Tuesday, June 23, 2020

The Edge of Friendship

Hola, sudah lama tidak bersiaran di arena ini. Tahun 2020 adalah tahun yang penuh mencabar. Dengan Covid19, satu Negara kena PKP. Tak boleh berjumpa keluarga. Raya pun kena sesama sendiri. Oh Em Gee. Sesungguhnya ganjaran sabar adalah untuk orang orang beriman.

Tahun ni ada few things that buat myself feel unhappy. But I think I have to move on. Kena luahkan juga supaya hati ni lega. Berkenaan hal friendship. Myself is not a person yang ada ramai kawan so called “sahabat” @BFF. I’ve been very picky di mana hanya orang tertentu sahaja yang layak berdamping dalam kategori sahabat. I Cuma kekalkan few friends yang I fikir ada kualiti untuk I jadikan seseorang tu penting dalam hidup. Tetapi adakalanya, kita ni “syok sendiri” juga. Kita yang merasakan bahawasanya mereka itu adalah bff sedangkan mereka tak anggap pun macam tu. Kalau la myself boleh sedar seawal nya takdela diri ini rasa seperti kebodohan.

Losing friend especially bff memang macam pengalaman broke off dengan boyfren. Dalam hati bertanya juga, why? Selaluya tak ada jawapan. Isunya mungkin agak kecil kedengaran. Tetapi menjadi sensitive di hati kerana kita menganggap mereka itu penting. Kerana merasakan mereka itu pentingla, kita update apa2 hal dalam kehidupan kita from time to time sebagai satu ukhuwah. Fasa berkahwin, fasa hamil sekadar untuk berkongsi berita, fasa dapat anak untuk mengumumkan kita sudah ada si kecil dalam hidup. Yeah, sebab kita dah tak mampu untuk berjumpa seperti dulu2. Kerana masing-masing sudah terikat dengan komitmen & tanggungjawab. Seringkali juga myself berfikir positif, anggap semua ini bagai angin lalu. Kerana itu juga I merasakan agak terkesan untuk melihat seseorang itu lebih drp sekadar kawan biasa. I mula bias untuk jadi lebih rapat dengan sesiapa lagi.

I pernah ada broke off friendship a few times. Sakit tu dah lupa dah, Cuma dia menjadi awkward bila mereka muncul kembali. Myself feel like, it’s ok. Past was just a past. I Cuma perlu melihat mereka seperti jendela, but to start to go deeper like before I must paused. Don’t go beyond. Especially kebanyakan communication di alam maya. I don’t want to be “syok sendiri” anymore. Mereka sendiri sudah ada bff depan mata. Myself being disadvantage becoz we’re not real. We’re just in the cyber. Banyak perkara dalam cyber kita fake kan for the sake people look how well we are. But the truth is kita sama aja like other family having our own bad matters.


Feeling how lonely when we in marriage is not a “lonely” with our spouse. Its mean that the “lonely” term referring to as a wife at the same time being a “mother” & also sometimes a “daughter in law, being dedicated to our family make us don’t have time to be with our old friends. Especially when the kids are still young that required a lot of attention. Sekarang using term “me time”. Sounds macam senang, tapi tak sesenang mana. It’ depending on how cooperative you spouse can become.

Friday, February 21, 2020

Pitbull Story

Cerpen Bunda : Berkarya hanya bila jiwa kacau

Sebuah kisah kerajaan di mana segalanya diperintah oleh anjing. Daripada raja sehinggala pak menteri, dayang dayang pewara, biduanda, hamba rakyat jelata semuanya anjing. Macam macam jenis, tapi yang memerintah tu sejenis PitBull. Raja Pitbull ( a.k.a anjing baka ni la ) sangat lah garang. Meleleh air liur kalo tak kena gaya. Sekali menyiat sampai ke tulang tak ada sisa. Menteri pasola anjing semua tak berani nak lawan tokey dengan Raja Pitbull ni. Raja Pitbul punye ratu hati dia ialah Queen Pomeranian ( sejenis baka anjing lawa nak mampus). Kisah percintaan Raja Pitbull dengan Queen Pomeranian ala lebih kurang macam citer Princess Disney juga la. Cuma beza nyan Queen Pomeranian ni jadi rebutan antara Pitbull, German Sherpard, Husky, Great Dane. Huh, pergaduhan rebutan yang menumpahkan darah pahlawan ( ceh, exaggerate  sungguh ). Akhirnya Raja Pitbul yang menjadi juara sekaligus menambat hati Queen Pomeranian. Tamat flashback story.

