Tuesday, July 28, 2015

Raya oh Raya




Hola hola.. Maaf la, CikDas baru sahaja kembali ke arena kerja selepas bercuti raya selama seminggu lebih. Best betul bercuti sampai boleh lupa nama kawan-kawan ofis. Terrible kan? Raya tahun ni agak biasa biasa sahaja. Arwah nenek baru meninggal. Maksu dan keluarga tak dapat balik beraya kerana suaminya tak sihat. Kesudahannya raya koboi la CikDas dan keluarga. 1st  day raya dekat Kelantan, 2nd day raya dekat Pokok Sena, Kedah. 3rd day raya dekat Kg Gajah Perak. Macam pergi outstation. Tapi itulah family kami. Takde nya nak balik kampong lelama. Dengan abah CikDas buang tebiat nak balik kampong dengan superbike dia.  Adoiii, pening pening.. Tapi alhamdulillah selamat pergi dan balik. ^_^

My mom masih lagi stay di rumah Angah & isteri menemani cucunya di Kg Melayu Subang. Happy CikDas dapat bermain dengan anak buah. Lebih-lebih lagi dia senang tidur bila CikDas dodoikan. Oh oh oh, siapa pula yang jadi emak ni ya? Raf  ialah ( name manje CikDas bagi)  nama anak buah CikDas. Raf ni comel bebetul tapi agak moody. Kalau hari ni mood seindah suria besok nya mood dia ribut petir kilat sabung menyabung sampai kan nenek, abi dan ibu memujuk pun tak makan dek saman. Raf ni untung sebab menjadi cucu sulung dua-dua belah ibu and abi nya. Jadi memang semua perhatian bagi kat dia la. Agaknya itu pasal ngada-ngada sikit. Tapi takpe la, ngada-ngada pun auntyLong tetap sayang kat Raf.. Hehehehe



Pasal Mr. Laboo? Apa yang CikDas nak update tentang beliau? Dia semakin “berkembang”  menjadi lebih besar sedikit daripada biasa. Seminggu lebih tak jumpa dia makin gebu pulak muka & badan dia. Katanya dia senang hati. Amboiii, manis aje jawapan. Yang ini pun satu lagi “X-Files” yang tak boleh solve. Rasanya CikDas kena letak jawatan sebagai Menteri Bebelan dan Leteran. Lantak la nak membesar ke mengembang ke.. Still I love him the way he is.. ^_^


No comments: