Hola semua readers or fans of siri repek corner i. Buat pengetahuan semua, ini adalah kali kedua draft yang ditaip oleh me setelah menaip beberapa perenggan yakni ilham mencurah-curah sudah terlupus tanpa sengaja. ( Frust sungguh gilerrr). Terpaksa la me menaip lagi sekali dan of course content nya takkan sama.. ( Aahh... ! Ok relax and retyping. By da way jangan luper save yeee...! Take note meself ~ ungkapan baru)
Kita citer dari mula mula masa hari I kena rush pegi hospital. Pada hari Jumaat 9 Dec 2016, I dah siap siap nak pegi keje cam biasa la... Siap mekap bagai until my sister in law tegur.. " Wah, cantik cantik sangat hari ni"
So I jawab la saje je nak melaram. Dalam hati cakap mana tau nak terberanak ari ni atleast macam CikTa, mekap sikit takdela pucat lesi muka. Huh, mulut tu masin sungguh.
Suami hantar I cam biasa. Sebenarnya that day I pegi keje after 2 days mc. Bila sampai office, colleagues pun tegur la..
"Eh, belom beranak lagi ke?"
"Ha ah belum. Nak beranak kat office agaknya"
Start waktu bekerja I masih lagi lincah and gelak macam biasa. Tiba tiba nak pegi toilet buang air kecil. Dekat panties ade bleeding sikit.
"Eh, takkan period?"
Sengal kan. Tu la dia. I tanya my partner Vee. Dia cepat cepat suruh I pergi hospital untuk checkup. I masih lagi waswas sebab mana tau kot belum time nya lagi. Nanti tak pasal pasal kena halau balik dari hospital. Sebab dalam minda sedar i mengatakan tanda nak beranak ialah pecah air ketuban. Sebab lom pecah I masih macam biasa. Dah kena paksa dengan Vee barulah I terhegeh hegeh call my hubby. Kelam kabut dia datang ambil I kat office.
Patut tak I crita dialogue dalam kereta? Part suwit suwit moment. Uh, tak yah la kan. Skip that suwit suwit moment tu, sampai je kat hospital, i pegi checking kat kecemasan bahgian bersalin. Kena register, tunggu nurse attend. Kemudian kena pakai alat untuk check contraction. Sebenarnya I dah rasa perut kebas kebas sepanjang hari tu tapi tak ambil pot sangat pasal I rasa macam kembung perut nak terkentut. Pastu nurse pakaikan 1 alat yang I dah lupa namanya, dia biarkan I terkontang kanting dengan alat tu. Ade keluar graf tinggi rendah resultnya. Nurse tanya pada I
"Puan macam mana? Ada rasa sakit tak?"
"Sakit yang macam mane tu nurse?"
"Sakit contraction la. Kat graf ni memang kerap contraction Puan"
"Hmm, macam belom sakit" sambil I tersengih macam kerang busuk.
"Eh, peliknya. Patutnya dah sakit ni"
Nurse tu keluar dan mendapatkan kawan dia yang lain. Memperkatakan tentang diriku lerr tu. Masa tu sempat lagi i duk pikir, agaknya tak sakit kena tendang balik ni. Tak lama kemudian nama i dipanggil
"Puan Dasnita.." ( bukan nama betul)
"Iyeeee..."
"Sila ikut saya ye"
"Baik..." Lorr ingatkan boleh balik
So, I dibawa naik ke floor atas dekat wad bersalin. Masa tu dah pukul 11am ++. Kena tunggu untuk wat registration. Husband kena register then baru I dapat tag hospital. Ala.. yang ade nama kita pastu cucuk jarum untuk masukkan air. Pastu kena check bukaan. Rupa-rupanya dah 3cm. I masih duduk lepak lepak, jalan jalan, tegur tegur orang sebelah . Yang orang sebelah tu pulak semuanya muka berkerut menahan sakit tu 3cm juga la.
Dorang tanya i macam tak sakit nak beranak je. Pasal nampak i nih ligat & lincah semacam je. Berjalan ke sana ke sini baca notis papan tanda. pastu pergi toilet. Dekat pukul 3.00pm baru lah nurse panggil I, masa tu i tengah berborak dengan suami dekat luar. Masa nurse panggil ada lagi 3 patients yang dah dapat katil macam. So kami dibawa ke ward. I masa tu masih kuat berjalan so tak guna la wheelchair. Sampai kat ward i dapat katil tengah whereby depan i kiri except kanan with the babies. Tapi tak lama kemudian jiran katil belah kanan dah kena tolak masuk labor room. Tinggallah i sensorang belom beranak. Sempat juga I bermesra dengan jiran katil belah kiri. Baby dia comel sungguh.
Tu diaa fasa tak rasa sakit i sampai lah pukul 7.00pm contraction dah mula rasa kerap. Tapi I masih lagi boleh tahan sakit. Boleh lagi pergi ke toilet dan rasa macam nak buang air besar pun ada. Tapi takde rasa nak terkeluar najis.Kemudian dalam pukul berapa tah I kena panggil oleh nurse untuk check bukaan. I turun daripada katil pergi berjalan ke bilik doktor yang check bukaan tu. Nurse cakap,
"Puan masih lagi 3 cm. Pukul berapa tadi puan check 1st bukaan?"