Terkini Raja Pitbul merasakan bahawasanya sudah tiba masa untuk dia pergi mencari diri. Iyelah kan bila dah berada di puncak kejayaan  ni walaupun rasa macam serba serbi ada. Harta melimpah, queen lawa, negeri makmur rakyat mewah tapi jauh di sudut hati Raja Pitbul macam ada something missing inside his heart. Sugul baginda dua tiga hari ni sampai sup tulang favourite pong tak abis nak makan. Queen Pomeranian juga berasa hairan. Apa yang mengganggu fikiran hubby tercinta. Eh, takkan pasal dorang masih belum ada cahaya mata untuk mewarisi tahta. Queen Pomeranian masih belum bunting walaupun dah bertahun-tahun anniversary.

Semasa berdua lebih baik, slowly Queen Pomeranian berbisik di telinga hubby nya..

“Babe, I tengok u unhappy je 2, 3 hari ni. Why babe? I sudah gemok ke? “

Raja Pitbull pandang wifey nya atas bawah.. Berkerut seketika : “Beta tengah sugul dia bleh buat lawak plak. Nasib baik lawa, lawak tu boleh terima”

“No honey. I’m ok je”

“Babe, don’t lie to me. I tengok ekor u gerak gerak camtu pong dah tau u punye hati takde senang. Now tell me my king.”

“I feel …. “ Raja Pitbull diam.. masih berfikir fikir patut ke tak patut cakap.

Queen Pomeranian rasa gundah. Karang dia minta nak mengawan dengan breed lain, sedih queen. Tau la takde anak lagi. Tapi takkan sebab itu nak ngawan lain. Oh, minta minta la jangan nak request yang itu.
“Babe… cakaplah. I sudi dengar.. “ dup dap dup dap berdenyut jantung Queen Pomeranian.

“Honey, I rasa I nak gi mengem….."

“wan…. “ Queen tunggu je perkataan “..wan” di belakang tu muncul.

“Mengem…..bara” sambung Raja Pitbul..

“Fuuhh, mengembara.. Nasib baik bukan mengawan..” Queen sedikit lega tapi terkejut juga.

“Mengembara…? Jeng jeng jeng. Ke mana?... Jeng  jeng jeng… Kenapa?.... Jeng jeng jeng” Tanya Queen Pomeranian impatiently.

“Honey, I feel u, I feel glory, I feel everything. But deep inside I feel empty, I feel nothing.. That’s why, I nak mengembara. Mencari jatidiri Pitbull yang hilang.” Raja Pitbul menjawab dengan emosi. Tisu juga baginda dalam diam. Ingatkan garang memanjang.

“Babe, u nak mengembara dengan siapa? Sekor sekor ke? I bimbang kan u sekor sekor keluar nanti” Queen meluahkan rasa prihatin.

“I need to this alone. I nak mengembara di padang pasir. Jangan halang I. Sepeninggalan I nanti U in charge la tahta ni. Suka ati u la nak wat camne. Nak demokrasi ke, monarki ke, republic ke, . All is urs, bukti bahawasanya cinta I pada U setakat bagi tahta takde hal. Small matter my honey” Offer yang diberi oleh Raja Pitbul tu membuatkan Queen Pomeranian panasaran. Shud I be happy or shud I worry? Ni dah macam bagi wasiat je ni. Dalam kerisauan dan kegundahan Queen Pomeranian menerima keputusan Raja Pitbull dengan berat hati.

Raja Pitbul memanggil semua menteri pasola berhimpun di balai penghadapan. Semua menteri bersegera berhimpun.

