Sekarang sudah nak masuk penghujung
August. Cepat sungguh masa
berlalu. Pejam celik dah nak masuk hujung tahun. Tadi selak FB ternampak Ex
besties Cikdas sedang dukung anak dia. Comel betul anak dia. Bila mengenang
balik time masa kami close dulu. Pedih gak la hati. Kena tuduh macam-macam.
Maybe silap CikDas juga dulu sebab terlalu akrab sangat dengan keluarga dia.
Sampai CikDas disalahertikan oleh mak dia. Sampai mak dia boleh terfikir CikDas
ada affair dengan bapak dia sendiri. Nauzubillah, mengenang balik hal itu,
lebih baik kami membawa haluan masing-masing. Apa-apa pun jasa family dia dulu
pada CikDas, memang CikDas tak pernah lupa. Cuma sampai situ sahaja la. Biarla
dia dan mak dia nak fikir macam-macam. Yang penting CikDas tau siapa diri
CikDas. Selebihnya biar Allah yang tentukan. Syahdu pula topic hari ni ye.
CikDas rasa nak meluahkan rasa
terpendam di sini. Ye la
kan, luahkan pada manusia kang kecik hati, gaduh, sentap, tak mau kawan lagi.
Letih pulak kalau hidup selalu berkonflik dengan orang untuk issue –issue yang remeh.
Tapi kalau tak diluahkan, makin membarah pula di dalam hati. Pun tak bagus juga,
boleh membibitkan rasa dendam. Salah satu cara ialah meluahkan melalui
penulisan. Issue kali ni memang kecik pun, korang baca pun rasa.. “ Hek
eleh dia ni, pape pun slow talk la. Bincang leklok”. Yes, I get your point, benda boleh bawa
berbincang. Tapi CikDas tak rasa nak bincang mende-mende kecil tu kat dorang. Sebab
ia boleh menjejaskan hati, tanggapan dan kekeruhan.Nampak senang nak cakap tapi
susah juga sebenarnya walaupun dah guna ayat yang kita rasa cukup lembut, tapi
hati orang boleh teka kah?? Jalan
terbaik, CikDas taip kat sini. Lepaskan kat sini, and I will be ok. Kisahnya
begini, budak hosmet CikDas suka beli stok makanan banyak-banyak simpan dalam
peti sejuk ( bahgian frozen) sampai orang lain tak boleh nak simpan barang. Pastu
tak tau bila nak masak. Setiap hari CikDas buka peti sejuk, space tak juga
berkurangan. Kat situ je tak berubah. Benda-benda macam ni, kalau disuarakan
memang tak best. Boleh mencetuskan ketegangan. So, have some courtesy la.
Janganla perap barang tu lama-lama sampai orang lain nak guna ruang pun tak
dapat. Malas nak bising-bising, CikDas beli stok untuk masak sekali je. Nak
simpan stok memang tak payahla buat masa sekarang. Fuh, lega dapat keluarkan rasa tak puas hati
tu.
No comments:
Post a Comment