan sesi mengutuk P1 dan memperlekehkan iklan "Potong" mereka tu. Betapa kemarahan aku sudah sukar dibendung. Akan kuledakkan bagaikan Gunung Berapi Krakatua Version 2010. Sehingga itu bawa bersabar hingga kita berjumpa lagi di waktu yang lain. Di bawah ini aku attach pic "Koliq" aku yang bernama "Jam". Attention, she's still single & available. Comei tak dia? Semakin dalam le lesung pipitmu? Kui Kui Kui. Jgn marah Jam.

Thursday, January 28, 2010

Hermosos Momentos en mi vida (Wallawey canggih buny)

Hola a todos (Hello, everybody)
Ari ni aku gatal nk ckp spanish lak. Sbenarnye aku bkn reti sgt pong. Ape susah, guna je lah translator. Mudah, cepat, pantas dan tak perlu selak-selak(oops, ayat ni dabel mening sket. Tpi hrp korang pilih meaning yg positive. Kui kui.. Tajuk t
itle yg ku tulis di atas membawa maksud--"Saat-saat terindah Dalam Hidupku". Ceh, dramatik lak bunyi. Tapi xpe. Ari ni mood aku cukup baik untuk berkongsi skeping 2 momentos yang sgt aku suka. Aku akn "eksepelen"(explain) sambil meng upload photo yg kurasakan "significa en realidad"(sungguh bermakna) bg diriku. Kerana diriku begitu berharga. Hahaha.. Dah melalut lagi.
Wokei guys, ready to "cekidaok"?




Ini annual dinner yg company arranged pd thn 2006 kat Hotel Gurney, Penang. Sempat gak overnight kat sane. Mase tu aku bru je joint company ni. Jambu lagi bak kate orang. Yg pakai sari tu Bos aku. Bos aku ni single lagi tau. Jgn tak percaya. Mane satu aku? Cari lah sendiri.. Kuikui


Ini lak sekelompok makhluk sakai tersesat masuk hotel. Actually, ini another lgi dinner yg company aku arranged. Tema dia, "African Tribal Night". Tahun 2007 kot tak silap aku. Tu pasal msing2 pakai baju cam org sakai. Yg muka conteng2 tu ada antaranye adalah hasil karya bakat seni aku. Mane yg muke tu teruk gile kna conteng means dat aku ade tak puas hati ler tu. Haha..xde la. The best part is, kerana hasil karya aku gak (kembang jap nose hole aku ni), 'koliq' aku yg muka Sabah tu(korang cari le sendiri) menang maskot African terbaik bg ladies. Baru korang tau, seni menconteng aku ni ade kreativiti juga. Yang klakar maut tu, muka2 yg diconteng tu antaranye adalah Bos kpd Bos aku. Sesi make over dibuat kat ofis meeting room kitorang. Start dr office diorg dress up and drive along ke Hotel yg terletak kt Sunway. So, imagine lah stiap kali berhenti kat traffic light, semua orang pandang dan gelak. Budak skolah dlm bas skolah sumernye muka terkejut & lopong kat diorg. Kwn aku nak cover malu pakai spek mate hitam. Sampai kat hotel, pengunjung yang lain ingat ade sarkas lak siap mitak autograph and bergambar(ini diceritakan kisah benar oleh sorang 'koliq' aku, yg menang lady maskot tu la coz dia konvoi ngn diorang ni).