“Ampun tuanku Raja Pitbull yang hebat. Gerangan apakah halnya Tuanku men”summon” kami as at 3.00am ni?” PM Border Collie bertanya on behalf.

“Sorry memanda sekalian beta mengganggu kalian sleeping beauty. Beta ada announcement penting nak buat ni” Raja Pitbull mengeluarkan perintah.

Semua menunduk dengan penuh tekun mendengar  titah Raja Pitbull.

“Tomorrow, beta nak keluar mengembara di padang pasir. Tak pasti bila nak balik. So dalam sepurnama kalo takde berita tentang beta, menyusul la kalian. So, sepeninggalan beta nanti tahta ni hand over kat Queen Pomeranian. Just follow her instruction and instagram. Also the Tweeter. Queen akan banyak bagi instruction dalam tu. Rajin rajin la buka Tweet. Beta pun akan Like juga.”

Semua menteri terkejut. Tapi tetap akur dengan perintah Raja Pitbull. Besoknya selepas matahari terbit, Raja Pitbull bersiap siap melengkapkan diri baginda untuk memulakan pengembaraan yang julung julung kali dilakukan sendirian itu. Beserta dengan kelengkapan asas selepas bertukar tukar pesanan dengan Queen, comolot etc bagai, Raja Pitbull memulakan ekspedisi mencari dirinya.

Hari berganti hari berganti pekan hinggalah genap sepurnama Queen merindui hubbynya. Check instagram dan tweeter pun takde update. Last checked in kat oasis padang pasir  mana ntah. Itu pun dua pekan sebelumnya. Teringat pesanan Raja Pitbull, kalau sepurnama tak ada khabar berita pergilah menyusul. Tanpa bertangguh Queen Pomeranian memanggil PM Border Collie mengumpulkan skuad elit anjing pengesan terbaik untuk menjejak hubby Raja Pitbull iaitu Liutenant Golden Retriever untuk menjejaki Raja Pitbull.  Golden Retriever berjaya menyusul dan menjejaki Raja Pitbull malangnya ketika tiba di sana, di dapati Raja Pitbull sudahpun mangkat. Dalam kondisi perut kembung, lidah terjelir. Harta perbendaharaan tidak terusik. Panas terik kawasan kering kontang. Botol air bekalan masih penuh. Bekalan makanan pun masih lagi mencukupi. Ubat ubatan pun masih ada. Tiada unsur unsur rompakan berlaku.

Soalannya; Apakah punca kematian Raja Pitbull? Sesiapa yang dapat memberikan hampir tepat dengan skema jawapan bunda, mereka itu adalah genius. Jangan bagi jawapan sudah sampai ajalnya. Itu tidak dikira. Aher aher aher… ^_^


Sekian…

Thursday, September 26, 2019

Term “Express…”

Hola everybody. Dah lama tak bersiaran di sini. I pun selalu takde inspirasi nak taip topic apa. Hari ni kita crita topic express. Iye la, zaman sekarang semua perkara nak kena express. Lebih lebih lahi untuk ibu yang bekerja. Semua perkara nak kena siap cepat, langkah pun kena pantas. Point kat sini sebagai ibu yang bekerja selalu rasa nak sediakan menu menarik untuk santapan keluarga. Selalu ada kekangan masa tak sempat nak itu nak ini. Kadang balik dah kepenatan nak sambung layan anak anak, suami, masak dan etc.

                I pun tak menafikan ada juga mengalami situasi sebegitu. I suka masak. Selalu nak cuba masak masakan yang I tak pernah cuba. Maksudnya mencuba resepi baru,  mengolah resepi mengikut barang yang ada kat rumah. Lebih lebih bila dah anak anak yang masih kecil, masa memasak kat dapur kena compress jadi sesingkat mungkin untuk siapkan hidangan supaya dapat cepat makan. Sangat sangat challenging tau kalau nak masak sambil kena perhatikan anak anak kat depan sedang buat apa especially kalau ada nak yang tengah aktif merangkak plus suka pula mengutip benda untuk dimasukkan ke mulut. Tengah potong bawang tiba tiba anak dah amik habuk lagi 3 saat dia terus nak masukkan ke dalam mulut. Bergegas la si ibu berlari- lari menjerit jerit “ No…!” dengan harapan anak tu tak masukkan ke mulut. Tapi tau lah kan budak kecik, apa dia kisah. ^_^!

