Hola hola.. Maaf la, CikDas baru sahaja kembali ke arena kerja
selepas bercuti raya selama seminggu lebih. Best betul bercuti sampai boleh
lupa nama kawan-kawan ofis. Terrible kan? Raya tahun ni agak biasa biasa
sahaja. Arwah nenek baru meninggal. Maksu dan keluarga tak dapat balik beraya
kerana suaminya tak sihat. Kesudahannya raya koboi la CikDas dan keluarga. 1st day raya dekat Kelantan, 2nd day
raya dekat Pokok Sena, Kedah. 3rd day raya dekat Kg Gajah Perak.
Macam pergi outstation. Tapi itulah family kami. Takde nya nak balik kampong
lelama. Dengan abah CikDas buang tebiat nak balik kampong dengan superbike dia. Adoiii, pening pening.. Tapi alhamdulillah
selamat pergi dan balik. ^_^
My mom masih lagi stay di rumah Angah & isteri menemani cucunya
di Kg Melayu Subang. Happy CikDas dapat bermain dengan anak buah. Lebih-lebih
lagi dia senang tidur bila CikDas dodoikan. Oh oh oh, siapa pula yang jadi emak
ni ya? Raf ialah ( name manje CikDas
bagi) nama anak buah CikDas. Raf ni
comel bebetul tapi agak moody. Kalau hari ni mood seindah suria besok nya mood
dia ribut petir kilat sabung menyabung sampai kan nenek, abi dan ibu memujuk
pun tak makan dek saman. Raf ni untung sebab menjadi cucu sulung dua-dua belah
ibu and abi nya. Jadi memang semua perhatian bagi kat dia la. Agaknya itu pasal
ngada-ngada sikit. Tapi takpe la, ngada-ngada pun auntyLong tetap sayang kat
Raf.. Hehehehe
Pasal Mr. Laboo? Apa yang CikDas nak update tentang beliau?
Dia semakin “berkembang” menjadi lebih besar sedikit
daripada biasa. Seminggu lebih tak jumpa dia makin gebu pulak muka & badan
dia. Katanya dia senang hati. Amboiii, manis aje jawapan. Yang ini pun satu
lagi “X-Files” yang tak boleh solve. Rasanya CikDas kena letak jawatan sebagai
Menteri Bebelan dan Leteran. Lantak la nak membesar ke mengembang ke.. Still I
love him the way he is.. ^_^