Tuesday, January 26, 2010

Selamat Hari Selasa 2

Hi Everybody..(eceh speaking lak)
(Hari ni blogging aku diklasifikasikn 18PG utk bacaan 18th ke atas krn mangandungi unsur2 Perasan Giler keterlaluan. So, pada sesiapa yang ada rasa nak loya2 & muntah sila sediakn TONGl SAMPAH berhampiran dgn anda utk mengelakkan sebarang infeksi. Jika anda muntah slps membaca ayat2 dari penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas anda. Harap maklum. Pesanan dri Penulis Blog)
Hari ni as rotate bertemu smula kita di arena blogging ari Slasa. Aku pun heran nape lah asyik jumpa ari Slasa jer. Ari lain aku asyik busy jek.. Ok la guys, without further any longer lets "cekidaok" ape topik kite ari ni. Pd hari ini aku ingin menceritakan kes bgn lambat. Aku lambat gi keje ari ni pasal aku tido lambat. Kul 4 am aku masih bersengkang mata mengadap PC aku menyiapkan slide untuk presentation study aku ptg ni. Smlm yakni ari Isnin aku dah ponteng keje(actually amik annual leave la, tpi last minute nyer). Dgn otainye aku inform bos aku melalui sms. Nama bos aku unik sikit.."Sorry, Visa. Im not be able to come at work today. The reason is I just went back from having group study discussion at 5.30am. So, I need to get some rest". Bos aku reply,"Ok dear, take a good rest ok." Fuh, best betul dapat bos camni. Tapi moral citer ni, jgn practice slalu sbb lau dh lebih2 wat reason cmtuh namanye cari penyakit & naik lemak. Aku ni sbb emergency & plus aku ni jarang sgt wat prangai cmtuh. So, contohilah prangai aku yg baik2. Hahahaha. Actually that Monday aku suppose amik half day sbb aku nak prepare untk ptngnye presentation. Aku ni part time student. Bygkan lah betapa pandainye aku mengagihkan masa antara keje & study. Dah 2 thn aku bergelumang dgn kehidupan Batman ni. Mane taknye asyik kena blik malam jer psl class aku finish malam.(Kah kak kah berlagak tol bunyi).
Bila dah dpt approval dri bos aku, dgn penuh riang ria rejoice aku pun sambung la tido bagai nak bergua taik mata ( Korang boleh bygkan brp lama ye aku tido). Tapi smlm juga kul 12pm aku dh kena bgun balik (sedey woo pasal keje tak siap lagi). Dgn prasaan bercampur baur antara nk bgn & tido tapi ku kuatkan smgt "Malaysia Boleh" sambil berdendang lagu "Keranamu Malaysia" sbg music background aku. Kan dlm drama atau filem slalu ade background music , so sbb aku ni bkn berlakon dan real life plak tu, utk kuatkan smgt terpaksa la aku sendiri kna wat music background.. Okay? Bgn lah juga aku walopun masih ada mlas. Mandi2 sket, bedak2, losyen2..tadaaa siap akhirnya aku dgn keadaan harum, suci, wangi dan bersih. Lpas tu aku pun kuar. Abis part citer hari Isnin.
Sambung citer yang Hari Slasa yakni today. Aku lambat bgn daa.. So aku punch in kul 8.15am. Btpa pantasnya aku mandi badak ari ni. Baju & suar tak iron ( sib bek baju jenis tak perlu gosok), cma tudung je la. Ala.. soh seh tenyeh2 skit ilang kedut. Dalam msa 20min aku b'jaya siap dn terus pecut menuju ke ofis. Mana boleh, smlm dah cuti takkan ari ni dtg lambat kot. Reputasi kena jga beb.. Nsib bek mereka2 yg di dlm ofis pd ari ni tak byk tanye. Bila aku duk jer & check meja aku rupanye dah tersedia yg pendingye smlm. Buka system.. perhh, xboleh blah byk.. So, conclusion ari ni aku byk keje juga la. Dgn muka tak bersalah aku bertanya kpd "koliq"aku (colleague), "Cik Tim, byk keje tak ari ni?", Koliq aku jwb, "Nape? Xde la byk sgt". Wah, ini sdh btul kata org pucuk di cita ulam mendtg, "Ade kna tolong POD tak?". POD ialah utk stu department kt office aku di mana sape2 yg duk department tu confirm jgn mimpi la xde keje. Mesti all the time akan ade keje yg tersedia. Aku ckp dgn confident coz aku adalah ex-PODian. Nasib baik aku dh bebas dr belenggu kerja tuh. Tensen siot, baru je susut nambah blik. Mcm xde kesdhan. Berbalik kpd kes tdi. Cik Tim jwb, "Diorang tak request pun surh tolong". So, aku mitak la dia tolong aku dgn kerja aku sbb aku kna blik awal ari ni. Ade kelas. Keje aku kena abiskan within a day. Ape2 pun 1 credit utk Cik Tim, "Thank you so much, bebeh. Jasamu dikenang".
Wait seminit ar, ada call. Siapakah gerangan yg mengkoling aku ni. Potong stim tol. Rupa2nya ayahanda gua la. Ampun, abah. Abah aku bru je kol tadi dtg nk jumpa aku ptg ni. Nak transformer ngan kete lak. Biase la, harta public all access ma.. So, meh aku story sikit psl my beloved father ni. Abah aku ni sure la korang tak caye nye. Sanggup dowh.. Ko bygkan la dulu masa aku study full time diploma kt Uitm, kita flashback seketika ke bbrp thn lalu.
Aku kol abah aku nk mitak.. (bkn duit la) dia hantarkan satu sijil kepunyaan aku yg tertinggal kt rumh utk p'daftran kolej semester dpn. Aku ni lak cuai terlupa nk bwa skali time tuh. Plus closing date ade lgi 3 hari. Plus time tu jg Jumaat & Sabtu public holiday xsilap aku bg Negeri Kelantan (kawe oghe Qelate deh, mu jange nok gedebe.. ceh) so nk courier ade prob lak sbb aku nk gna ari Sabtu & Ahad. Sedih aku. Sdh terbyg msa depan gelap tak dpt dok kolej. Di manakah aku ingin tinggal. Bwh jambatan ke, longkang ke & so on. Masa tu aku xreti lgi nk menyewa umh sewa. Tak kenal org lagi. Dipendekkan citer, pd pagi morning ari Sabtu dlm kul 5am or 6 am cmtuh aku dpt panggilan tepon dr abah aku. Aku pun tgh tido. Rupa2nya abah aku dh sampai tunggu kt pintu pagar luar kolej aku. Dia dtg smata2 nk antar sijil aku & naik bas lak tuh. Imagine dowh, sape tak terharu? Sanggup abah aku dtg dr pucuk Kelantan nek bas pegi Shah Alam malam2 sampai lak pagi2 dinihari smata2 nk antar sijil. Nangis aku kejap dpn abah aku. Abah aku lak relaks jer ckp, "Tak pe lah abah tak kisah. Lau courier xboleh nak antar, abah sendiri boleh antar. Janji sijil ni sempat sampai pd Kak Long" (Dialog diatas sebenarnya dlm loghat Kltn, tpi utk kfhman bersama aku dh siap2 translate bg korang phm).
Itulah dia sedikit kish psl abah aku. Daya tahan berjalan jauh tol. Lau ikutkan tak abis lau citer psl abah aku. Ape2 pun I love my daddy, Muah. Credit for you, Abah.. "Thank you so much"
Balik smula ke zmn sekrg, zmn 2010. Skrg jam sdh menunjukkan pukul 1 lebih. Aku permisi dulu dong. Kita sambung blik next time.