                So bila namanya express ni, tempoh memasak kat dapur bagi seorang ibu yang ada beberapa anak kecil ni semestinya kenalah singkat. Masa ni term supermom, multitakingmom, dan macam macam term lagi akan jadi motivation factor bagi seorang ibu bila nak masak. I la salah sorang yang macam tu. Bila I masuk dapur sekarang, segala teknik resepi orang orang dulu kata nya resepi tu boleh jadi aunthentic  or resepi padu I kena lempar jauh jauh kalau process dia sungguh complicated dan renyah. I takut tak boleh nak cope masa memasak dengan melihat anak anak. But still kalau nak makan benda benda macam tu, I kena come out with alternative copypaste look alike resepi tapi guna cara express.

                Kalau I masak lauk berkuah seperti kari, varuval, kurma, sup, sambal, rendang,  tomyam, kuah percik mcm ayamas, perapan ayam, etc, I akan blender sekali dengan minyak bersama dengan bahan bahan kisar. I tak guna air. Based on observation kalau blender ni dengan air, for me dia amik masa lama untuk pecah minyak. Plus, terpercik percik ke dapur I tak suka. Dan berisiko kalau I masak sambil dukung anak. Solution blender dengan minyak, rempah tu kurang memercik plus dia cepat masak. Mengikut kajian I la bila di dapur I suka observe kaedah mana paling cepat dan sedap.

                Kita kena tanamkan dalam diri yang memasak untuk keluarga ialah satu perkara yang menyeronokkan. Lebih puas hati bila lihat ahli keluarga makan dengan berselera. Pujian tu datang ke belakang la, bukan hadap sangat dengan pujian. Walaupun I ni suka memasak, I makan pun tak seberapa. Mungkin sebab dah ambil bau kot.

                So kat sini I nak highlightkan kita sebagai ibu yang bekerjaya ni tak perlu rasa rigid sangat nak memasak follow resepi bagai nak stress. Just go with the flow, cooking with your heart. Dalam resepi  ade barang A, dan  kat rumah xde barang A, tak perlu pening pening, pakai apa yang ada. Kalau yang tak berapa biasa di dapur , ambil masa bersesuaian dengan diri. Masak tak perlu pressure. Takperlu nak potong bawang secantik mungkin, kalau kopek bawang ade tertinggal selapis kulit, xpe.  Tak mati pun kalo ade selapis kulit bawang terlekat. Let it be je. Bukan nak masuk pertandingan masterchef. Cuma agak agak la kalo tak kopek lansung.. ^_^

                Kalau orang kondem gaya atau cara kita masak masakan tu salah, tak payah kita rasa down sangat. Mana yang rasa boleh ambil panduan tu kita ambil lah. Orang yang suka kondem tu kadang kadang lagi teruk daripada kita pun. Iyelah, salah sendiri tak pernah nak mengaku. Salah orang laju je dia marking. Orang macam ni kalau sakit tengkuk pun dia salahkan bantal. Jadi, kita biarkan dia terjun dengan labu labunya. Dan biarlah kita berbahagia dengan cara kita, betul tak? Kalau kita rasa nak masak gulai ikan, ikan tu nak masuk dulu ke kemudian ke, suka hati la sebab kita yang akan makan kan? Pendapat orang yang kondem tu tak penting nak masuk kamus sentap hidup kita. Yang paling penting ahli keluarga kita gembira bila makan masakan kita.


