Cerpen
Bunda : Berkarya hanya bila jiwa kacau
Sebuah kisah kerajaan di mana
segalanya diperintah oleh anjing. Daripada raja sehinggala pak menteri, dayang
dayang pewara, biduanda, hamba rakyat jelata semuanya anjing. Macam macam
jenis, tapi yang memerintah tu sejenis PitBull. Raja Pitbull ( a.k.a anjing
baka ni la ) sangat lah garang. Meleleh air liur kalo tak kena gaya. Sekali menyiat
sampai ke tulang tak ada sisa. Menteri pasola anjing semua tak berani nak lawan
tokey dengan Raja Pitbull ni. Raja Pitbul punye ratu hati dia ialah Queen
Pomeranian ( sejenis baka anjing lawa nak mampus). Kisah percintaan Raja
Pitbull dengan Queen Pomeranian ala lebih kurang macam citer Princess Disney
juga la. Cuma beza nyan Queen Pomeranian ni jadi rebutan antara Pitbull, German
Sherpard, Husky, Great Dane. Huh, pergaduhan rebutan yang menumpahkan darah
pahlawan ( ceh, exaggerate sungguh ).
Akhirnya Raja Pitbul yang menjadi juara sekaligus menambat hati Queen
Pomeranian. Tamat flashback story.
Terkini Raja Pitbul merasakan
bahawasanya sudah tiba masa untuk dia pergi mencari diri. Iyelah kan bila dah berada
di puncak kejayaan ni walaupun rasa macam
serba serbi ada. Harta melimpah, queen lawa, negeri makmur rakyat mewah tapi
jauh di sudut hati Raja Pitbul macam ada something missing inside his heart. Sugul
baginda dua tiga hari ni sampai sup tulang favourite pong tak abis nak makan.
Queen Pomeranian juga berasa hairan. Apa yang mengganggu fikiran hubby
tercinta. Eh, takkan pasal dorang masih belum ada cahaya mata untuk mewarisi
tahta. Queen Pomeranian masih belum bunting walaupun dah bertahun-tahun
anniversary.
Semasa berdua lebih baik, slowly
Queen Pomeranian berbisik di telinga hubby nya..
“Babe, I tengok u unhappy je 2, 3 hari
ni. Why babe? I sudah gemok ke? “
Raja Pitbull pandang wifey nya atas
bawah.. Berkerut seketika : “Beta tengah sugul dia bleh buat lawak plak. Nasib
baik lawa, lawak tu boleh terima”
“No honey. I’m ok je”
“Babe, don’t lie to me. I tengok
ekor u gerak gerak camtu pong dah tau u punye hati takde senang. Now tell me my
king.”
“I feel …. “ Raja Pitbull diam..
masih berfikir fikir patut ke tak patut cakap.
Queen Pomeranian rasa gundah.
Karang dia minta nak mengawan dengan breed lain, sedih queen. Tau la takde anak
lagi. Tapi takkan sebab itu nak ngawan lain. Oh, minta minta la jangan nak
request yang itu.
“Babe… cakaplah. I sudi dengar.. “
dup dap dup dap berdenyut jantung Queen Pomeranian.
“Honey, I rasa I nak gi mengem….."
“wan…. “ Queen tunggu je perkataan “..wan”
di belakang tu muncul.
“Mengem…..bara” sambung Raja
Pitbul..
“Fuuhh, mengembara.. Nasib baik
bukan mengawan..” Queen sedikit lega tapi terkejut juga.
“Mengembara…? Jeng jeng jeng. Ke
mana?... Jeng jeng jeng… Kenapa?....
Jeng jeng jeng” Tanya Queen Pomeranian impatiently.
“Honey, I feel u, I feel glory, I
feel everything. But deep inside I feel empty, I feel nothing.. That’s why, I
nak mengembara. Mencari jatidiri Pitbull yang hilang.” Raja Pitbul menjawab
dengan emosi. Tisu juga baginda dalam diam. Ingatkan garang memanjang.