Chow, wakasss
Das

Tuesday, January 19, 2010

Selamat Hari Selasa

Hari ini ialah hari pertama aku acu cuba try test taip blog. Perkara pertama yang bermain di benak ku di kala ini (walaupun tgh sibuk kat ofis), ape yang aku nak merepek taip kat sini. Biar la aku mula kan dulu dengan mengintroduce diriku. Name aku panjang, tapi nick aku korang panggil je lah Das. Nape Das? Ape yang best dgn name tu? Panggil je la, dah aku yang suruh, byk songeh pulak.

Pagi tadi hujan lak sblm nak gi ofis. Aiseh, lau tarik slimut pastu di dodoi2 semenet dua mau lena sampai tgh hari. Tapi ape boleh buat sbb hari ni hari Selasa. Bukan hari Sabtu atau Ahad. Lau tak, mau tebal juga taik mata aku nanti. Nak tak nak, aku bangkit dr tido. Dgn penuh hati-hati (sbb katil aku double decker, aku duk atas skali) aku trun tangga katil dlm kegelapan pagi. Tak boleh nk buka lampu sbb sorg roommate aku ni sensitip. Hasil latihan berhari-hari, aku dgn confidentnye dpt mencari smua brg2 aku dlm kegelapan.

Soh seh zapps tui kroh degum ( sound effect yg menunjukkan betapa kelam kabut aku setiap hari sblm nk gi keje) sbb punch in kat office kul 8, aku kuar dari rumah kul 7.55am. Diulangi 7.55am. Dgn gaye Michael Schumacker (aku tak ingt cmner spelling) aku drive kete aku sampai ke ofis. Catatan terbaik hari ini 4min 25 saat (aku sebenarnye bleh wat kurg dr itu coz ari ni hujan, kna la berhati2 tol tak?). Huhu, office dari umah jaraknye 3km jer.. So, korang boleh kira la betapa save nye minyak kete aku beb. Saje nak hangatkan hati korang, Hahaha. Jgn jeles. Bila punch in jer, aiseh terlebih seminit lak. Ingt kan sempat.

Dr tmpt punch in ke office aku, kena la menapak lebih kurg 15 min. Al maklum le, company warehouse. Name pun gudang, lau kecik bukan gudang namenye, org panggil stor. Keje menapak ni ikut level la, lau level officer ke atas boleh le parking inside. Tapi lau level pencacai (mcm aku) phm2 je lah, parking outside. Kenape diorg buat sistem mcm tu? Pegi la tanye company aku. Time hujan lebat baru le diorg ade humanisme bg kitorg level pencacai ni parking dlm. Krn polisi company aku jga la, aku berjaya memaintain berat bdn ideal hasil pembakaran lemak2 setiap hari.. hahah.. (cutting so good beb.. ahaks perasantan). Sebenarnye ade bagus juga kan? Terima kasih IDS.. lau bos aku bace post aku ni harap2 dpt lah naik gaji lebih sikit..

Stelah berpeluh menapak ke office, baru le aku nampak seat aku yang cun & strategik di suatu sudut. Kupandang kiri, kupandang kanan (oops silap, kanan aku dinding la, ape ke jadahnye pandang dinding), ku toleh belakang juga. Fuh, line clear dol. Ape lagi online le skejap. Bak kate org warm up dulu sblm keje. Buka email office, aiseh byk lak issue nak kena deal. Buka system exceed, mak aih.. Byk lak diorang download ari ni. Sumer nak kena setel sebelum blik kul 5 suku karang. (Attention: Office aku mgamalkan dasar balik office 5 suku). Nape 5 suku? tah le, suka ati diorg la dah company diorang., siape kah aku untuk mempertikaikannye?

Aku rasa untuk tema hari ini cukup la dulu ye, biasala warm up tak boleh nak expose lebih2. At least, aku kena ade byk issue or idea bru le syok merwar-warkan di arena blogging kan? Untuk hari ini, sekian dulu drp pada aku, Das melaporkan hanya esklusif untuk tatapan anda. Kita jumpa lagi di waktu yang lain, masa yang lain dengan lebih byk issue2 menarik yang akan seronok kita kupaskan ( mcm forum lak bunyi).

Chau.. wakash..
Das