Last weekend I teringin
nak makan cheesecake.
Memandangkan I ade beli setebal tebal alam buku masakan untuk dessert semata “Bon Apetite Dessert”, jadi I ambil
keputusan untuk study resepi resepi kat dalam tu. I selak la bahagian cheesecake.
Buku resepi ni sangat tebal dan keras kulitnya. Kalau jatuh kat kaki, maybe
boleh retak kot tulang, depends la kot. Bahagian resepi cheesecake, I tengok
bajet macam senang aja. Study how to do crust, filling and topping. Terus memorize
the recipe ( ini short term memory je) sambil checking dalam fridge stok barang
yang masih ada.
Lepas check tengok banyak barang barang takde so I decided nak
pergi beli dekat Bagus Baker Supplies Seksyen 13. I suka beli barang barang bakery kat sana pasal stok
nya pelbagai, mata boleh jadi rambang. Senang cerita seronok bershopping sampai
habis beratus pun tak sedar. Ape? Ingat shopping baju and handbag je abes beratus?.
Ok cut pasal tu. I ajak my hubby pergi sekali. So hubby ikut juga la. If dia
tak nak ikut, I pun boleh je drive sendiri ke sana. The thing is my hubby tak
nak bagi I drive sensorang which I dunno why. I rasa my driving skill lagi mantap
dari dia kot ( huh riak eh..). But it’s true.. Hahahah.
Satu perangai I bila buat cake ni, I tersangatlah suka derhaka dengan resepinya. Mula
la I nak modify dengan menambah nambah bahan yang takde dalam senarai. For me,
I like to follow the recipe but I suka if the recipe is according to my own.
Baru lah ade, hak cipta terpelihara
kan..? Lepas tu kan, bila dah modify recipe ni dan hasilnya ternyata sedap, I
dah lupe sukatan bahan bahan yang I pakai tu. Lagi best dah lupa plak ape mende
yang I taruk dalam resepi tu haaa.. What a waste. Kira resepi prototaip je la
kan. Nak buat balik dah lupa… My bad my bad.. ^_^
My hubby, my M.I.L and my mom pun selalu pesan. Buat resepi tulis balik. Nanti
lupa. Tapi standard la iyakan dulu. Lepas tu, lupa juga nak tulis resepi. Anyhow, ini I share kan dulu resepi yang I buat
according to my own. Bab sukatan tu sorry to say ye. Seriously I memang pakai
agak agak aja. I tak measure tepat pun. Hebat takk? Hahahah
Cappucino Cheescake
Crust:
1 pack digestive
biscuit size 250gm rasenye. ( Hancurkan guna alat yang korang ada.
Lesung batu pun boleh, kisar kering, or food processor. Jangan ada ketul ketul
biskut tu. Biar betul betul hancur. )
1 genggam Nestle cornflakes
(kisar hancur guna mesin kering. If ade food processor lagi bagus. I tak advise
pakai lesung, tapi kalo rajin guna kekdah ni sila kan ye. Janji hancur. Nak
guna apa apa pun boleh)
1 cubit cubitan garam
Suku pack butter.
Cairkan dulu pun boleh. Pasal I malas, I biarkan suhu bilik. Bila dah lembik
butter tu gaulkan dengan semua bahan kat atas.
Cara Buat:
Gaulkan kesemua bahan2 yang dihancurkan. Alaskan spring foam
dgn butter, minyak,. Masukkan bahan tadi ke spring foam. Tekan tekan ala kadar
je. Sebab kalo tekan padat padat, nanti crust tu jadi keras. I cakap pasal I
buat camtu. Hahahaha, so jangan buat. Pastu based on resepi ni, crust itu
dibakar around 10min api suhu 150 darjah C. Inipun kena tengok jenis oven juga.
If oven jenis panas, boleh kurangkan suhu. Tak yah masak lelama pasal nanti nak
bake lagi cheese filling guna water bath. Biarkan sejuk seketika.
Filling
3 pack Philadelphia
creamcheese size 250gm. ( Pakai cream cheese lain pun boleh. I beli
Philadelphia pasal masa tu ade offer. )
1 teaspoon cappuccino flavor
250gm milk chocolate
dicairkan ( guna dark chocolate pun boleh. Tapi kena pandai play around dgn
kuantiti gula. Since that milk chocolate ni dah manis, I guna 1 cup brown sugar
je dah cukup. Cairkan guna double boil. If malas, pakai microwave pun boleh. I
guna microwave aje)
¼ cup cocoa powder
4 biji telur ayam
saiz A
Cara Buat:
Putar cream cheese, cocoa powder, gula & chocolate cair.
Putar sampai sebati. Kemudian, sebiji demi sebiji masukkan telur. Sambunng
putar sampai nampak sebati. Ambil spring foam yang ada crust tu dan tuangkan
adunan cheese ke atasnya. Ketuk sikit bagi rata. Jangan over ketuk nanti barai
spring foam, abeh terkeluar kesemuanya. Isikan air ke dalam satu bekas yang
boleh fitkan spring form tu. Since that I takde bekas besar, I guna disposable
baking aluminium foil. Isi air dalam tu agak agak nak half tinggi spring form.
Bakar dalam oven pakai water bath selama 1 jam suhu 170 darjah C camtu la.
Spring foam tu I guna size 8”.
Topping
100gm milk chocolate
Agak agak whipping cream
Sedikit cappuncino
flavor
Butterscotch chocolate chip
Cara buat:
Masak topping ni bila kek sudah masak ye. Jangan pi gatal
buat awal sangat. Pasal ganache ni akan mengeras bila sejuk. Guna double boil. Masukkan
coklat, whipping cream, cappuccino. Kacau hingga sebati. Tutup api & baru
masukkan butterscotch. Later on toppingkan atas cheese cake. Tudia siap…
Ni I ada upload, outcome nya. Selamat mencuba. I buat jadi.
Kalo tak jadi, jangan salahkan resepi. Salahkan diri sendiri sebab tak pandai bake..
Plus, since I guna method agak agak. Kena lah pandai agak ye..
Chill.. ^_^
Hahahahah..
No comments:
Post a Comment