Di balik memori yang tiba tiba
menerpa daku terkenangkan satu nama…. Nazihah. Dia seorang yang matang pada
usia 10 tahun. Kematangannya melangkau usia remaja. Ketinggiannya melebihi
murid murid biasa. Tahi lalatnya di bawah mata. Senyumannya ceria. Kesayangan
cikgu N ( I terlupa nama). Peminat tegar kumpulan Slam sama dengan cikgu N.
Setiap kali I berkelakuan kurang
matang, biasala perangai budak budak 10 tahun matang tahap mana kan. Nazihah
akan sound I tak matang.
“Well, I’m 10 years at that time
rite?” Kami berdua berkawan baik dengan seorang lagi bernama Syikin Nizal. Dia
anak pengurus Risda. I pada ketika
sangat sangat BFF dengan Syikin Nizal hingga ke satu tahap akan cemburu
jika Syikin Nizal melayan Nazihah lebih daripada I. My childhood bff which now
separated whereby salah satunya perpisahan abadi dan satu lagi tak pasti bila
bertaut kembali.
Kami berpisah mengikut haluan
masing masing selepas tamat UPSR. Nazihah dan Syikin Nizal mengikut keluarga berpindah.
Masa tu handphone, FB, Internet belum popular maka kami tak dapat menyambung
silaturrahim. Alamat ntah di mana. Nazihah pada ketika itu I sempat bertanya
khabar from time to time melalu adiknya yang dipanggil Mekna. Katanya kakaknya
tak berapa sihat. Until one time I terima berita from adiknya Mekna bahawa
Nazihah sudah tiada lagi. Dari my memory yang sudah kian samar samar, I tak
perasan since bila dia sakit. As one of so called her bff, I tak pasti sampai
level mana I ambil berat pada dirinya. Am
I being awful?
Syikin Nizal , well I don’t know
what happen to her? Hidup lagi kah? Ntah ingat lagikah dia pada diri ini? Mungkinkah sudah berkeluarga. Beranak berapa? Tinggal di mana? Kadang I cuba juga randomly cari that name
melalui Pakcik Google. Sayangnya belum ada rezeki untuk terjumpa. Mungkin suatu
masa jika diizinkan sang Pencipta.