Sekian dulu la…

Wednesday, March 20, 2019

I should throw in the Muzium

Siri repek entry hari ni I nak membebel pasal PC tempat keje I. Seriously I nak  komen memang patut kena letak kat muzium. Uollz bygkan lah, sila tengok screenshot ni. OS yang dipakai masih lagi XP… Hallooooo, XP tahun 2002  dear ladies and gentleman. Sekarang ni dah tahun  2019. Tahun depan dah Wawasan 2020 ( eh, masih ada lagi ke?).  I sebagai alumni Computer Science course / programming merasakan ke”M.A.L.U”an yang teramat besar kerana terpaksa mengkhianati ke oldskoolan OS fan follower. I dah OUTDATED thanks to my company. T_T


Hari hari I kena update MIS team ( IT team la ) untuk kasi tau bahawasanya my PC always IP Conflict dgn Huawei Technologies.  Tah sape punye hp pegi rembat my IP address. So hari hari clash. Nak buat keje sangkut, browsing sangkut, emailing sangkut and ezektra. Kejap ya, I pause entry dulu. I siapkan my kerja hakiki b4 I sambung entry bebelan. I’ve got a lot of stuff nak bebel. Paused at 9.36am

Now resumed at 12.08pm. V dah pun keluar lunch awal. Dia akan jaga balik time 1pm masa orang lain keluar lunch. Meanwhile sebelum  ada orang ganti, I dulu yang ganti sekejap. But selalu nya tak sekejap la dan I selalu generous cover sampai nak masuk lunch. Kalau I takde keje takpela. Ok cut pasal polanah ni. What ever her attitude yang kurang baik tu I hadap je la dulu. Kifarah akan ada. U buat orang macam tu, tak consider orang banyak tolong, fikir diri sendiri aja, tak apa lah. Buat orang kecil hati, u take it la. But balasannya dapat kat sudut lain. Dapat boss yang akan bagi lagi banyak keje, dapat pressure yang tah apa apa, buat apa-apa orang tak appreciate, those thing la u akan dapat. I tak rugi apa apa. Niat I selalu nak mudahkan semua orang. Tapi kalau orang suka buat susahkan orang, akan mendapat la. Tak perlu nak membalas. Sendiri akan dapat mende mende tak best. Myself is chill chill je.

Sila fahami kadang kadang I rasa nak meroyan bila time nak cepat, ada hal nak buat keje, pada time tu juga PC tak boleh pakai. Stress gak untuk bende bende yang tak perlu. Mula la nak diver t perasaan tak puas hati dengan melihat lihat di hp. Tup tup itu time juga boss nak lalu. Maka berlakulah cengkerik di situ 3X krik. Pada fikiran boss, staff ni asyik tengok hp aje. Asal lalu je tengok hp, asal lalu je pandang hp. Padahal baru sentuh tak sampai seminit. Baru nak bace komen pertama makcik bawang. Tak sempat nak Like lagi. Dah kantoi di situ.. Puncanya ialah PC with IP address conflict and it caused me another conflict.  Padan muka diri sendiri ^_^


Friday, March 15, 2019

Kerbau Chicken Wing


Semalam I masak chicken wing. Terliur nak makan chicken wing pasal tangan ni gatal melayari foodporn chicken wing. Daya tarikan tu buat rasa macam nak makan plak. Nak beli chicken wing kat pizzahut or dominos I rasa I punya chicken wing lagi win kot. Ahahaha masuk bakul lagi… Opkoz, edisi mengangkat diri sendiri adalah menjadi kewajipan diriku setiap kali mendraf posting. It’s my trademark. ^_^ !!

Betul wey I cukup tak berkenan bila mana tengok chicken wing yang dijual macam kat dominos ke, pizzahut ke, or any kafe hipster yang harganya boleh potong kaki sebelah. Harga mahal tapi makanan takde roh. I akan rasa kuciwa yang amat kalu bayar mahal, tetapi rasa tak berbaloi. Senang citer homemade is always the best. Citarasa kita kan.

Berbalik pasal chicken wing semalam. Mula mula I nak plan buat chicken wing yang pedas gilbab. Tapi mikirkan yang suami ni tak boleh makan pedas sangat, ok la I kira bertolak ansur kurangkan pedas tu. Jadi antara hasil googling recipe, I berkenan buffalo style chicken wing recipe. Check ingredients nak kena pakai hotsauce, cayenne, paprika, garlic powder. Ah malas + mahal nak beli sekali harung. Natang kat atas tu harganya bukan MURMUR weyh nak plak minggu minggu sengkek, setiap sen bernilai. So I come out with the lampu idea ubah suai from Buffalo Chicken Wing, I plan jadikan Kerbau Chicken Wing. Why kerbau? Spt kerbau bermandikan lumpur begitu jugalah chicken wing tu bermandikan sos sos campuran yang I campak campak gaul sebatikan dengan quantity nya main agak agak aje.