"Dalam pukul 12.00pm camtu la"
Nurse tu pula keturunan Serani pasal nama dia Maria apetah macam keturunan Portugis aje. Dia tanya I
"Puan ade minum air selusuh ke, air yassin ke, atau air zamzam ke?"
"Ade minum air zamzam sikit dalam pukul 9.00pm camtu. Kenapa ye?"
"Sebab patutnya daripada pukul 12.00.pm. Sekarang dah pukul 10.00pm patutnya dah boleh buka banyak dah"
I tersenyum.
"Ye la, saya rasa contraction kerap, ingatkan dah buka banyak dah. Masih lagi 3cm ye?"
"Sebabnya macam ni puan. Kalau puan minum air macam tu, jangan tutup penutup botol nya. Macam tutup pintu rahim"
"Saya punya botol jenis tekan atas kalau nak minum. Tapi takpe nanti saya buka penutup nya"
Lorr baru lah I tau minum air zamzam ke air selusuh ke, air yassin ke, botol kena kasi bukak. So bila dah sampai ke katil i buka kan penutup dan sambung baring. Ingat nak tido la kejap.. Huh, jangan mimpi..
Pukul 12am tu i dah mula rasa sakit yang takleh nak bangun dan takleh nak buat apa. Nurse panggil untuk buat check bukaan, I cakap I takleh nak bangun. So kena angkut angkut dengan katil. Check bukaan dah 6cm. Perhh kalau I tau kena buka penutup botol, i buka awal-awal. Hahahahaa
So, 12.00am camtu i dah kena angkut masuk labor room. Kat labor room lagi rupanya kena tunggu sampai 10cm. Masa nurse kat labor room nak check rahim, dia perasan suhu badan i tinggi seperti demam. Tak boleh bersalin, hold dulu kasi temperature reda. Dalam sayup-sayup tu i terdengar,
"Kenapa tak check patient ni demam ke tak sebelum masuk labor?"
Lepas tu i terdengar nurse ke doctor cakap-cakap,
"benda ni kalau kat hospital swasta 1 saiz kecik ni RM300" lepas tu dengar lagi doctor tu cakap.."takpe yang ni saya tolong dia"
Tah apa benda doctor kasi kat i nak kasi demam kebah, lepas lebih kurang 15min camtu demam menggigil i reda. I dah tak rasa sejuk-sejuk lagi.Pukul 3am nurse check bukaan. Sempat lagi i tanya
"Dah berapa cm nurse?"
'Dah 8cm dah, kena tunggu lagi 2cm ye?"
"Orait"
I pun tunggu lagi la.
Contraction dah kerap giler, tak sempat nak ready dia datang lagi macam gelombang. Kejap-kejap tukar position tapi still tak puas hati. Dan bila bukaan dan 10cm, nurse suruh i teran. I tanya balik?
"Camne nak teran ye?"
"Pernah berak sembelit yang susah nak keluar?"
"Hmm saya jarang sembelit la nurse." Huh, menjawab tuuuu
"Beranak ni macam berak sembelit"
"Betul ke nurse?"
"Ha ah, cepat la teran"
"Saya blurr la nak teran"
"Takpe, kamu berlatih teran dulu. Nanti dah boleh teran baru panggil saya. Kamu tak pernah pergi kelas antenatal ke?"
Krik krik krik I terkesima. Biar betik nurse ni nak suruh I berlatih teran dulu.
"Saya takde masa la pergi kelas tu"
"Dah, kamu pergi teran dulu"
"Tapi saya tak tau camne nak teran"
"Takkan kamu tak tau berak sembelit. Teran berak sembelit laa!!" nurse tu dah naik suara.
Nasib baik i tengah sakit kalo tak terbang semua barang-barang tu. Sabar je laaaa..
Bila dah boleh teran, ntah macam mana bleh plak tau teran.
"Nurse.. saya dah tau nak teran dah"
"Ye ke, ok bagus"
Bila dah boleh teran tu, tah macam mana i asyik terputus nafas so my baby asyik keluar masuk keluar masuk pintu rahim. Nurse plak dah panggil Hubby untuk membantu I memberikan kata-kata semangat. I masih lagi berusaha sedaya upaya nak mengeluarkan bayi, dalam hati berkata, "apesal susah sangat nak keluar ni?" Tak lama kemudian pastu, my baby girl berjaya dilahirkan, nurse rushing bawa dia keluar lepas tunjukkan baby tu. I nampak my baby, "ini ke anakku?". My hubby pun keluar dengan separuh lembik juga. Reason? Sebab dia dah ternampak nurse tu gunting live wife dia macam mana. Actually disebabkan I teran terputus putus baby asyik keluar masuk, natijahnya my baby tak breathing for a while. Dia kena masuk oksigen.
Sambung taip hari lain.
Note: Lorrrr... ingatkan dah abes taip. Rupa-rupanya tak abes lagi.. Potong stim tol.
Takpe in nutshell, after semua insiden di atas berlaku. Alhamdulillah my baby lahir sihat walafiat, takde jaundice. First feeling masa pegang dia, I tak mampu nak tahan air mata. Syahdu dowwwhh.. I cakap kat Hubby.. "This is our first child.. so adorable.. " waaa potong bawang lagi dengan Hubby.
Ini la my doter: Nadra Faiha
Suwit tak beliau?? 💆