“Babe, u nak mengembara dengan
siapa? Sekor sekor ke? I bimbang kan u sekor sekor keluar nanti” Queen
meluahkan rasa prihatin.
“I need to this alone. I nak
mengembara di padang pasir. Jangan halang I. Sepeninggalan I nanti U in charge
la tahta ni. Suka ati u la nak wat camne. Nak demokrasi ke, monarki ke, republic
ke, . All is urs, bukti bahawasanya cinta I pada U setakat bagi tahta takde
hal. Small matter my honey” Offer yang diberi oleh Raja Pitbul tu membuatkan
Queen Pomeranian panasaran. Shud I be happy or shud I worry? Ni dah macam bagi
wasiat je ni. Dalam kerisauan dan kegundahan Queen Pomeranian menerima
keputusan Raja Pitbull dengan berat hati.
Raja Pitbul memanggil semua menteri
pasola berhimpun di balai penghadapan. Semua menteri bersegera berhimpun.
“Ampun tuanku Raja Pitbull yang
hebat. Gerangan apakah halnya Tuanku men”summon” kami as at 3.00am ni?” PM
Border Collie bertanya on behalf.
“Sorry memanda sekalian beta
mengganggu kalian sleeping beauty. Beta ada announcement penting nak buat ni”
Raja Pitbull mengeluarkan perintah.
Semua menunduk dengan penuh tekun mendengar titah Raja Pitbull.
“Tomorrow, beta nak keluar
mengembara di padang pasir. Tak pasti bila nak balik. So dalam sepurnama kalo
takde berita tentang beta, menyusul la kalian. So, sepeninggalan beta nanti
tahta ni hand over kat Queen Pomeranian. Just follow her instruction and
instagram. Also the Tweeter. Queen akan banyak bagi instruction dalam tu. Rajin
rajin la buka Tweet. Beta pun akan Like juga.”
Semua menteri terkejut. Tapi tetap
akur dengan perintah Raja Pitbull. Besoknya selepas matahari terbit, Raja
Pitbull bersiap siap melengkapkan diri baginda untuk memulakan pengembaraan
yang julung julung kali dilakukan sendirian itu. Beserta dengan kelengkapan
asas selepas bertukar tukar pesanan dengan Queen, comolot etc bagai, Raja
Pitbull memulakan ekspedisi mencari dirinya.
Hari berganti hari berganti pekan
hinggalah genap sepurnama Queen merindui hubbynya. Check instagram dan tweeter
pun takde update. Last checked in kat oasis padang pasir mana ntah. Itu pun dua pekan sebelumnya. Teringat
pesanan Raja Pitbull, kalau sepurnama tak ada khabar berita pergilah menyusul.
Tanpa bertangguh Queen Pomeranian memanggil PM Border Collie mengumpulkan skuad
elit anjing pengesan terbaik untuk menjejak hubby Raja Pitbull iaitu Liutenant
Golden Retriever untuk menjejaki Raja Pitbull. Golden Retriever berjaya menyusul dan
menjejaki Raja Pitbull malangnya ketika tiba di sana, di dapati Raja Pitbull
sudahpun mangkat. Dalam kondisi perut kembung, lidah terjelir. Harta
perbendaharaan tidak terusik. Panas terik kawasan kering kontang. Botol air
bekalan masih penuh. Bekalan makanan pun masih lagi mencukupi. Ubat ubatan pun
masih ada. Tiada unsur unsur rompakan berlaku.
Soalannya; Apakah punca kematian
Raja Pitbull? Sesiapa yang dapat memberikan hampir tepat dengan skema jawapan
bunda, mereka itu adalah genius. Jangan bagi jawapan sudah sampai ajalnya. Itu
tidak dikira. Aher aher aher… ^_^
Sekian…
No comments:
Post a Comment