Kat giant I Cuma beli chicken wing dekat 1kg++, pasal ahli keluarga ramai. Bapak mertua, adik ipar 3 orang, suami, I and anak. Mak mertua takde, pegi overnight rumah mak dia kat KL. Family tu memang hantu chicken wing. So memang tak boleh la beli sikit. Pastu topap 2 items sos I beli untuk lengkapkan resepi spontan mari. I beli Life BBQ sauce dan Kewpie Honey mustard ( I bru perasan kewpie keluarkan honey mustard & must try). I ni fan LIFE & KEWPIE.

Resepi dia untuk rumah I tak susah la, pasal additional ingredients lain dah ada. & I pretty sure barang barang ni tak semua orang ada. So I selalu praktiskan setiap resepi yang I hasilkan semua benda memang dah ada kat rumah. Jimat belanja. Hahaha

Resepi Kerbau Chicken Wing. Letak sendiri agak agak ye…

  • -          Honey mustard
  • -          Cili padi merah
  • -          Garlic
  • -          Ginger
  • -          Olive oil
  • -          Life thai sauce cili
  • -          Life BBQ sauce
  • -          Mahsuri kicap pedas
  • -          Mahsuri sweet & sour sauce
  • -          Maggie secukup rasa
  • -          Arabic cream cheese ( yang ni ada pasal mertua beli kat mekah masa pergi umrah bln lps)
  • -          Kraft cheddar spread (yang ni ada pasal mertua beli kat mekah masa pergi umrah bln lps)
  • -          Black pepper-           

  • ·         Semua bahan ni diblend sekaligus. Lepas tu lumpurkan chicken wing tu dalam bekas yang boleh tampung jumlah Cikenwing.

  • ·         Ambil tray bakar, alas dengan aluminium foil, splash dengan minyak zaitun sikit. Aturkan chickenwing tu atas baking tray, splash lagi on top of cikenwing tu utk kasi dia berkilat.

  • ·         I nye resepi ni tak yah nak perap. Boleh bake terus. Suhu oven I 250 C selama 35 – 40 min bergantung tahap kepanasan oven masing masin

  •       Overal chicken wing ni akan rasa pedas pedas manis masin masam secukup rasa. 

Monday, January 7, 2019

hAppY nEw YeaR 2019 !!


Happy New Year 2019!! This my first entry for this year, yeah? Of course everytime masuk new year je, ada azam baru. For me, takde sangat azam tu. I just go with the flow. Tahun ni anak bertambah jadi dua. I dah ada anak sepasang. Nadrah & Zaeem. Memang challenging & life agak sibuk.

Masa cuti new year pun I tak ke mana mana holiday vacation. Tak pasti plak dalam tahun ni apa plannya. My hubby just getting a new job.  Listing untuk to do all the year pun tak buat. CUma on January, my weekend is fully occupied with relative’s wedding.

Around Mid February nanti InshaAllah kalau tak ada aral, my in laws dengan adik adik ipar akan menunaikan umrah. Since that Zaeem masih belum dihantar ke nursery plus in laws yang look after dia, I kena request my mom to come over for Zaeem. I hope my mom will able to come. If not memang kepayahan yang amat. Dorang pergi umrah for 12 days I suppose. Also February is our 3rd anniversary jatuh plak on 2nd day CNY. My office tutup seminggu. Hooray!! Buley balik kampong gajah

On March pula tentatively my 3rd little bro ( Ekhwan ) akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati. Majlis most probably is a simple aja. Buat kat Kelantan. Plus akan diadakan satu majlis combine both pihak. Persiapan untuk majlis as far as I know belum lagi ada buat. That one I leave to my brother la how he wants us to help.

On April plan been expecting another newborn from Angah’s  wife. Their 2nd baby. Iman ( my nephew) will becoming a big bro. In addition April also is my birthday. Now I ade gang la dengan my newborn nephew.


On May onwards belum ada apa apa schedule yet. Nevermind if necessary I’ll be updating it. That’s all for now. 

          

Thursday, December 27, 2018

Satu memori terungkap


Di balik memori yang tiba tiba menerpa daku terkenangkan satu nama…. Nazihah. Dia seorang yang matang pada usia 10 tahun. Kematangannya melangkau usia remaja. Ketinggiannya melebihi murid murid biasa. Tahi lalatnya di bawah mata. Senyumannya ceria. Kesayangan cikgu N ( I terlupa nama). Peminat tegar kumpulan Slam sama dengan cikgu N.

Setiap kali I berkelakuan kurang matang, biasala perangai budak budak 10 tahun matang tahap mana kan. Nazihah akan sound I tak matang.

“Well, I’m 10 years at that time rite?” Kami berdua berkawan baik dengan seorang lagi bernama Syikin Nizal. Dia anak pengurus Risda. I pada ketika  sangat sangat BFF dengan Syikin Nizal hingga ke satu tahap akan cemburu jika Syikin Nizal melayan Nazihah lebih daripada I. My childhood bff which now separated whereby salah satunya perpisahan abadi dan satu lagi tak pasti bila bertaut kembali.

Kami berpisah mengikut haluan masing masing selepas tamat UPSR. Nazihah  dan Syikin Nizal mengikut keluarga berpindah. Masa tu handphone, FB, Internet belum popular maka kami tak dapat menyambung silaturrahim. Alamat ntah di mana. Nazihah pada ketika itu I sempat bertanya khabar from time to time melalu adiknya yang dipanggil Mekna. Katanya kakaknya tak berapa sihat. Until one time I terima berita from adiknya Mekna bahawa Nazihah sudah tiada lagi. Dari my memory yang sudah kian samar samar, I tak perasan since bila dia sakit. As one of so called her bff, I tak pasti sampai level mana I ambil berat pada dirinya. Am I being awful?


Syikin Nizal , well I don’t know what happen to her? Hidup lagi kah? Ntah ingat lagikah dia pada diri ini? Mungkinkah sudah berkeluarga. Beranak berapa? Tinggal di mana? Kadang I cuba juga randomly cari that name melalui Pakcik Google. Sayangnya belum ada rezeki untuk terjumpa. Mungkin suatu masa jika diizinkan sang Pencipta. 

Friday, September 14, 2018

Homemade Food

One of my hobby is cooking. Apa apa jenis masakan kalau within my power I akan cuba buat. If susah sangat or complicated sangat resepi, I akan derhaka bagi nampak senang dan mudah. I selalu pegang kata kata my mom, resepi ni kita yang buat, bukan dia yang buat kita. ^_^.  Make sure saat saat anda derhaka kepada resepi itu pastikan alternative nya sedap. Kalau derhaka pastu tak sedap tak guna juga kan? Haha.               

A few of dishes kat bawah yang I upload picture, actually sangat la mudah untuk dibuat. Buat sambil chill chill bak kata my husband. Buat tenang tenang dan santai. Itu juga lah my prinsip bila nak memasak kat dapur. Kadang kadang tak sedar yang I dah spend almost few hours just to complete my dish. Last time I pernah spend masa untuk buat sushi for almost 4 hours. Kegilaan apekah itu. But its okay, the satisfaction is there. Puas hari bila makanan habis. Bila everbody complimented cakap the food is delicious. Please make again yaa.. Haha. I ingat masa buat sushi dulu guna half kilo beras sushi jenama Sumo, I boleh dapat 100pcs sushi beraneka rupa. Kalau makan kat Sushi King, tak tau la berapa ratus kena spend untuk 100pcs tu. ^_^

Steam boat & Dim Sum


Lunch Menu with Kampung style


Carrot Cake


Dimsum


Crab Curry


Steam boat


Carrot cake in the oven ( Baking in progress )